KEKALAHAN DAN KEJATUHAN AZIZ SHAMSUDDIN
(Aziz Shamsuddin’s  Defeat And  Collapse)

Oleh:  Spirit Of Truth

(Artikel asal dalam B. Inggeris  ada  di  FeU)

Kekalahan pengikut  yang paling setia Mahathir, Aziz Shamsuddin  dalam  pertandingan  ketua  bahagian  UMNO Baru(a)  Gopeng  dan  kemasukannya  sebagai pesakit  IJN kerana  penyakit jantungnya  memberikan isyarat tambahan  betapa Mahathir   sudah  menghampiri jurang  keaibannya. Episod ini  diseramkan  lagi  oleh  serangan  bijaksana  Kumpulan  Badawi, dan penyokong  setia Anwar dalam  UMNO,  yang   sedang terus  berusaha untuk  menggagalkan diktator yang degil  itu, kerana  masih  enggan  turun persada  kemegahannya  ketika  mempunyai masa yang sesuai dulu.  Kedegilan  Mahathir  untuk melepaskan kuasa yang ada,  jenayah  mega  kerana mentohmah, memfitnah dan menyiksa Anwar Ibrahim  menunjukkan  betapa  Mahathir   sudah  semakin  tercungap di air dalam bikinannya sendiri, tidak mudah  mampu  menyelamatkan diri.

Mahathir  sudah  terdesak, bersikap hysteria, gelojoh  dan  takut dalam setiap geraknya  untuk terus hidup. Dia sedang  mempamerkan  gelagat  penyakit saraf dengan letusan  emosi yang  ada kepada  seorang diktator yang  tidak berguna; inilah  fenomena semula jadi  yang ditunjukkan  sebelum seseorang itu menemui ajalnya. Kekalahan bajingan paling kejam, Aziz Shamsuddin  menunjukkan takdir dan di waktu yang sama merupakan balasan daripada segala kerja-kerja bajingan yang jijik-jijik  yang dilakukan oleh  seorang  manusia  yang  tidak berhati perut dan  dirasuk syaitan yang  sanggup mentohmah, memfitnah, mendera  dan  memenjarakan seorang manusia  kamil - Anwar  Ibrahim - yang tidak berdosa  dan tidak  mampu mempertahankan dirinya daripada segala bentuk penderaan..  Hari ini, Aziz yang  mengepalai  satu konspirasi ciptaan  Mahathir   untuk menjatuhkan Anwar  Ibrahim, sedang  tersiksa  menanggung  azab dunia dengan  kuasa Allah  kesan daripada doa’   hamba-hamba-Nya.  Balasan pertama  yang  diterima ialah  kematian  mengejut  isterinya  dalam  satu  kemalangan kereta (yang dipandu  oleh  anaknya sendiri-penterjemah).  Tanpa menginsafi i  daripada  pengajaran  yang pertama itu,  Aziz naik pangkat lagi  menjadi seorang timbalan  menteri pendidikan  mengikut   pilihan  Raja bajingannya, Mahathir.   Dia terus   mengikut  arahan  ketua  yang  sudah  berhati syaitan  itu  dan kini  dia  merengkok kesakitan di atas sebuah  katil di  IJN,  sambil setiap  urat darah  jantungnya  dipenuhi kesakitan   kesan kerja  bajingannya terhadap  orang-orang yang  tidak berdosa.

Mahathir   semakin  lemah  kini.  Lebih  lemah lagi  dengan kejatuhan  dan kekalahan hambanya yang paling  setia . Laksana tangan  kanan  yang  terpaksa  menanggung  beban dosa-dosa besar  yang pernah dilakukannya,   Aziz  telah diserang sakit  jantung  kerana tiba-tiba dia  menjadi takut  diheret masuk  penjara,  kerana  melakukan kerja-kerja  kotor yang  melanggar  undang-undang hukum Islam dan sivil.  Mahathir sudah semakin lumpuh  sebahagian  anggotanya,.dia  akan  terus  menghenyak rakyat  marhaen  dengan  taktik yang kejam, lebih zalim daripada  yang sudah-sudah, kerana  dia sudah  sedar   betapa  Badawi sedang mengusahakan  serangan rahsia  untuk  menumpaskannya.  Dia  akan  menjadi lebih  ganas, kejam, zalim dan gila, tidak memikirkan   apa lagi selain  keselamatannya.    Inilah tandanya dia akan menjadi lemah,  setelah kehilangan segala bentuk sokongan  dan setelah rakyat marhaen semakin membencinya.  Semua  itu  akan  meningkatkan  ketakutannya  dan juga kemarahannya.  Dia tidak akan teragak-agak membunuh sesiapa yang difikir akan menjadi ancaman kepadanya,  dan  akan menggunakan ISA  untuk  mengepung    para  musuhnya.

Marilah  sama-sama kita sedar bahawa  Mahathir sedang  berperang  dalam satu peperangan yang  akan menumpaskannya. Dia  mungkin  kelihatan  memenangi perjuangan itu tetapi dia sedang  kekalahan dalam peperangannya (yang sebenar~webmaster) . Tindakannya  menyalahgunakan  kuasa,  salah guna polis, kegelojohan  menggunakan  ISA, dan kerakusannya menunjukkan dia  tidak lagi mempunyai  apa-apa selain  berselindung  sebalik  kuasa eksekutif  yang masih  ada di tangannya.  Kemenangan rakyat marhaen sudah semakin ketara dan  ia  sudah semakin hampir,  tetapi  kita mesti terus  menentang Mahathir. Kita mesti terus  berani  berdepan dengan penyangak  politik bajingan  ini  dan membebaskan pemimpin  yang  unggul, Anwar  Ibrahim,  daripada cengkaman  kezaliman.   Hanya dengan  itu barulah kita dapat melihat kelahiran  Malaysia yang bebas dan tulen, berpadu, dan  aman tenteram. Marilah kita   tuntut  hak kita sebenarnya,   menempah kebebasan  kita daripada regim  Mahathir  yang  sungguh  ganas itu.



-Semangat Kebenaran-
(Spirit Of Truth).
Selasa 17.4.2001.

Terjemahan MT