KLON DR. M
Bahagian 3
Projek Gila Di Terumbu Karang
Kita tidak perlu menggembar-gemburkan banyak perkara. Tetapi, FM
(freeMalaysia) telah mencatatkan betapa Malaysia dan Indonesia adalah dua
negara yang mempunyai banyak perbezaannya yang besar. Namun, korupsi dan
kronisme subur mewah di kedua-dua negara. Dr. M dan Suharto telah sengaja
menggalakkan pertumbuhan budaya yang jelek itu. Betapa anak-anak Suharto
menjadi lebih kaya raya dan lebih besar ‘power’nya daripada anak-anak
Mahathir bukanlah kerana anak-anak Dr. M itu kurang gelojoh dan haloba,
tetapi kerana kekurangan ruang dan peluang untuk membalun harta rakyat
marhaen dan lebih banyak saingan daripada para kroni yang perlu mereka
tandingi.
Namun demikian, sebelum krisis kewangan menghenyak Asia, ‘Klon M’ telah
mencengkam lebih 200 syarikat dalam bentuk pembabitan mereka dalam lembaga
pengarah kepada pelbagai jenis perniagaan. Terdapat beberapa dozen
syarikat yang tersenarai di pasaran saham.
Satu contoh empayar korporat yang tersenarai membabitkan Klon Dr. M
Name
Company
Shares Held
% Held
Market Value
Mirzan bin Mahathir
Suntech
3,917,651
3.10
5,876,476.50
"
CAPE
8,324,674
21.03
30,301,813.36
"
Artwright
2,196,480
11.00
6,940,876.80
"
MBA
12,680,000
32.03
62,385,600.00
"
Amsteel
369,917,248
29.38
323,677,592.00
"
Choc Prod
237,106,545
68.06
239,477,610.45
"
Lion
36,204,000
19.81
101,009,160.00
"
Lion Land
327,196,662
55.15
307,564,862.28
"
Angkasa
94,363,496
64.00
99,081,670.80
"
ACB
24,813,722
33.21
32,257,838.60
"
Konsortium
89,815,535
50.75
291,002,333.40
"
ACF Hldg
57,066,000
30.93
89,022,960.00
"
Posim
173,097,271
85.25
420,626,368.53
Mokhzani bin Mahathir
THB Ind
1,224,269
2.30
2,962,730.98
"
GBridge
3,200,000
1.57
4,800,000.00
"
Tongkah
21,001,200
13.18
42,002,400.00
"
Pantai
40,992,000
63.24
348,432,000.00
Mukhriz bin Mahathir
Reliance Pac
5,177,999
5.28
8,388,358.38
Pacific Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Mukhriz bin
Mahathir
AJIYA
1,306,286
4.98
3,252,652.14
Para pembaca yang cuba meneliti suasana persekitaran dunia korporat Malaysia
tentu semakin sedar akan kegiatan ‘Klon M’ ini. Para pembaca yang masih
belum mengetahuinya, kami paparkan di sini sedikit gambaran kekayaan mereka
dengan memulakan sedikit cerita mengenai anak bongsu di antara anak lelaki
yang bertiga.
Mukhriz
Mukhriz dikira secara umumnya sebagai yang paling membosankan di kalangan
mereka bertiga. Malahan ada yang mengatakan di yang paling ‘ngok’ sekali.
Mungkin juga persepsi ini merupakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.
Mungkin juga ia ada kena mengena dengan urusan niaga awalannya, dan
disebabkan kekecewaan yang dialaminya itu dulu yang terus menghantuinya
selalu.
Namun, kadangkala persepsi umum itu mungkin juga sesuatu yang amat
bertepatan.
Salah satu usahasama pertama Mukriz adalah satu peranginan tapak yang
memberi penumpuan kepada sukan skuba (scuba-diving-resort), yang mungkin tidak
mampu dilakukan oleh orang lain melainkan dia itu adalah anak Mahathir. Bisnes
itu mungkin mendapat bimbingan ‘Uncle Freddi’ Hasim Mohamed Ali yang
pernah dilantik oleh Dr. M sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia, dan
sudah tentu bersedia membantu menyelesaikan masalah birokrasi dan hambatan
mengenai keselamatan negara.
Tapak peranginan itu terletak di sebuah pulau kenit di sekitar terumbu
Pulau Layang-Layang, di bahagian selatan Kepulauan Spratly yang menjadi
isu hangat diplomatic dan ketenteraan (di kalangan beberapa negara Asean dan
China - penterjemah). Adalah amat sukar untuk kita memikirkan
bagaimanakah pasukan tentera laut negara boleh merasa selesa dengan
kehadiran sekumpulan pelancong (terutamanya orang asing) bergurau senda di
atas air dan juga di dasar laut yang jernih membiru di kawasan yang dianggap
paling hangat dalam keselamatan negara. Inilah tempatnya yang dituntut oleh
sekurang-kurangnya enam negara berasingan, ada yang sanggup berperang untuk
memperteguhkan tuntutan kedaulatan mereka. Kemungkinan terperamnya simpanan
minyak dan gas asli di kawasan ini banyak negara yang sanggup bersikap lebih
degil untuk bertahan, seperti juga yang wujud di tempat lain di dunia ini.
(Dalam hal ini kerana projek itu urusan anak Dr. M kehadiran orang
asing yang mungkin merupakan perisik antarabangsa dan kuasa besar, sengaja
tidak mahu dipertikaikan-penterjemah).
Daripada projek berkongsi tapak niaga (Layang-layang) dengan tentera laut,
Mukhriz menggunakan pengalaman hal ehwal pelancongan dengan bergayut kepada
sebuah syarikat yang tersenarai yang aktif dalam bidang pelancongan serta
perhotelan; Reliance Pacific Bhd. Syarikat ini memiliki dan menguruskan
beberapa rangkaian hotel yang menepati ilham Dr. Mahathir sejak beberapa tahun
yang lalu sebagai memenuhi kehendak pelancongan tempatan yang tidak mampu
belanja tinggi yang dikenakan oleh hotel berbintang (4-5 bintang) yang banyak
bercambah di merata negara. Sesiapa pun bolehlah berkata bahawa Mukhriz lakukan
semua itu untuk ‘daddy’. FM sanggup berkata bahawa ‘daddy’ dan
rakan-rakannya
yang mendorong semua itu untuk beliau.
Ada satu lagi usaha sama Mukhriz yang menaikkan kening telinga. Ia merupakan
satu projek pada tahun 1992 dengan seorang hartawan balak Tiong Hew
King. Usahasama itu diberi nama Optical Communications Engineering Sdn. Bhd.,
pengeluar barangan optical-fiber (gentian-optik), barangan untuk revolusi
teknologi maklumat yang dirancang oleh Dr. M untuk digunakan dalam projek-projek
di Cyberjaya (siberjaya). Tidak sukar difikirkan siapa yang dimestikan
menggunakan barangan ini untuk memberikan keuntungan kepada siapa pula yang
mengeluarkannya. Inilah yang dikatakan jaminan daripada pasaran tetap yang
menjadi stail perniagaan suku-sakat Dr. M.
Namun, Tiong tidak berapa kisah dengan pulangan yang lembab itu memandangkan
Malaysia masih lagi merangkak dalam dunia IT. Sebagai seorang pedagang balak, Tiong yang pernah menjadi seorang senator untuk satu penggal
memang tidak berminat sangat dengan urusan niaga yang tidak memberikan
pulangan yang cepat. Kerana itu dan mungkin kerana sedikit ‘ngok’ juga, dia
mula culas dalam peranan memberikan sokongan kewangan kepada Opcom yang masih
menanggung kerugian ketika itu. Tidak lama kemudian, ibjupejabat Tiong di
Sibu telah diserang oleh satu pasukan khas (Malaysian Special Branch) dan
satu pasukan penyiasat daripada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri. Tiong
cepat bingkas dan memahami isyarat yang jelas sejelasnya dan terus memenuhi
janjinya kepada Opcom. Isyarat itu memang amat jelas sekali: Jangan cuba
mengada-ngada dengan anakanda beta…….!!!!!
Ada seorang lagi ahli ‘Klon M’ yang terlibat sama dalam Opcom ketika itu.
Beliau adalah anak lelaki Dr. M yang nombor dua.
(Catatan Penterjemah: Mungkin kita ingat tulisan MGG Pillai dan
Marhaintua mengenai Pulau Sipadan dan Komander Robot serta pembabitan Aziz
Shamsuddin untuk membebaskan pelancong asing yang dilarikan ke Filipina.
Masih ingatkah kisah bagaimana radar negara di perairan Sulu sengaja
dimatikan agar pelarian itu tidak dikesan? Jadi, pusat pelancongan swasta
itu siapa yang punya? Betulkah cerita politik betapa penculikan itu satu
sandiwara juga?)
KKK10
………….bersambung.
(RM)