Menteri  Kesihatan dan Dr. Hoogland
(The  Health  Minister  and  Dr. Hoogland)

John  R  Mallot
Laguna Niguel, California


(Tulisan artikel asal B.  Inggeris  ada  di  Malaysiakini)


Ada seseorang di  Kementerian Kesihatan yang  tidak  lulus   ‘Ujian  Internet’, sehingga   menjatuhkan  air muka  Menteri Kesihatan Chua  Jui  Meng. Mengikut lapuran  bertajuk  ‘Anwar  delaying sugery at his  own peril,  House told  (Anwar sengaja  melecehkan pembedahan -  Dewan diberitahu ( April 14) Chua telah  melaporkan betapa pegawainya  telah membuat pencarian di internet  mengesan  laman web Dr. Thomas Hoogland tanpa kejayaan.


Artikel di  Malaysiakini   ada  menyebut menteri itu berkata,  “Sejak lima tahun yang lalu  tidak  ada sebarang  penulisan yang dikemukakan  oleh doktor ini. Kalaulah dia seorang  pakar, tentulah  dia  telah mengemukakan setidaknya satu ataupun dua kertas  kajian  dalam  majalah perubatan.”   Chua juga mendakwa  Hoogland telah melakukan antara 300 hingga 400 pembedahan  sahaja.


Inilah  yang dikatakan  igauan terhebat seorang pegawai  kerajaan. Dia   menjadi seorang  yang  tolol kerana  kakitangannya  tidak membuat persiapan  untuk  membantu tugasnya. Oleh  itu, eloklah kita selidiki fakta  yang  sebenarnya  amat mudah  untuk   dicari.


Perama,  Alpha Klinik mempunyai satu laman web  yang sungguh menyerlah  -  dalam enam bahasa.  Sebagai  Ketua  jabatan  sakit  belakang, Hoogland diberikan ruang  yang luas di  laman itu. Klik sahaja bahagian  “back” (penyakit  belakang)  ada  potret   Hoogland,  lengkap dengan segala  kelulusan  professional beliau. Inilah  dia  manusianya  yang  telah  menerbitkan  22  artikel saintifik, menyumbang  kepada  empat buah buku, dan telah berucap dalam lebih  100 persidangan  perubatan. Dia adalah ahli kepada   ‘American Academy of Orthopaedic Surgons’,  ‘the German  Society of  Orthopaedics  and Traumatology’,  ‘the  North American Spine Society’,  ‘the  Scientific Society  for Spinal Microsurgery’ di mana  dia  adalah presiden  persatuan  itu, ‘the  Inernational  Society for Minimal Intervention spine Surgery,   dan ‘the  Society for  Spine  Surgery  Research’.


Chua berbohong  apabila mengatakan Hoogland melakukan sekitar 300 hingga 400 pembedahan. Sebenarnya  Hoogland telah melakukan  8,000   pembedahan  -  termasuk 6,000  ‘minimal  invasive spine operations’ sepanjang  kerjaya  beliau  sebagai  pakar  bedah.


Chua memang layak untuk  menanggung  malu kerana putar belitnya di  Parlimen. Tetapi ada isu  kedua  dalam hal ini.  Sudah  dua  kali  menteri ini berbuat fitnah adanya kelemahan  etika  perubatan pada  Hoogland apabila beliau menyebut  yang sebenarnya, bahawa Hospital Besar  Kuala Lumpur tidak  mempunyai semua kelengkapan  yang diperlukan, kemudahan  dan pengalaman  untuk  memudahkan pembedahan ‘endoscopic’.

Sekarang,  mungkin Chua  mahu memikirkan persoalan etika  yang  diperlukan   darinya:  Adakah patut seorang menteri kesihatan sebuah kerajaan mempertahankan  perundangan negaranya  dengan  membohongi serta memperlekehkan segala kelulusan dan pengalaman  seorang  pakar bedah yang bertaraf antarabangsa?



-John R  Mallot-
Bekas Duta  Amerika  di Malaysia
Khamis  19  April, 2001.



Catatan Penterjemah:
Kalau saya tidak silap, bukankah ini juga Chua  yang  pernah menjadi timbalan kepada  Rafidah  Aziz? Bukankah  dia timbalan pengerusi majlis  yang meluluskan permit  impot kereta dan  saham kepada  menantu seorang  menteri ketika menteri itu membuat lawatan  singkat ke tandas?  Kalau jawapannya  ia,  sahlah  dia  dilantik ke kementerian  itu  kerana  lulus  ujian  kelentong  dan  pintal-memintal bagi pihak Maharajah. Itu  sebabnya  ketika  dia menjadi menteri kesihatan  banyak  program penswastaan yang  dilaksanakan untuk memudahkan ‘Klon M’  membalun apa juga kontrak yang ada. Sehinggakan  kontrak  menyapu lantai dan kutip sampah pun digasaknya.

Alahai Chua,

Buat  tak pasal orang gelar kamu Chua  Ju  Ling.

Sepatutnya Chua  meletakkan jawatannya,  kerana namanya  sudah  tercemar  dan  menjadi  ejekan di  luar  negara. Lainlah kalau kulit mukanya lebih tebal daripada kulit  muka seorang diktator  yang  tidak mengaku tua.


Terjemahan MT