MELAYU  DIJAJAH,  DITINDAS  DAN DIRASUK  SYAITAN

(Malays  Colonised,  Oppressed  and  Dominated by  an Evil  …..)

Sejarah  akan  merakamkan betapa zaman pemerintahan Mahathir  adalah satu era kegelapan yang  sungguh menindas  rakyat  negara  ini. Belum pernah  lagi terjadi dalam sejarah  politik  Malaysia di mana wujudnya  musibah  politik yang begitu  mencengkam i disebabkan  negara   yang telah  dihumbankan ke kancah  penghinaan bertaraf sebuah negara pariah.

Kecelaruan  ini adalah  hasil kerja  bajingan  satu kumpulan mamak malbari, yang diketuai oleh seorang  mamak  berhati syaitan bernama Mahathir. Dia  dikelilingi  oleh  satu  kumpulan  manusia yang berdarah  mamak malbari  yang  tidak kurang tamaknya yang membolehkan   syaitan bertopeng manusia  ini memerintah sesuka hatinya. Shahrizat, seorang  wanita  kabilah  ini ditugaskan  untuk memperdayakan wanita muda Melayu  dan menjebak mereka  dalam satu  bentuk pukauan dan tipu helah malbari.  Turut membantu kabilah  ini dalam  rancangan merompak harta  negara  ialah  seorang  penasihat  ekonomi negara     terbaru,  Abol  Hassan, yang dulu terkenal sebagai Gabenor Bank Negara  yang sungguh korup, yang telah  memperolehi segala kepintaran  untuk menyedut  keluar  kekayaan negara.  Untuk menentukan  manusia berhati syaitan itu  terus  disembah laksana dewata ialah Zainuddin Maidin,  yang  melacurkan  perjalanan media dengan  maklumat  songsang  yang  memintal minda. Tiga mamak malbari  yang  utama  ini disokong  padu  oleh  satu  kumpulan  mamak malbari yang lain yang sanggup mengampu, membodek dan menjilat manusia berhati syaitan ini dengan mengumumkan kepada seluruh negara bahawa  “Mahathir adalah dewata kita. Tidak ada  yang lebih baik darinya, oleh itu teruslah memuja-mujinya  setiap ketika.”  

Orang  Melayu  yang berlemah lembut,   kaum Cina  yang  sibuk mencari harta,  dan  kaum India  yang tertindas  hidupnya;   telah dipukau  begitu  lama oleh  kabilah mamak malbari  ini, sehinggakan mereka keletihan dan tidak bermaya; tidak lagi  mampu  melepaskan diri daripada cengkaman  kebajingan  ini, yang  mempunyai  satu sasaran  utama  untuk  menakluk, memperhamba, menindas, merasuk, dan  mengkotak-katikkan secara menyeluruhnya  orang Melayu  dan  kaum  lain.     Daripada tahap  awal  lagi  Mahathir  merancang  dan mengatur  satu konspirasi   untuk menjajah orang  Melayu. Dengan penerbitan   bukunya  “Malay  Dilemma” yang sungguh  memperdayakan  itu  dia  memulakan  satu agenda tersembunyi   untuk  menghenyak negara dan  menonjolkan ahli-ahli kabilahnya   menguasai  kekayaan  Malaysia dan merangkul  kuasa ketuanannya. Dia  berjaya  menggulingkan   Hussein  Onn  dan mengambil alih   kuasa sepenuhnya. Sejak  itu  berbilion-bilion  harta negara telah  disedutnya  secara tipu helah  dan  muslihat  yang beracara  dan  mengalihkan   kekayaan  itu  kepada   anak-anak  dan saudara  serta juak  dan para kroninya,  sehinggakan negara menjadi papa kedana.

 

 

 

Kabilah ini menggunakan  satu strategi  politik bergelar  Arthasastra,  yang  merupakan system  politik  yang dicipta oleh  seorang Perdana Menteri kaum Brahmin India bernama  Kauthiya  ketika  wujudnya  empayar  Maharajah Israel. Strategi  politik  ini  merangkumi tujuh peringkat bernama Saman, Danda, Dana, Bheta,  Maya, Upeka dan Indrajala. Semua  strategi  ini  menggunakan  kesabaran,  pujuk  rayu, penipuan  manis, sifat berbaik-baik yang palsu,  kuasa, denda,  keganasan,  ancaman, kuasa tentera, sogokan dan  rasuah,  ugutan, pecah dan perintah,  penderhakaan,  penipuan, illusi, pembohongan dan  pemalsuan, memperlekehkan musuh, dan mewujudkan satu  kuasa besar yang penuh tipu helah. Dengan  kuasa eksekutif di tangannya, Mahathir telah    menggunakan  Arthasastra  untuk  menindas,  menekan dan  mengeksploit orang Melayu dan kaum lain, supaya dia berjaya  merangkul kuasa  ekonomi untuk  menegakkan kuasa kewangan yang  utuh.  Apabila kuasa politik  dan  kewangan berada di tangan kabilah mamak malbari ini  yang diketuai  oleh pemimpin ulung  mereka, tidak ada sesiapa pun  yang berjaya menumpas   setiap satu pecahan kumpulan  bajingan  mereka.

Inilah keadaan  negara  yang  jijik  dan  memalukan, dijajah  oleh satu  kuasa  mamak malbari yang  rakus  yang mempunyai upaya menindas setiap   kebangkitan  untuk  menyanggahnya  dengan menggunakan  ‘peluru berpandu’ bernama  ISA  yang sungguh berbisa untuk menghenyak  dan  membisukan para pembangkang.  Kekuatan  besar kabilah ini ialah pengetahuan  dan  kuasa. Sedangkan  mereka miskin dalam bentuk  kerohanian  dan kasih saying. Pengetahuan semata-mata yang tidak  diiringi  oleh ketaqwaan dan kasih saying,  membolehkan mamak malbari ini menjajah secara kejamnya dan menindas rakyat  jelata, sambil terus  menyauk kekayaan negara  sehinggakan khazanah dana  negara menjadi hampir kering  kontang.

Salah  satu ciri perwatakan pemimpin kumpulan mamak malbari ini ialah sifat  tidak adanya perasaan  malu betapa pun  mereka bertindak  secara melulu untuk menyiksa dan mendera serta menindas para mangsa. Langsung tidak wujud sekelumit  perasaan berdosa dan  malu pada  diri  mereka semua.   Inilah taktik  yang  dipelajari daripada syaitan  ketika ia melakukan segala  tipu daya      untuk memukau  manusia.   Kini, Malaysia sedang   dicengkam  satu kumpulan  manusia  yang tidak lagi berhati perut  insani,  sehingga berjaya menipu penduduknya tanpa  sedar betapa mereka  sudah berjaya  menjajah  negara ini.

Sekarang,  sesiapa  yang mencuba  membebaskan negara ini daripada  cengkaman  mereka akan dimangsakan  oleh  ISA.   Kumpulan mamak malbari ini tidak punya sebarang perasaan hormat terhadap hak asasi manusia, martabat bangsa  dan undang-undang. Berwaspadalah, sebelum kabilah ini  menjerumuskan negara ke kancah kemuflisan di mana semua  sumber kekayaan  berada di tangan  mereka. Kita kini  menjadi   papa kedana sedangkan  mereka sudah kaya raya,  kita sudah  menjadi masyarakat  pekerja sedangkan mereka sudah  menjadi tuan-tuan feudal. Kita  menjadi peminta sedekah sedangkan mereka menjadi kumpulan ningrat yang gah.  Kitalah kumpulan  yang merempat  sedangkan mereka menjadi  ketua  kumpulan  yang  berpangkat.   Mestikah kita bersabar dengan kabilah mamak malbari untuk terus menjajah ?

-Spirit of Truth-

Semangat Kebenaran

Jumaat 20/4/2001.

 

Catatan  Penterjemah:

Saya terjemahkan  artikel ini dengan penuh keikhlasan betapa  bukan semua  mamak malbari itu tergolong dalam  kumpulan bajingan. Ramai  mamak malbari yang merupakan pejuang tulen ‘reformasi’.   Sejak  tiga  tahun dulu  lagi saya  menulis dengan  penuh  kiasan malahan ada siri tulisan khas mengenai  manusia berhati syaitan, mengenai  Indrajala dan Arthasastra secara  amnya. Semua  tulisan itu bertujuan  membawa  kesedaran betapa bisanya  zaman pemerintahan  Mahathir. Malahan, saya pernah sebut inilah  pemerintahan  yang telah menggadaikan  bangsa  Melayu kepada  satu sistem raksasa  yang  dicipta oleh  pemerintahan Mahathir-UMNO  yang  kini menghenyak rakyat  marhaen  dan mula memamah kepimpinan  UMNO  itu sendiri.

Mahathir sudah menjadi  manusia yang fasiq yang tidak boleh diambil kira akan tutur katanya. Dia sudah tidak layak dijadikan  saksi apa lagi terus dihormati sebagai seorang pemimpin Melayu di zaman moden ini. Zam Mamak dan  Astora Jahat  boleh keluarkan dan cipta seribu hadith lagi mengatakan “satu  dosa besar menderhaka terhadap kerajaan pimpinan Firaun Baik bernama Mahathir”,  tetapi kefasiqan Mahathir yang telah melakukan ’QAZAF’  terhadap Anwar  Ibrahim akan menjelaskan segala propaganda jijik  itu.   Di dalam Islam, tuduhan memburukkan seseorang mesti dipertahankan oleh orang yang menuduh. (JIka gagal maka penuduh akan dikenakan 80 sebatan~webmaster) Mahathir  ingkar dengan peraturan ini. Dia celupar menuduh dan membuat fitnah, tetapi ia amat takut menghadirkan diri apabila disapina ke mahkamah. dan  terus  menghukum Anwar  melalui  ucapan fitnah di luar negara dan di hadapan orang asing. Tuduhan itu melibatkan umat Islam lain  yang tidak berdosa. Inilah badi ‘qazaf’ itu yang  ditanggung  oleh Mahathir  yang sedang dikongsi-sama oleh ahli  keluarganya.  Inilah lumpur kebajingan   yang  mempalit   seluruh negara  Malaysia, ekonominya,   suasana hidupnya dan serba serbi  yang termasuk  bernafas,  hidup   dan mati.

Mahathir tidak tahu   apa  ertinya ‘bertaubat’  sehinggalah dia kehilangan  salah seorang   anak dan cucu kesayangannya,  barulah di faham apa ertinya nyawa   dan kasih sayang.  Semua  pemimpin UMNO  menanggung  dosa keaiban ini. Semua  keluarga istana  menanggung beban  kebajingan  ini. Setiap  umat  Islam  yang baligh turut menanggung dosa  ini (jika menyetujuinya atau merelakannya~ webmaster). Apalah ISA sedangkan itu ciptaan manusia yang digunakan sesama manusia. Bagaimana dengan penderitaan  Anwar Ibrahim  dalam penjara selama ini? Bagaimana  pula dengan ahli keluarganya  yang sedang  membesar?  Bagaimana dengan pahlawan-lapan yang ditangkap di bawah  ISA  sedangkan ahli keluarga tidak diberitahu di manakah sebenarnya mereka berada?.   Bagaimana pula dengan anggota polis yang terpaksa menjalankan tugas yang menjijikkan semata-mata  untuk  menjaga periuk nasi?

ISA  adalah hukum ciptaan penjajah terhadap komunis. Apabila Mahathir menggunakannya terhadap rakyat  negara  ini, dia adalah sebesar-besar penjajah. Dia melanggar ajaran Islam dan panduan Allah (dengan melaksanakan akta ISA ini ~webmaster).  Apabila semua wakil rakyat negara  ini masih berdiam dan berselindung di sebalik retorika semata-mata tanpa meletakkan jawatan untuk mengnyahkan  Mahathir, ISA akan  digunakan berterusan dengan kejam.

ISA  dan Anwar  Ibrahim sengaja  dipolitikkan  oleh semua wakil rakyat-termasuk Fadzil Nor, Tuan guru  Nik Aziz dan Haji Hadi. Kalau  undang-undang  yang sah mengenai royalti  minyak boleh diputar belit oleh Mahathir dan PAS sanggup berpeluk tubuh dan bersabar, apakah PAS sanggup berjuang melawan   ISA? Di sinilah kebijaksanaan  Mahathir terserlah.  Dia tidak  menangkap  pemimpin PAS  kali ini kerana dia tahu kekuatan  PAS  dan mahu  mengujinya.  Tetapi, PAS masih samar dengan kekuatan sebenarnya itu.

ISA hanya akan pupus  apabila rakyat marhaen bangkit tanpa  kepimpinan  PAS  dan para ulamanya. Kalau  inilah sebenarnya agenda PAS, janganlah mimpikan untuk merangkul kuasa sehingga  Sabah dan Sarawak.  Cukuplah setakat Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis  sahaja  kerana itulah ciptaan  sejarah  sebenarnya. Adalah  amat memalukan bangsa Melayu  apabila enam Melayu daripada  lapan  pahlawan  yang ditangkap oleh ISA,  pemimpin  yang sibuk ke hulu-hilir  cuba menyanggah Mahahtir  ialah Lim Kit Siang.  Bukankah  itu  juga  yang berlaku ketika seorang ketua  menteri merogol seorang gadis sunti?  Apakah  pemimpin Melayu yang merengkok dalam penjara memperjuangkan  nasib seorang nenek  yang tidak berupaya?

Tepuklah dada  tanya ‘iman’, apakah benar anda mahukan sebuah negara yang aman tenteram? Rakyat marhaen  terutama sekali orang  Melayu  menunggu semboyan untuk bersatu. Yang penting  ialah nyahkan Mahathir, isu lain ketepikan dulu. Apakah Allah sudah menentukan bahawa Mahathir dan kroninya  akan merupakan  pelawat terakhir ISA?  

  -MT-