TAG045

Turki Hentikan  Kawalan Matawang
(Turkey  Abandons Currency Controls)

Oleh:  Ben  Holland  -   Associated  Press

Nilai  Lira  menjunam  27 persen berbanding  dollar  sebaiksahaja  kerajaan menghentikan pengawalan  kadar pertukaran  matawang   untuk  mengelakkan  krisis  yang melibatkan dua  pemimpin  utama Turki.   Di  awal  dagangan  kadar  pertukaran  di Bank Pusat mencatatkan  kadar  950,00lira bagi setiap  satu  dollar, berbanding 688,000lira pada hari Rabu.

Para  pegawai  bank  memberi amaran bahawa  kadar  yang lebih meyakinkan hanya dapat diketahui  apabila  kerajaan  mengumumkan  usahanya  untuk membendung inflasi di negara itu.

Penurunan  nilai lira itu telah  meransang  kegiatan  di pasaran  saham. Ia naik lebih 10 persen daripda 7,945mata  di sessi pagi,  satu hari  selepas mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 18 persen.  Para  analis  menjangkan  munculnya  inflasi untuk jangka pendek. Kadar inflasi semasa ialah sekitar 30 persen, menurun daripada 70%  pada 1999.

Sejak Turki  memulakan  program  anti-inflasi  dengan sokongan  pinjaman $11 bilion dollar daripada  IMF,   di waktu bermulanya kadar  tukaran  matawang  lira berbanding dollar  dan  euro.   Pinjaman  semalaman adalah  pada kadar 7,500 persen pada hari Rabu, sehinggakan  mencetuskan kegusaran  adanya krisis politik  yang besar.

Pengguguran kawalan tukaran  matawang  itu, bererti Turki menghentikan  satu unsur penting  dalam usaha  menstabilkan rancangan ekonomi negara.  Kerajaan berkata bahawa  ia masih mengekalkan  program itu, termasuk  mempercepatkan  usaha pengswastaan monopoli perkhidmatan telefon talian  kekal, negara.

Pengarah  Urusan  IMF, Horst Koohler,  telah mengeluarkan satu kenyataan menyokong tindakan  yang dilaksanakan oleh  Bank Pusat  Turki  itu. Kohler  berpendapat bahawa keputusan  mengapungkan  lira Turki itu  “sepatutnya  dapat membantu menstabilkan  kadar pertukaran  matawang  dan menentukan -mungkin selepas berlakunya kenaikan  di tahap awal -  penurunan  berterusan kepada   kadar  inflasi.”  Kohler juga berkata bahawa IMF akan memberi pertimbangan untuk   menyediakan kewangan tambahan  kepada  Turki dan dia mengsyorkan agar  para  peminjam  tidak menyisihkan bank  komersial Turki.

Keputusan  kadar  pertukaran  matawang  itu telah diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas  berlangsungnya perundingan  selama  10 jam  di antara Perdana Menteri  Bulent  Ecevit  beserta  para  menterinya dengan  pegawai Bank Pusat Turki.

Catatan  Penterjemah:
Nampaknya  unsur-unsur  inflasi dan stagflasi di Malaysia  sengaja  dicetuskan oleh pemerintah tanpa  sebab  yang munasabah. Apakah kesannya nanti  akan mengundang suasana kucar-kacir  seperti yang berlaku di Turki?  Ini adalah serba mungkin  dan memang harus dijangkakan oleh setiap rakyat  marhaen. Awasilah dan simpanlah wang  yang ada di tempat yang  selamat, tidak kiralah  kalau di dalam peti  yang  kalis api di rumah sendiri. Ramai  sukusakat  dan pewaris  KEJAM  sudah lama  melarikan  wang simpanan mereka ke seberang tambak.Cuma mereka lebih bijak  daripada orang Melayu yang melarikannya secara ‘kilo’.

 –MT-
23 Feb