TAG046

Amerika Dituduh Melibatkan Jepun  dalam  Perang Dunia  Ke-2
(Lawmaker  Blames  U.S.  For WW II) - Reuters  Feb.19

Seorang  pegawai  perundangan  parti  pemerintah  Jepun telah  berkata bahawa Jepun tidak boleh dipersalahkan kerana terbabit dengan Perang Dunia ke-2 kerana tindakannya itu adalah disebabkan  oleh  Amerika  Syarikat  juga.

Kenyataan yang dibuat  oleh Hosei  Norota,  bekas  menteri pertahanan  Jepun yang kini menjadi pengerusi  Jawatankuasa  Perbelanjaan  Dewan  Rendah  Jepun,   dijangka akan mencetuskan kontroversi  di seluruh Asia  di kalangan negara  yang pernah ditakluki oleh Tentera Imperial Jepun  pada 30-an  hingga  40-an  dulu. Sekaligus  ia akan menyulitkan lagi   masalah yang sedang dihadapi oleh perdana menteri  Yoshiro  Mori.

“Oleh  kerana  Jepun  diganyang  dengan  sekatan  bekalan minyak dan  pelbagai bekalan lainnya oleh  negara luar, Jepun tidak punayi pilihan  selain  bergerak  ke arah Selatan untuk  mendapatkan  sumber  asli.”Demikian yang  dilapurkan  sebagai ucapan Norota kepada  para  penyokong  Liberal  Democratic  Party  pada  hari  Ahad. “

Dengan  lain perkataan,Jepan menjadi  mangsa  satu rancangan  yang lakar oleh Amerika Syarikat. Inilah  yang  dilaungkan  oleh para sejarawan.” Kata beliau dalam satu kenyataan  yang mengulang  balik  alasan yang diberikan oleh  para pegawai tinggi tentera Jepuan  pada  tahun 1930-an dulu untuk  menyokong tindakan mereka melancarkan serangan  menguasai  Asia.

Seorang  pegawai kanan  parti pembangkang  Democratic  Party,  Hirotaka Akamatsu telah memberitahu para wartawan  bahawa  pendapat  Norota itu adalah satu “kesilapan, tidak bertanggunjawab  dan ketinggalan zaman,” demikian yang dilapurkan oleh agensi berita Kyodo.

Parti  Demokrat  bersama dengan tiga lagi parti pembangkang  sedang  bergabung tenaga untuk menggulingkan Mori yang semakin tidak popular  itu  dan sedang menimbangkan  sama ada mengusahakan  undi tidak percaya terhadap Norota.  “Berkemungkinan  besar akan tercetus  reaksi pihak sejagat, terutama sekali  di Asia,” kata Tsutomu Hata, seorang pegawai kanan  Democratic  Party.

MORI  Semakin Membisu

Mori  sengaja tidak mahu terlibat dalam  kisah   yang  dicetuska oleh Norota itu  ketika beliau didesak  di satu persidangan mendebatkan  perbelanjaan negara. Namun dia berkata kerajaan masih mempunyai pendirian  yang sama yang pernah  dinyatakan oleh Perdana Menteri ketika  1995  dulu, Tomiichi Murayama ketika menyambut  ulangtahun berakhirnya peperangan.

Muruyama, seorang  sosialis, hampir bersikap meminta maaf kerana segala tindakan Jepun ketika berperang dengan  berkata;       
“  Untuk menglakkan berlakunya  kesilapan lagi di masa depan, saya terima hakikat yang tercatat  dalam sejarah  yang tidak boleh disangsikan, dan saya ingin menyatakan dengan segala  keinsafan dan dengan penuh keikhlasan,  seribu  kemaafan.” Chikara  Sakaguchi,   seeorang ahli  parti koalisi  New  Komeito, yang memegang prtfolio Kesihatan, Buruh dan  Kebajikan dalam kabinet Mori, telah juga didesak untuk memberikan pendapatnya.          

“ Saya berpendirian memang ada  tindakan agresif  terhadap  beberapa negara seperti China dan ini telah mencetuskan rantaian aksi  daripada  Eropah dan Amerika Syarikat sehingga mencetuskan  Peperangan Pasifik,” kata  Sakaguchi. “Memang ada pelbagai pendapat dalam hal ini, tetapi itulah pendapat saya.”

Mori Yang Telah Terjerut

Mori sedang  digugat  dengan krisis terbesar  dalam pemerintahannya yang berusia 10 bulan itu. Desas desus  yang kencang  menyebut dia berkemungkinan  melepaskan jawatannya bulan hadapan.

Siapa yang akan menerajui Jepun  semakin dipersoalkan ketika negara  itu sedang diharung keadaan ekonomi yang semakin merudum  dan perhubungan dengan  Amerika  Syarikat yang tergugat  oleh  episod  pelanggaran  kapal Jepun  di Hawaai  oleh  kapalselam Amerika Syarikat. Episod ini  mengorbankan  sembilan nyawa.

Mori mula-mula sekali  menghadapi masalah ini pada bulan Mei lalu dengan membuat kenyataan  yang serupa.  Satu bulan selepas memegang jawatannya, dia telah mencetuskan pelbagai kritikan dengan  menggelarkan  Jepun sebagai sebuah  “negara  yang suci yang berpaksikan seorang maharaja.”  Kenyataannya itu telah  mengimbau  ingatan lama yang sungguh tidak menyenangkan, di mana  idelogi negara ketika  itu  mendewakan maharaja dan sekaligus  menolak  kadar  sokongan kepada Mori jatuh menjunam  di bawah paras  40 persen sahaja.

Dalam ucapannya itu, Norota  juga  telah menyebut  betapa peperangan mereka itu adalah Peperangan Besar Tenggara Asia. Ini telah  menyemarakkan kemarahan orang  Jepun terhadap kecenderongan  ketenteraan  kerajaan zaman perang  dulu.

Kenyataan  Norota itu besar kemungkinannya  mencetuskan kemarahan negara jiran yang lain seperti  Korea Selatan, China  yang  pernah dijajah oleh Jepun untuk beberapa dekad   di abad ke-20  dulu. Bala  tenteranya pernah  menguasai  Asia  Tenggara  dalam usaha Jepun mengembangkan   dasar  Gagsan  Rantau  Kemewahan Berusahsama.

Catatan  Penterjemah:
Kenyataan  Norota  adalah bersifat acah-acah sahaja. Tetapi, dalam masa  48 jam, sentimen yang sama sudah muncul  di Korea Utara  di mana  kerajaan  Komunis Korea  itu sudah berani mengacah  Amerika Syarikat pula. Semua  ini  sudah lama di dahului  oleh sebahagian  penjuru Indonesia  di  mana  puak  Kristian  sengaja  diapi-apikan agar berantakan dengan puak Islam. Kini, masyarakat  Dayak sedang berantakan dengan masyarakat   Madura. Di Thailand,  pasukan tentera sudah pun berkumpul  di sepanjang sempadan negara dengan Myanmar.  Inilah yang saya sebut dalam MMM7  sebagai bunga api peperangan yang terencana.  Di Malaysia  ia baru tercetus setakat  mainan Komander  Robot  di Sipadan dan Layang-layang  yang  dikuasai  oleh anak lelaki tersayang, dan Prebet Amin al Maunah, seorang pemuda  yang  diputar  minda  untuk  berlagak wira sahaja. Waktu itu dia tidak sedar  akan berhadapan dengan seorang panglima  yang boleh  menolak  peluru M16 ke arahnya dengan  tapak tangan sahaja.  

–MT-
23 Feb