TAG047

Kalau Gus Dur  Mahu  Terus Berkuasa
(How Gus  Dur  Can Survive)
Oleh:  The  Asia  Letter #1875.


Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid  mempunyai  hanya satu  pilihan  kalau  mahu  terus kekal berkuasa. Beliau perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh empat penasihat  asing yang disediakan   oleh  kerajaannya. Mereka  semua  adalah jagoan  yang  memahami masalah  dengan lebih jelas  lagi daripada pak kiai  yang  semakin  angkuh ini. Apakah  dia  mampu  memahami semua  itu adalah soalan yang  boleh dijawab  di lain waktu.

Para  penasihat itu bukannya  orang  sembarangan. Mereka  adalah  Menteri Kanan Singapura  Lee  Kuan  Yew, bekas pengerusi  bank pusat Amerika  Paul  Volcker,  bekas  diplomat Jepun Nobuo  Matsunaga dan bekas  pegawai  bank  pusat  Jarman Ulrich Cartellieri.

Mereka   telah  mencadangkan  agar  kerajaan   memperbaiki hubungannya  semula dengan  IMF (Dana  Kewangan  Antarabangsa) yang  telah membantu  menyelamatkan  Indonesia  sejak November 1997  tetapi  tidak  pernah diberikan  penghargaan  kerananya. Mereka   telah  berpendapat  selagi  reformasi yang  berkesan tidak dilaksanakan, keyakinan  pelabur  tidak  boleh  diharapkan.  Mereka   telah memberi ingatan  agar tidak  mudah terpedaya  dengan  pertumbuhan  ekonomi  sebanyak  lima persen tahun lalu, dengan  menyatakan  bahawa  pemacu  sebenarnya  ialah  pertumbuhan ekonom Amerika dan  kemewahan kenaikan harga minyak.  Kedua-dua unsur  ini  dijangka  menurun  tidak  lama  lagi.

Sebenarnya, tidak  ada   sesuatu  yang terbaru  dalam saranan  mereka. Itulah  juga  yang dilaungkan  oleh rakyat marhaen  selalunya, dalam setiap situasi,  yang sepatutnya   mampu menggoncang Indonesia  untuk  bertindak  menjadi sebuah negara  yang rancak  sekali  lagi.

Hakikatnya  masalah  sebenar   terletak  pada Abdurrahman Wahid juga. Sepatutnya  dia  mempergunakan  sokongan  padu rakyt  di tahap awal  kuasanya dan  juga  dengan  bergeraknya ekonomi negara  yang mencetuskan angka  pertumbuhan yang  merangsangkan. Sebaliknya  dia  semakin  menyimpang  dan telah menyalahgunakan  segala  peluang  untuk mengharumkan  wibawanya  lagi. Dia  berjaya  bukan sahaja  dalam mengurangkan  popularitinya  di kalangan  rakyat  yang mengundinya dulu, tetapi dia telah memecah-belahkan  Dewan  Perundingan Rakyat  ketika  perpaduan adalah satu kemestian  untuk  melaksanakan  segala  usaha mereformasikan negara  yang  amat  diperlukan.

Terdapat  seorang  menteri lagi yang mungkin tidak mampu meneri manasihat bintang jagoan  itu  ialah  ketua ekonomi  dan menteri Rizal  Ramli. Rizal  menunjukkan  kurang senangnnya terhadap  kritikan  ynag diluahkan. Dia telah melaungkan angka  pertumbuhan tahun lalu sebagai  petanda kejayaan dasar  reformasi  negara.  Malahan  dia  telah mencedmuh tindkan IMFmelengahkan pemberian   pinjamannya sebagai satu perkara  yang sengaja  mahu menjeruk hati.  Mungkin dia memikirkan bahawa tindakan  IMF  itu hanya setakat   mengurangkan  pemberian bantuan sedangkan  ia keyakinan  masyarakat antarabangsa  yang sudah  berkurangan.

Semua  ciri-ciri  reformasi   yang menyangkuti  kewangan, korporat, kehakiman  dan pentadbiran  negara  yang  menjadi   intipati perjanjian kerajaan Indonesia  dengan IMF  sudah  menjadi kucar-kacir, dan ada  setengahnya yang sudah hampir terpinggir.  Ia bukan  lagi menjadi  satu perkara  kecil  kepada  Indonesia.

Kami  percaya  Abdurrahman Wahid harus  diberikan peluang berkhidmat sehingga  pupus ruang  kuasanya. Lagipun ini adalah satu demokrasi yang masih belum berjalan betul  lagi. Stabiliti negara adalah faktor  yang lebih penting  lagi.  Namun,  kalau dia memperlekehkan nasihat  yang diberikan oleh penasihat  antarabangsa itu, tidak ada sesiapa  yang berani   meramalkan  apa  yang  akan  jadi kepada  masa depan poltiknya.

-sales@Asialetter.com
23/2/2001