RENUNGAN

BismiLLah
walhamduliLLAh
was Solatu wassalaamu 3ala RosuliLLah
Assalamu 3alaikum wbth.

untuk memasakkan minda rakyat.... agar kemenangan dapat kita perolehi di masa2 akan datang ada baiknya ana bawakan sebuah cerita tentang keberanian para sahabat r.3anhum berhadapan dengan pemimpin yang zalim.

sebuah kisah antara ibnu Umar r.a. melawan alhajjaj, satu teladan buat kita tentang akhlak dan keberanian serta taqwa mereka dalam menghadapi setiap situasi yang mereka lalui. demi menegakkan kebenaran dari apa yang terhasil dari tarbiyah buat generasi pertama Ummah ini...

sejarah menurut kacamata Ulama Islam.

dari ishaq b 3amru al Qurasyi dari bapanya menceritakan mengenai ibnu Umar r.a. bila mana dia berdiri, sedang al hajjaj b yusof ats tsaqafi berkhutbah, maka dia berkata: wahai musuh Allah! kamu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta kamu membinasakan Rumah Allah (BaituLlah di serang dengan manjanik semasa pengepungan Abdullah bin azZubair) dan kamu membunuh para wali Allah, (ramai yang dibunuh oleh alhajjaj 'tiada rahmat Allah baginya' antara yang dibunuh olehnya ialah Abdullah b azZubair, Sa3id b Jubair -wafat 95 hijrah- [seorang tabi3in yang alim, hinggakan Ibnu Abbas menyatakan apabila datangnya penduduk Kufah meminta fatwa kepadanya dia akan berkata: kamu bertanyakan aku? (wahai ahli Kufah!) sedangkan kamu ada ibnu Ummu Dahma'=anak dari ibu yang hitam iaitu Sa3id yang berasal dr Habsyah, dan ramai lagi yang dibunuh secara zalim oleh alhajjaj).

maka berkata alhajjaj apabila mendengar kata Ibnu Umar tersebut: siapa itu? maka orang yang ada di sisinya memeberitahu, bahawa yang sedang berkata itu ialah Abdullah b Umar. maka berkata alhajjaj: diamlah wahai si tua yang nyanyuk!!. selepas itu beberapa ketika alhajjaj menyuruh beberapa orang pembantunya untuk memanah dengan panah beracun kepada Ibnu Umar, maka dengan disebabkan luka dari panahan tersebut membawa kepada kematiannya r.3anhu. maka semasa sakitnya alhajjaj datang menziarahi ibnu Umar, dia masuk dengan memberi salam namun tidak dijawab oleh ibnu Umar, dia cuba bercakap tapi tidak dibalas oleh ibnu Umar rahimahuLlah ta3ala 3anhu.
[tazkiratul huffaz-karya imam azZahabi]

dari Hisham b Hasan dari Muhd: sesungguhnya alhajjaj berkhutbah, maka dia berkata: sesungguhnya ibnu Zubair telah mengubah ayat2 ALlah, maka berdiri ibnu Umar lalu berkata: tipu! tidak akan boleh ibnu Zubair mengubah ayat2 Allah dan tidak juga kamu!, alhajjaj berkata: kamu sesungguhnya orang tua yang telah nyanyuk, eloklah duduk sahaja! dia menjawab: sekiranya kamu mengulangi hal ini lagi aku akan ulanginya semula! (bantahannya terhadap tuduhan alhajjaj kepada ibnu Zubair).
[alIsti3ab-karya imam ibnu 3abdil Barr]

yang demikian itu ialah disebabkan alhajjaj telah berkhutbah pada suatu hari dan melewatkan solat, maka berkata ibnu Umar: sesungguhnya matahari tidak menunggu kamu, maka alhajjaj berkata kepadanya: aku telah lama berharap nak memukul tepat antara kedua belah mata mu, ibnu Umar menjawab: sekiranya kamu lakukan maka kamu termasuklah orang yang bengap. dan dikatakan juga ibnu Umar menyembunyikan katanya ini dari alhajjaj dan tidak didengarinya, dan beliau lebih menonjol semasa di Arafah dan di tempat yang lain yang pernah Nabi SAW melaluinya. dan hal ini ibarat mencabar kedudukan alhajjaj, lalu diperintahkan orang2nya mencederakan ibnu Umar dengan panah yang dibubuh racun. semasa kesesakan di Arafah diperintahkan lelaki tersebut melepaskannya di kaki Ibnu Umar, disebabkan hal ini ibnu Umar jatuh sakit selama beberapa hari, maka alhajjaj datang mengunjunginya, dia berpura2 bertanya: siapakah yang melakukan hal ini wahai Abu 3Abd Rahman?! dia menjawab sinis: Allah telah mentaqdirkannya kepada ku, sekiranya tidak nescaya aku yang membunuh orang itu. dia meneruskan: aku tidak melihat engkau yang melakukan tapi engkaulah yang memerintahkan agar membunuhku dengan panah. alhajjaj menjawab: tidak! jangan buat seperti ini wahai abu 3abd Rahman!, lantas dia keluar.
diceritakan juga apabila alhajjaj bertanya: siapa yang membuat sebegini kepada mu? dia berkata: kamulah yang menyuruh agar dibawa masuk senjata ke kawasan tanah Haram.
[alIsti3ab-karya imam ibnu 3abdil Barr]

ini adalah sebahagian dari apa yang sempat ana salin dari pembacaan ana mengenai para sahabat r.3anhum yang jalan riwayatnya lebih soheh dan lebih asli dari apa yang kita baca dari setiap buku mengenai tokoh2 wali dll. kerana setiap cerita yang disampaikan akan dibawakan periwayat kisah tersebut. beginilah yang lebih baik dari nukilan2 yang tidak disenaraikan dari siapa? dan pada kitab apa disandarkan kisah2 tersebut.

sedangkan secara logiknya, sesebuah cerita atau kisah akan bertukar, apabila dia bertukar penceritaannya dari hanya beberapa orang pencerita sahaja. apatah lagi sekiranya cerita tersebut tidak ditulis dan tidak dikenali siapa pembawanya.

maka untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dan sebarang rekaan maka ulama membuat syarat agar ditulis nama periwayat setiap cerita ini, agar cerita itu tetap sampai ke generasi selepas mereka dengan jalan yang betul dan tepat. itulah ilmu sanad yang tidak terdapat di dalam agama dan bangsa lain selain dari UMAT ISLAM, berbanggalah!!!

maka inilah antara kitab yang ana sempat ambil dan menceritakan kisah2 tersebut.
tazkiratul huffaz yang ditulis oleh penulisnya iaitu imam azZahabi wafat 748 hijrah dan
alIsti3ab karya imam ibnu 3abdil Barr wafat 463 hijrah.

kenalilah siapa itu Abdullah b Umar?
dan antara pujian ulama Islam terhadap beliau.

satu kisah yang diceritakan oleh imam alBukhari: perbuatan baik tidak diketahui dari Umar dan anaknya ibnu Umar r.3anhuma, hinggalah mereka berdua mengatakannya atau melakukannya.
dikatakan jua bahawa ibnu umar: merupakan seorang hibru=dakwat buat umat ini. dakwat ini pada perumpamaan dalam masyarakat arab ialah sesuatu yang tidak putus2 di tulis kerana banyaknya ilmu yang boleh dimanfaat darinya, iaitu seorang yang berpengetahuan luas.

dari Sa3id b al Musayyab dia berkata: sekiranya aku diminta agar saksikan seorang dari ahli syurga nescaya akan aku tunjukkan ibnu Umar.

dari Umar b Mohd b Zaid aku telah mendengar dari bapaku dia berkata: ibnu Umar tidak menyebutkan mengenai RasuluLlah SAW satu cerita mengenai baginda SAW, melainkan dia menangis.

diceritakan oleh Nafi3 maula ibnu Umar: sesungguhnya beliau -ibnu Umar- mengikuti setiap perkara yang disuruh oleh RasuluLLah SAW -dari sunnah baginda SAW- setiap perkataan dan perbuatan Baginda SAW hingga seakan2 dia takutkan pada fikirannya sendiri.

berkata Mohd b Ali: tiada pun seorang dari sahabat Nabi SAW apabila dia mendengar dari Nabi SAW sebuah hadis dia akan mengingatkan -memberi amaran- agar tidak dikurangi atau tidak ditambah dan tidak... tidak... melainkan dari ibnu Umar r.3anhu.
[semua kisah di atas adalah nukilan dari tazkiratul huffaz-karya imam azZahabi]

begitulah cara hidup sahabat r.3anhum yang menitik beratkan setiap apa yang disampaikan kepada generasi selepas mereka menurut petunjuk Rasul SAW yang mulia. betapa hebatnya mereka dalam menjaga setiap sunnah Nabi SAW.

pernah diceritakan dalam sebuah hadis dari Ummu Darda' isteri kepada Abu Darda' r.3anhuma, bahawa Abu Darda' jika dilihat oleh orang yang tidak mengenali beliau kerana 'sering tersenyum' kepada setiap orang yang dijumpainya, dan hal ini pasti dia akan dianggap seorang yang gila atau tidak siuman, hanya dikeranakan kecintaannya ingin mengikut akhlak Rasul SAW.

begitulah suburnya peribadi Rasul SAW dijiwa para Sahabat Baginda SAW yang mulia.
menjadi satu kepelikan bagi diri ana mereka yang lebih mengutamakan orang lain yang tidak dikenali lebih utama dari para sahabat r.3anhum sendiri. sedangkan para sahabat adalah mereka yang paling terhampir dengan Nabi SAW, dan setiap perlakuan mereka adalah yang paling hampir dengan perbuatan Nabi SAW, Nabi SAW sendiri pernah bersabda, mafhumnya: jika kamu mengambil petunjuk salah seorang dari sahabat ku nescaya kamu tidak akan sesat. [alHadis]

ikutlah siapa pun yang kita mahu dari perlakuan sahabat Nabi SAW, tapi cuba kita fikirkan jika ana persoalkan dengan Saidina Mu3awiyah r.a. apakah yang terdetik dijiwa kita???
apakah yang kita nampak dan tahu dari hal Mu3awiyah r.a.?? cuba kenangkan semula...

betapa ramai orang kita yang menyalahkan Mu3awiyah dalam hal politik kerana mereka tidak mengenali beliau dan yang masyarakat kita tahu hanya dari bacaan dan rujukan dari bahan kajian orientalis, sedangkan beliau juga merupakan seorang yang digelar sahabat. cukuplah dengan nama Sahabat NABI SAW..... dan tinggalkanlah kata dan pendapat mereka yang lebih mementingkan bahan bacaan dan kajian orientalis.

perlu kita tahu.... mereka menerapkan satu kempen di masa penjajahan mereka dulu iaitu dengan menyelewengkan fakta sejarah [mencuri bahan sejarah dan membakar manuskrip yang boleh memajukan kebudayaan sesebuah negara yang dijajah itu].
sedari itu setiap umat yang bodoh dan digelar negara mundur hilang identiti mereka di negara mereka sendiri. lihat diri kita....!!!!

PESAN ANA BUAT TEMAN SEPERJUANGAN...........
[maaf kerana ana gunakan bahasa syurga, tidak gunakan bahasa ibunda ana iaitu dengan kalimah saya sebab dah terbiasa, begitu juga setiap tempat ada kelebihan masing2, bersolat masjid di tempat kita tidak sama dengan bersolat di masjidil Haram {qias jauh ini}, maka alasannya ada pada diri ana]


ketahuilah wahai rakan yang dikasihi!!
mengapa kita mengagungkan BARAT lebih dari akidah kita sendiri??
kita agungkan bahasa inggeris lebih dari bahasa ibunda kita sendiri??
kita sanggup berkorban untuk belajar dari barat lebih dari untuk belajar akidah kita???
mengapa hal ini terjadi kepada diri kita??
mengapa kita tidak pernah berfikir untuk itu??
tahukah kita??? satu taktik barat selama ini.............

mereka lebih gemar menggunakan pakaian eropah yang dianggap lebih maju dan bertamadun...
[kita jauhkan hal ini dari persepsi Islam... mari kita bawakan contoh kemajuan orang barat yang dibawa ke amerika.]
KEMAJUAN yang kita AGUNGkan dan kita ajarkan di minda anak2 kita.....
dan generasi kita begitu merasai kehebatannya...
mereka ibarat dibutakan... dengan segala yang mereka lihat
dengan apa yang mereka perhatikan...
dengan apa yang mereka gayakan....

satu cerita perlu dikisahkan....
agar bergerak minda kita...
agar berpusing otak kita.....
di zaman dulu kala seorang pengembara yang bernama Columbus ingin bertolak ke INDIA / timur untuk mencari kekayaan, kehebatan, keagungan....
namun kerana terlampau maju akhirnya beliau tersasar ke amerika yang dianggap benua india,
di sana mereka nyatakan ada manusia yang berkulit mundur....
sedangkan bagi mereka kulit putih adalah bangsa yang maju,
kemunduran kaum tersebut mereka gelarkan sebagai red indian.
kaum barbarian, kaum ganas dan liar, kaum makan orang...

sebaik sahaja mereka sampai di sana,
mereka terus melakukan perlanggaran tamadun yang tidak bertamadun selama beratus2 tahun. [saksikanlah di dalam setiap filem cowboy yang kita saksikan].
mereka membunuh sewenang2nya, merosakkan tamadun penduduk asli amerika
[lihat tamadun maya dan aztec, dan cuba senaraikan apakah ciri2 terciptanya sesebuah tamadun, maka jelas kepada kita sebuah tamadun yang maju telah terbina sebelum mendaratnya barat di sana].

lalu angka korban meningkat ribuan jiwa, [barat yang bertamadun sembunyikan]
mereka diperhambakan untuk melombong emas dan sebagainya kerana kesalahan mereka ialah tidak berkulit putih, mereka selewengkan fakta sejarah dan tamadun alam....
bahawa golongan asli ini layak dibunuh di mana sahaja mereka ditemui, dijumpai...
kerana mereka tidak bertamadun,
mereka menentang pemberontak asli ini kerana mereka akan binakan kemajuan di sana...
kemajuan pada diri mereka...
kemajuan cara mereka...
kemajuan di akal mereka....

maka berjayalah mereka,
dan kita yang dibutakan pun turut menyokong usaha mereka yang bertamadun ini,
para pembunuh nenek moyang kita dan saudara seakidah kita sejak dulu hingga kini [pengeboman irak oleh UK dan US baru2 ini. dan sememangnya penduduk irak dibunuh kerana mereka tidak bertamadun dan menggunakan bahasa arab, bahasa kitab kuno, bahasa yang lapuk dll].
kita sepatutnya menyokong penuh mereka yang bertamadun yang menggunakan bahasa inggeris,
bahasa dunia,
bahasa perdagangan,
bahasa tamadun dan kemajuan.....

biarlah mereka terus membunuh kerana yang mereka bunuh itu adalah orang yang tidak bertamadun dan kita sepatutnya menjadi seperti mereka... menjadi orang yang maju!!!!
kita negara dunia ketiga yang maju!!!!
lontarkan kata2 ini ke segenap alam!!!
kita maju!!! kita maju!!! kerana kita mampu!!!

siapa yang letakkan kita sebagai negara dunia ketiga???
siapa yang letakkan kita maju atau tidak???
siapa yang mahu menjadikan kita negara maju setanding dengan barat??

manakah mereka yang menyukai kalimah dunia ketiga, keempat, kelima ini???
dimanakah mereka yang mahu kita disenaraikan oleh si barat???
mengapa kita perlu terus dibutakan walaupun kita telah merdeka???
mengapa kita perlu diperbodohkan???
mengapa ini berlaku??
dan mengapa kita harus terima???

cukuplah taktik mereka menjahanamkan kita....
jika mereka benar2 mahu kita maju dan bertamadun seperti mereka,
mereka telah biarkan kita maju 3 atau 4 tahun yang lalu... tapi apabila kita nampaknya semakin giat untuk terus maju....
naik dan terus naik... akhirnya....
kebimbangan mereka turut naik... dengan kemajuan kita
akhirnya kita digawatkan..... dihancurkan sumber ekonomi yang menjadi tunjang kekuatan negara kita....
sebuah negara maju di dunia ketiga.....

betapa gembiranya kita apabila ekonomi kita telah diisytihar pulih....
teruskanlah wahai si buta....!!!!
teruskanlah kemajuan mu dengan bahasa kemajuan mu.....
biarkan kami mundur di sini....!!!!
biarkan kami bercakap dengan ibu kami dan anak2 kami bahasa mundur ini....
sebab kami nampak dan tahu....
kami tidak mampu untuk menjadi kulit putih.... sebagaimana mereka mahukan
sebab mereka punyai wang....
mereka punyai gudang untuk membeli barangan alat solek yang boleh memutihkan wajah mereka...

cukuplah kami.... dengan dunia kami
kami ada kekuatan kami... sendiri...
kami berbangga dengan kehebatan pahlawan kami...
dan kami ada generasi kami sendiri....
untuk mengembalikan kegemilangan kami....
untuk meraih kecemerlangan kami...
untuk memulihkan kegagalan kami...
untuk memberikan kedaulatan dan kemenangan kepada kami....

cukuplah....... dengan laungan dari langit buat kami....
kami yang meyakini dan mengimani......

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [ali3imran:139]

Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang telah menceroboh/menjajah/menghentam kamu) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu. [Muhd:35]

Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
Allah hu Akbar!!!
wa liLLah hil Hamd!!!

semoga kecintaan kita untuk kembali kepada petunjuk Al Quran dan As Sunnah kian bersemarak dengan secebis kisah ini......

Allahumma Amin....

AlamGhiri
bukan berniat ingin menghapuskan bahasa asing....
tetapi berasa sedih apabila bahasa kita dipinggirkan....
dan bahasa orang lain digunakan sesama anak bangsa......

tidak lain dan tidak bukan... ini hanyalah sebagai menyambut seruan dari langit....

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [ali3Imran:104]

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [alMaidah:48]

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". [alA3raf:164]