TAG049

Mana  Ada Syoknya 
(Not  Much Fun) 
S. Jayasankaran/Kuala  Lumpur REVIEW Issu cover-dated  March 1, 2001.

Impian  Kuala Lumpur  mahu  menjadi  sebuah pusat  kewangan serantau  sudah lama diperlekehkan oleh penganalis asing  sebaik sahaja kerajaan  menguatkuasakan kawalan modal  pada Sepember 1998. Namunm impian iut masih diperam lagi dan mungkin diperteguhkan secara terkini  pada Februari 22  apabila  Menteri Kewangan Tun Daim mendedahkan rancangan  induk  pasaran modal  negara. Itulah  dasar  jangka panjang  mengenai perbankan,  insuran,  stokbroking, pasaran  bon dan  pengurusan dana. “Saya menjangka berlakuknya  beberana  ruang liberalisasi  dan  penunduran   undang-undang  di sektor kewangan walaupun  tindakan itu mungkin dibuat  secara perlahan,”  kata  seorang ketua firma broker saham asing  di Kuala Lumpur.

Ketrika berlakunya  kegawatan  kewangan  dulu, terdapat  satu krisis  keyakinan di kalangan banyak  institusi di Malaysia. Kerana takutkan  bank tempatan yang mungkin lingkup, para penyimpan telah menarik keluar simpanan  mereka  dan mengalihkannya  ke dalam akaun di bank asing   di Malaysia  ataupun mengalihkannya terus  ke luar negara samasekali. Rancangan terbaru Tun Daim itu berusaha  untuk menyekat  berlakunya sekali lagi  kemunduran keyakinan itu dan cuba untuk meneguhkan institusi  kewangan yang ada.

Penggabungan bank-bank telah pun dimandatkan oleh kerajaan.  Begitu juga halnya kepada insuran  dan  industri broker. Banyak lagi  perubahan yagn boleh dijangkakan daripada Tun Daim. Para pegawai  yang rapat dengan Suruhanjaya  Sekuriti yang  ditugaskan menyelia  pasaran  modal, menjangkakan  beberapa  pengumuman mengenai insentif baru untuk merangsang pasaran bon. Mereka  juga menjangkakan  perniagan  pengurusan dana akan lebih bebas di mana  borker asing  diberikan talian terus  kepada BSKL  pada Januari 2003. (Pada waktu ini mereka  terpaksa  memberikan khidmat  kepada pelanggan mereka melalui broker tampatan)

Pada Julai 1995,  bekas  Menteri  Kewangan Anwar  Ibrahim telah mencuba  satu pakej insentif untuk  memancing  pengurus dana antarabangsa dan syarikat  kewangan serantau yang  berpusat  di Hongkong agar berpindah ke Kuala  Lumpur  sebelum kuasa pemerintah wilayah itu  kemabli semula  kepada  China. Ada  juga yang menerima  pelawaan itu sedangkan  majoriti  mereka memilih  singapura.

Menyemarakkan  Minat Asing

Usaha  Daim mungkin tidak memebri  penekanan kepada   usaha  menarik  orang asing. Ia lebih  memberi penekanan  untuk memperteguhkan pasaran modal  Malaysia agar menjadi lebih berkesan. Untuk menghidupkan  kembali minat  asing  yang telah begitu lama kering kontang  di pasaran BSKL sejak pertengahan 2000 dulu, para analis  mengharapkan beliau akan memberi penekanan kepada  ketelusan  dan penerajuan   korporat yang disokong oleh penguatkuasaan  yang  jitu.

Pengurus dana tempatan memang mengalukan usaha Daim. Ada  sebanyak  34 syarikat pengurusan dana yang  menguruskan sekitar 52juta ringgit ($13.7 bilion) yang menyumbang hanya kurang  8%  kepada  modal keseluruhan  BSKL. Ini  adalah 20% hingga 40% lebih rendah  daripada  kebiasaan  di Singapura,  Jepun  dan  Amerika Syarikat. Tabung dana amanah yang  ditaja  oleh kerajaan  untuk  orang  Melayu  merupakan  80% daripada kewangan  yang terurus, dengan bakinya  adalah membabitkan wang  orang  awam.

Dana tempatan hanya boleh melabur  di Malaysia.  Usaha  membenarkan  dana tempatan dilabur  di luar telah dipengapkan sebaik sahaja pengawalan matawang dilaksanakan. “Dalam hal kebebasan membuat pilihan, kami memang  bderada  di bahagian corot  sekali,” kata seorang pegawai  bank. “Apabila  globalisasi  semakin menjadi, semua perkara ini akan menjadi perkara  yang  mustahak  diuruskan.”

Ketandusan pilihan inilah yang membantu  dana tabung  bersama (mutual fund) tempatan . Setidak-tidaknya  dana jenis ini telah menghasilkan pulangan  di antara 8% hingga 35% berbanding   pulangan sekitar 3%-4% yang  dihasilkan   oleh   pendepositan bank. “Kalau dibandingkan   pulangan  yang dibuat oleh simpanan bank dengan dana tabung bersama, memang  tidak ada  pertandingannya,”   kata  Edmund cheah, yang mengetuai sebuah Kuala lumpur  Mutual  Fund, yang merupakan  firma  awam terbesar  dengan  simpanan sebanyak  2 bilion ringgit. “Tetapi, kalau sekatan  ditarik balik, akan berlaku  banyak penghijrahan modal yang besar, kerana  wujudnya perbezaan antara kadar  Amerika  dengan yang kita punyai.

Membebaskan dana  dariapa  Tabung  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang  dikuasai oleh kerajaan itu akan  menaikkan lagi kegiatan  pengurusan   dana. KWSP  ialah  satu tabung persaraan terbesar  negara  yang  mempunyai aset sebanyak 150 bilion ringgit. Dasar pelaburannya memang sengaja  terhad. Sebagai contohnya  hanya 20%  dana tabung itu  yang dilaburkan dalam ekuiti.  Ramai peara penganlais menjangkakan Daim akan mempergiatkan bisnes  dengan membenarkan  KWSP  untuk  membenarkan  pengurusan dana secara kontrak kepada   pengurus  dana  luar  agar lebih banyak wang  lagi  yang akan dilabur di pasaran saham.

Akhirnya nanti, impian  Malaysia  untuk menjadi  sebuah hab kewangan  serantau akan berlegar-legar sahaja tanpa haluannya  tanpa sebarang  penarikan  terhadap kawalan  modal secara yang menyeluruh. “Kalau rakyat  Malaysia  tidak diberikan pilihan untuk melabur di mana sahaja, kenapakah pula sesaorang itu mesti  datang  ke sini untuk melabur wangnya?” tanya seorang broker asing.

Jawapan  Penterjemah:

Apabila  kawalan kewangan berlegar-legar tanpa keruan, ia adalah laksana anak rusa yang kehilangan arah, hanya menunggu  sekumpulan serigala  datang  menjatuhkannya dan memamah badannya sehingga tulang  sumsumnya.  Inilah  nasib  Darulboleh.....!!!!

-MT-