TAG 050

Ruang  Untuk Membesar 
(Plenty Of Room To Grow) 
Bahagian  I.

Sedikit demi sedikit, tanpa sebarang kesangsian lagi,  wajah pertumbuhan kewangan  di Asia  sudah semakin berubah rupa. Bertahun lamanya, penduduk  Asia  telah memeram simpanan mereka  dalam deposit bank yang  mengeluarkan pulangan  yang rendah. Apabila usia  ketuaan  penduduknya semakin  meningkat, para penyimpan akan  mengetahui betapa pulangan  yang tidak   berpada  yang  diberikan  oleh bank-bank itu tidak mampu menjamin satu  habuan  persaraan   yang  menyelerakan.  Program  pencen  yang ditaja oleh kerajaan mungkin  dapat membantu namun itu pun didapati  tidak memuaskan. Semakin ramai penyimpan dana  telah beralih pandang  mencari  tabung simpanan yang menjanjikan  pulangan jangka panjang yang tinggi.

Mereka  boleh membeli saham (stok) tetapi berurusan  dalam pasaran ekuiti  salah satu perniagaan  yang tinggi risikonya, terutama  sekali kalau simpanan  sara  hidup itu dipertaruhkan. Untuk mampu tidur  dengan penuh impian  yang indah-indah, anda perlu menjaga  risiko pelaburan, tetapi tidak ramai  individu  yang pandai melabur dengan segala  keilmuan  untuk membeli saham  yang terpilih  secara  berpada.  Pilihan yang terbaik  ialah  penyimpan  mengumpulkan   sumber dana  mereka  dengan membeli saham  yang diuruskan oleh  satu kumpulan   ahli professional dalam satu  tabung dana urusan mereka. Inilah  yang lebih dikenali  dengan nama mudahnya  Dana Tabung Bersama (Mutual Funds).

“Perkara   ini akan berlaku juga,” kata Shiv Taneja, seorang  perunding   di Cerulli Associate, yang aktif dalam   industri kewangan di London. “Kadar simpanan wang di Asia adalah tinggi dan kadar  purata  simpanan di bank adalah memang  tinggi. Tetapi simpanan yang  banyak  di dalam bank tidak akan menguntungkan  para penyimpannya  dalam jangka  panjang. Kerana  itu industri  tabung dana bersama akan naik membangun.” Inilah yang memang  diimpikan  oleh   syarikat pengurusan dana. Buat  waktu  ini Hong Kong merupakan satu lokasi  di dalam Asia  Tenggara  tetapi  di luar  Jepun yang berbangga dengan  pasaran  dana tabung bersama.  Tetapi Singapura pun semakin  naik dengan giatnya. Di tempat lain seperti  Taiwan  dan Korea  Selatan memang  terdapat  industri dana jenis ini dengan adal sedikit  perubahannya.  di Thailand  dan Malaysia  ia merupakan satu pasaran  terbaru  yang  memberangsangkan. Pasaran  yang paling terbesar akan wujud di China  dan kerana itu pihak  yang berkuasa  sedang  merangka  satu peraturan untuk mewujudkan  satu  industri  dana tabung  bersama  yang  berwibawa.

Hong Kong   merupakan  pasaran  yang paling  sofistikated  di rantau  ini di mana industri itu akan terus    membesar.  Hanya dua tahun sudah berlalu  sejak  industri ini muncul di situ. Secara tradisinya,   penduduk  Hong Kong  menyimpan wang  dalam akaun  bermusim, membeli hartanah ataupun sengaja   membeli  saham  di dalam pasaran saham yang memang mudah  menggila  itu. Pelaburan  dana hanya  bermula  setelah dilancarkan  ‘Hong Kong Tracker  fund ‘ pada  November 1999.  Inilah  dana  tabung  bersama  yang paling besar sekali dengan aset  yang diuruskan sekitar  $3.5  dollar.  Kerajaan telah menaja ‘Tracker Fund’  itu  untuk   mengambil alih sekitar   $25bilion  dollar dalam  bentuk stok/saham yang dipegang  oleh kerajaan hasil campur tangan    membendung  kemerosotan ekonomi yang  berlaku pada tahun  sebelumnya.

Dengan usaha  untuk  meniru  prestasi   Hang Seng  Index,  Tracker Fund  telah menjual sahamnya dengan diskaun  yang menarik  untuk  memenuhi peraturan  pasaran saham. Satu kempen  raksasa telah dilaksanakan di mana 180,000  pelabur   runcit  telah menempah penyertaan mereka.

Daripada  keseluruhan  penyumbang  itu,  antara 70%  hingga 80%  tidak  pernah mempunyai pengalaman  melabur  dalam  sebarang  dana, kata  Sandra Lee, ketua  jabatan perancang dan pembangunan  JF Funds  di Hong Kong. “Kami merupakan  pengedar  utama Tracker  Fund. Ramai  orang  yang bertemu  kami adalah pembeli pertama. Inilah manusia  yang tidak pernah memikirkan  mereka  sanggup memberikan wang  ke pada pihak  ketiga, sebelum ini” katanya. Malahan  mereka  kerap datang  semula, kata  Lee yang  mencatatkan ramai pembeli pusingan  pertama telah melabur  di dana lain pula.

Pelancaran  Tracker  Fund  telah  menyemarakkan industri  dana tabung  bersama itu. Keadaan ini dipergiatkan   oleh  kejatuhan   industri hartanah, menyebabkan  pra pelabur tidak berminat  membeli apartmen untuk menabung  pula. Pelancaran Kewangan Dana Pencen kerajaan pada bulan Disember  lalu,  telah memainkan peranan memberi penjelasan betapa pentingnya  pelaburan  jangka panjang. Itulah juga  peranan yang dimainkan oleh bank. Mereka  kini sedang  merana  oleh sebab  kehilangan  ‘carel’ mengenakan  faedah laba yang  rendah dulu, dan terpaksa  berpindah  ke arah  pengagihan  dana  sebagai punca pendapatan baru dan mula mencanangkan   tabung  bersama itu kepada  pelanggan mereka.

Dana tabung bersama pun semakin popular  di Hong Kong. Pada bulan Ogos  lalu, Persatuan pelaburan  dana  Hong Kong (Hong Kong  Investment funds  Association) membuat taksiran betapa 8% daripada  jumlah  penduduk  dewasa  - sekitar 400,000 -  membuat pelaburan dalam tabung  dana, termasuk  dalam Tracker  Fund. Ini merupakan kenaikan sebanyak satu pertiga  berbanding  tahun  yang   lalu.

Tahap  penyerapan   dana  di Hong Kong  masih dikira  rendah lagi apabila dibandingkan dengan pasaran lain  sperti  Britain,  di mana terdapat 15% hingga 20%  orang dewasa yang  melabur  dalam dana, ataupun  Amerika  Syarikat di mana kadar penerapan ditaksirkan setinggi 40%. Singapura  yang  dikira oleh  kebanyakan  syarikat dana sebagai pasaran  yang kedua  tinggi kecanggihannya di rantau ini masih tertinggal jauh ke belakang lagi. Walaupun kerajaan tempatan  telah berusaha  membina industri institusi pengurusan aset di negara  itu dengan  mendapatkan  mandat  daripada  Pusat Dana Providen, industri tabung bersama  itu  masih lagi  bersifat  di tahap baru membangun lagi.

Kalu dibandingkan  dengan Hong Kong  terdapat  HKIFA di mana  sekitar $35 bilion hingga $45 bilion  daripada   keseluruhan$230bilion yang diuruskan  oleh  ahli-ahlinya adalah diperdapatkan  daripada  pelabur  Hong Kong. Ini bererti jumlah  yang diperolehi daripada  pelabur  Singapura  adalah segelintir sahaja. Namun,  di Singapura industri itu sedang   rancak  memabangun.  Mengikut   para analis  bank pelaburan Amerika goldman Sach,dana  yang diuruskan  mungkin  mencecah  $8.6bilion (mengikut kadar tukaran matawang semasa) sehingga  akhir tahun  ini, menunjukkan kenaikan  daripada kurang sedikit daripada $2bilion  pada 1997.

....bersambung

Terjemahan MT