AL-BIRUNI : PAKAR ASTRONOMI DAN GEOGRAFI  ISLAM

Dilahirkan pada hari Sabtu 4 September 975 bersamaan 02 Zulhijjah tahun 362 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Ahmad Bin Muhammad juga lebih dikenali sebagai Al-Biruni atau Abu Raihan nama timangan yang diberi oleh ibunya meninggal dunia pada 13 Disember 1048 di Kabul Afghanistan.

Al-Biruni menjalankan kajian ilmiah selama 50 tahun. Telah berjaya menyiapkan 8 Kitab/Buku yang agung  dalam bidang geografi, perubatan, astrologi, sejarah dan astronomi. Kitab pertamanya  bernama Alat Segi Enam al Fikhriah. Buku ini mengandungi penjelasan terperinci tentang pengukuran-pengukuran astronomi untuk menentukan kedudukan matahari pada waktu tengahari bagi semua musim di dunia.

Beliau merupakan pakar astronomi terkemuka yang pertama menemui teori kitaran bumi pada paksinya sendiri serta beredar mengelilingi matahari sekali dalam setahun. Dia juga menemui bahawa titik jarak antara matahari dan bumi berubah sebanyak satu darjah bagi setiap 305 tahun. Teori Al-Biruni mendahului kepakaran barat bahkan barat hanya menemui teori ini selepas enam abad (kebangkitan eropah moden atau renaissance) teori Al-Biruni yang disokong penjelasannya secara kejuruteraan.

Pengukuran garis pusat bumi juga didahului oleh Al-Biruni dimana pengukuran itu dibuat digarisan longtitud Nandana di India yang terletak 100 km dari Bandar Islamabad. (sekarang menjadi ibu negara Pakistan) Kaedah ini dapat dipelajari oleh murid sekolah sekarang dalam pelajaran geografi asas tanpa diberitahu pengasasnya adalah orang Islam.

Alhamdulillah sebuah universiti di Tashkent ibu negara Uzbekistan mengguna pakai namanya demi penghormatan kepada beliau. Yang peliknya Rusia sendiri mengiktiraf Al-Biruni dengan cara mendirikan patungnya di muzium universiti geologi Moskow. Juga Akademi Sains Kesatuan Soviet telah nenerbitkan sebuah buku tentang Al-Biruni serta segala kajian beliau. Kita di Malaysia bagaimana ? Apakah kita tidak berasa apa-apa dan asyik mengangungkan barat lagi sedangkan barat pun mendapat ilmu dari ilmuan-ilmuan Islam yang mentauhidkan Allah dan Al-Quran sebagai panduan. Marilah kita betulkan kesalahfahaman fakta tentang apa jua dengan disokong  kajian terperinci serta berterusan.

Wallahu A’lam.

Jumlah pembaca:orang