Zakaria Bin Muhammad
Bin Mahmud An-Nijadi Al-Kufi mendapat nama gelaran Al-Qazwini di Baghdad.Beliau adalah
cicit kepada Sahabat Rasulullah SAW Anas Bin Malik r.a.Lahir pada tahun 600 Hijrah
bersamaan 1203 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 682 Hijrah bersamaan 1283
Masihi.Semasa usia kanak-kanak beliau menolong keluarganya menjadi gembala biri-biri
sambil menghafal Al-Quran.Usianya menjangkau 12 tahun telah hafal 30 juzuk Al-Quranul
Karim.Memang kuat ingatannya kitab hadith Muwatta’ karangan Iman Malik Bin Anas pun
dihafalnya cuma dalam masa setahun sahaja.
Beliau hidup dalam kurun ke 13 Masihi.Telah menjelajah ke seluruh Syria,Iraq dan
Iran sebahagian Turki,Armenia,Azarbaijan,Georgia dan Khawar Izmi yang dikuasai pemerentahan tentera Mongol.Penemuan ajaib beliau ialah rahsia bumi serta bahan-bahan galiannya.Bukunya yang terkenal dimana sebelum itu tiada sesiapa pun yang menemui penemuan-penemuan rahsia alam diberi judul Perkara-perkara yang ajaib tentang makhluk dan yang ganjil tentang Kewujudan.Beliau meneruskan kegiatan menulis selama 15 tahun dari hasil pengembaraan selama 10 tahun.
Buku Al-Qazwini yang menakjubkan berjudul Al-Ajaib.Didalamnya
menerangkan secara terperinci bagaimana perkara-perkara itu terjadi iaitu tentang
lapisan-lapisan bumi,tahab suhu bumi,larva serta galian logam seperti emas, perak, besi,
plumbum, berlian, tembaga, sulfur minyak dan gas.Lapisan udara juga diperincikan
bagaimana menyaluti bumi, tumbuh-tumbuhan dan spesis haiwan dan serangga diterangkan
panjang lebar.
Buku terakhir beliau ialah Athar al-Bilad Wa Akhbarul
Ibad-Kesan-kesan Tamadun dan Berita Tentang Penduduk Bumi.Ringkasnya buku ini mengupas
tentang sejarah manusia,mengenai bumi yang dihuni manusia dan perincian mengenai tujuh
buah benua di dunia.Buku seperti ini yang sepatutnya murid-murid sekolah di Malaysia
pelajari dengan cara diterjemahkan oleh ilmuan kita.
Bukankah lebih menasabah pihak Kementerian Pendidikan mengkaji kaedah pembelajaran dengan menonjolkan pakar-pakar ilmuan seperti ini bukan sekadar dapat mengetahui fakta-fakta yang benar bahkan menjana minda pelajar kita untuk meneruskan tradisi mengkaji bukan setakat menerima bulat-bulat sesuatu yang disogok oleh barat.Saya pasti Islam tidak ketandusan cendiakawan dari dulu,kini dan selamanya.Wallahu A’lam.
Hagnet fakaw naw