TUN DAIM PENYANGAK WANG NEGARA

BAB  Enambelas:  ASNIDA    DAIM  Dan  Puluhan  Syarikatnya?

(ms 111 -  125)   Catatan:   Aartikel   ini  disauk  oleh  Khalid daripada dan Majalah  JELITA  keluaran  Januari  1994.  Sudah  tentu Banyak  cerita yang  sudah  boleh  dikira antik  sahaja.

Apa  ada pada nama?  Adakah   nama  menjadi  pendorong  utama  kejayaan  sesaorang  ? Semakin  terkenal   namanya,  semakin  cemerlahkah  masa  depan  sesaorang>  Adakah nama itu  penting  hingga  timbul  pepatah  Melayu  lama,  “harimau  lmati  meninggalkan   belang,  manusia  mati  meninggalkan  nama?”

Kebenaran  pepatah  itu  tidak  dinafikan  Pengarah  Urusan  Syarikat  Maluri  Sdn.  Bhd,  Asnida  Daim  Rashid, anak  sulung  Tun  Daim Zainuddin  dengan  isteri  pertamanya  Noraini  Rafei. Pada  masa  sama,  dia  tidak  menyengkal  dakwaan  manusia  tidak  boleh  hidup  tanpa  meninggalkan  NAMA.

Bagaimanapun  ibu  berusia  awal  30-an  ini  tidak  mengambil  jalan  pintas  untuk   menerajui  Kumpulan  Syarikat  Maluri   yang  diasaskan  Daim.  Ayahnya  yang  ketika  itu  menjawat Menteri Kewangan  dan  tokoh  korporat  terkemuka  temptan,  tidak  memberi  galakan,  jauh  sekali  menjadi  penghubung    atau  pembuka  jalan  bagi  memudahkan  dia  bekerja  di  syarikat  milik  keluarganya  itu.

“Saya  diterima  bekerja   seperti  kakitangan  biasa. Saya  memohon  untuk  jawatan  pelatih,”kata  Asnida, yang  kini  mempunyai   dua  cahaya  mata  perempuan   lima  tahun  dan  tujuh  bulan.

Selepas  menamatkan  pengajian  Ijazah  Sarjana  Muda  Pentedbiran  dan  Pemasaran  selama  empat  tahun  di  Northern  Illinois  University, Amerika,  dia  kembali  untuk  mencari  kerja. Dia menuntut  di  Garden  School,  Kuala  Lumpur  pada awal  60-an  sebelum  melanjutkan pengajian   peringkat  A  Level  di  United  Kingdom, selama  tujuh  tahun  mulai  awal  70-an.

“Ayah  tidak  pernah  menawar, bertanya, mahupun  memberi  galakan,  jauh  sekali  memperekenalkan  saya  kepada  teman  korporatnya.  Dia  membiarkan  saya  membuat  keputusan  sendiri,” ujar  Asnida  sambil tersenyhum  sebelum  menyambung,  “bukan  mudah  menjadi  anak  orang  ternama.”

Asnida  mengamalkan  sifat  sederhana  dalam  hidup, berpakaian  ringkaas  Baju  kedah  ungu  ketika  ditemuramah.  Mukanya  gebu  tanpa  solekan.  Hanya  seutas  rantai  emas  halus  menghiasi  lehernya. 

Pengalaman  Bekerja

Sifatnya  yang  sederhana  malah  terlalu  “simple”  tidak  mencerminkan  dia  generasi  baru  wanita  korporat  negara,  yang  disegani dan  berjaya  menuagasi  bidang  lelaki.

Sebelum  memohon  menjadi  pelatih  dengan  syarikat  Maluri, Asnida  menghabiskan  lebih  satu  setengah  tahun  dengan Radio  dan  Television  Pendidikan  dan  menerbitkan  rancangan  kanak-kanak  untuk  mencari  pengalaman  kerja.

Dia  kemudian  mencuba  nasibnya   memohon  kerja  dengan  Sistem  Televisyen  Malaysia  bhd  (TV3)  dan  hotel  terkemuka.  Malangnya dia  gagal  dalam  kedua-dua  permohonan  itu. 

“Jika  benar  saya  menggunakan  kesempatan dan  nama  ayah  saya,  saya   pasti  mudah  mendapat  kerja,”  jelasnya.

Ketika itu  Daim ialah Pengerusi  Kumpulan  Fleet,  konglomerat   pelaburan  UMNO. Selain  menerajui  kumpulan kahbar The  New Straits  Times  (m) Bhd,  kumpulan  berkenaan  turut  memiliki  kumpulan  hotel  Faber  Merlin  dan  TV3. Daim  juga  pengasas  dan  pengerusi  Perembaiaitu  syarikat  pembinaan  Perbadanan  Kemajuan  Bandar  (UDA).

Asnida  tiada pilihan  lain kecuali  memohon  jawatan  pelatih  dengan  Syarikat  Maluri  setelah   kedua-dua  permohonannya  ditolak.  Bagaimanapun,  untuk  mengambil  hatinya,  Daim mencadangkan  supaya  dia  bekerja  dengan  bank.  Cadangan  itu  bagaimana pun  ditolak kerana  dia  tidak  berminat   perangkaan  dan  kerjaya  yang  dianggap  kurang  mencabar  bermula   “jam  9  padi  dan  berakhir  5  petang.”

Selepas dua  setengah tahun  mencari  pengalaman dan  mencari   menganalisis  pelan,  perancangan bandar,  kerja  membabitkan  pembinaan  dan  kejuruteraan  mekanikal  serta    “berhujan  dan  berpanas”  di  tapak  pembinaan,  dia  dinaikkan   pangkat  sebagai  Pengurus  Pentadbiran,  pada  1985.  Jawatan  itu dipegangnya  tiga  tahun.

Dia  kemudian  dilantik  sebagaii pengurus  besar  tiga   tahun  sebelum  dipilih  lembaga  pengarah untuk  menerajui  syarikat   berkenaan. Ketika  menerajui  kumpulan  Syarikat  Maluri,  dia  bekerja  dengan  Samsudin  Abu  Hassan,  kini  naib  Pengerusi  Ekskutif  Aokam  Perdana  Bhd.

(Kini,  Kumpulan  Maluri  memilikki  lebih  20  anak  syarikat,  modal  berbayar   RM13  juta  dan  aset  terkumpul  RM 55  juta)

“Dakwaan  masayarakat, khasnya  golongan  korporat,  yang  mengatakan  saya  dilantik  sebagai  pengarah  urusan  kerana  pengaruh  ayah  adalah  tidak  benar.  Memang  benar  saya  anak  Daim  ketika  di  rumah  tetapi di segi   perniagaan  saya  dianggap  seperti  kakitangan  lain. Justeru  saya  mengambil  masa  10  tahun  untuk  membuktikan  keupayaan  dan  kemampuan  diri,”  jelasnya.

Syarikt  Maluri  yang  diaasaskan   keluarga  K B  low  (kini  Lembaga  Pengarah  Sedap Food  & Confectionary  Bhd. Dan  Daibochi  Plastics  & Packaging  Industries  Bhd) diambil  alih  leh  Asnida   pada  awal  90-an.  Pada  permulaan,  keluarga  Asnida  hanya   memiliki   20   peratus  ekuiti  dalam  Syarikat  maluri.  Bagaimanapun,  keluarganya  kini  memilikki  ekuiti   majoriti  syarikat  berkenaan.

“Memandangkan  ayah  tiada  pilihan  lain  kerana  pembabitan  cergasnya  dalam  politik,  saya  diarah  untuk  terus  menerajui  syarikat  berkenaan. Keputusan  itu  saya  terima  bukan   kerana  sya  tiada  pilihan  tetapi  sekadar  menurut  ayah,”  kata  Asnida, kini,  menuntut  di  luar  negara.

Berikutan  pengambilan  itu,  struktur   ekuiti,  kewangan,  arah  aliran  masa  depan  syarikat  dan  cara   pengurusan  ala  keluarga  Cina  dalam  syarikat  Maluri  terpaksa disusun  semula  mengikut  keadaan  semasa.  Ketika  itu,  tanggungjawabnya  yang  terutama  dan  penting  ialah  memulihkan  imej  dan  mengukuhkan  kewangan  syarikat.

“Berdasarkan  pengalaman  terhad,  saya  dipertanggungjawabkan  untuk  memulihkan   syarikat  yang  sudah  sekian lama  mencatat  kerugian.  Saya  nekad  untuk  tenggelam  atau  timbul bersama  syarikat tanpa  bantuan  ayah,” katanya.  

Ketika  itu  juga  dia  mahu  membuktikan   kepada  masyarakat   bahawa  tidak  benar  anggapan  orang  ramai  yang  mengatakan  berayah  atau  berkeluarga  masyhur  dapat  mendorong  kejayaan  masa  depan  seseorang.

Selepas  dia  dilantik,  ayahnya  tidak mahu  terbabit  langsung  dalam  perniagaan  itu,  jauh  sekali  mahu  membantu  mendapatkan  tender  atau  perojek.  Bagaimanapun,  kejayaan  ayahnya  menjadi  pendorong  utama  yang  membuatnya  terus  berazam  membuktikan  kemampuan  dan  kewibawaannya.

Falsafah  Hidup

Falsafah  hidupnya  mudah  sahaja:  “Jangan  sesekali  menganiayai  orang  kerana  kita  mungkin  memerlukan  bantuan  orang  yang  kita  pernah  aniaya suatu  hari  nanti.”

Hanya  mereka  yang  insaf  asal-usul  diri  sentiasa  bersifat  merendah  diri  dan  sanggup  memberi  kerana setiap  pemberian  ikhlas  pasti  ada  “PULANGANNYA”  daripada  Tuhan.

Nasihat  Berguna

Asnida  yang  bercita-cita  menyenaraikan  salah  sebuah  anak  Syarikat maluri  di  Bursa Saham  Kuala  Lumpur  (BSKL)   dalam  tempoh  lima  tahun  mendatang,   berkata  sifat  tidak  jemu  untuk  terus  belajar  adalah  pengalaman  dan  pengajaran  yang  tidak  boleh  diukur  ganjarannya.

Dia yang  berminat  membaca  (tiada  bidang khusus)  bagaimanapun  menasihati  wanita  supaya   tidak  menggunakan  kedudukan  dan  tarikan  seks  untuk  meningkat  dalam  bidang  korporat.

“Biarlah  pencapaian itu  diperolehi    atas  daya  usaha  sendiri  kerana  selain  lebih  bermakna,  ia  tidak boleh  dirampas  oleh  sesiapa.  Wanita  juga  perlu  bersedia  berkorban  sehingga  syarikat  bertapak  dan  menunjukkan  daya   amaju,  ada  teman  bertukar  pendapat  serta  kekecewaan  (jika  ada)  dan  selepas  berusaha,  bertawakkal  kepada  Tuhan  kerana  hanya  Tukan    akan  mengizinkan   hala  tuju  syarikat  dan  insan  di  dunia,”  katanya.


BAB  Tujuhbelas:  Sebat  mandatori  dan  Penjara

Dewan telah  meluluskan  Akta  Kanun  Keseksaan  (Pindaan  1993)  yang  memboloehkan  hukuman  mandatori  sebatan dan  penjara  ke atas  penjenayah  kolar putih  agar  lebih  setimpal  dengan  jumlah  nilai  harta  yang  diselewengkan   serta  kesannya  kepada  orang  awam  dan  ekonomi  negara.

Mandatori  sebatan  dan  penjara  wajar  dikenakan  ke  atas  penjenayah  kolar  putih  kerana  denda  wang  sahaja tidak  memadai  sebagai  hukuman  pencegahan. 

Apa  yang  jelas pindaan  tersebut  bukan  hanya  sekadar  memperlihatkan  sikap  tegas  Kerajaan  dalam   memerangi  jenayah  kolar  putih,  tetapi  langkah  tersebut  dibuat  adalah  selaras  dengan  usaha  kerajaan  mahu  menyemai  nilai  moral  dan  etika  yang  lebih  tinggi  kepada  rakyat.

Pertambahan  jumlah  kes  jenayah  kolar  putih  sejak  kebelakangan  ini  seperti pecah  amanah, pelesapan  hartga dan penipuan  jelas  menunjukkan  peningkatan  yang  amat  membimbangkan  dari  segi  bilangan  dan  nilai  harta  yang  terlibat.

Berikutan  kelonggaran  undang-undang  yang ada,  kebanyakan  penjenayah  yang  terbabit  sukar  untuk  dibawa  ke  muka  pengadilan  kerana  disebabkan  cara mereka  melakukan  kesalahan  adalah  agak  sofistikated  dan  memerlukan  kepakaran  tertentu  untuk  mengesannya.

 

Selain  itu,  penjenayah  kolar   putih  yang  dihadapkan  ke  mahkamah  kerap  berjaya  mendapatkan  pelepasan  disebabkan kelonggaran  peruntukian  perundangan  yang  telah  dipergunakan  dengan  sebaik-baiknya  oleh  peguambela-peguambela  yang terlibat.

Manakala pengamatan  tentang  hukuman  yang  dijatuhkan  ke  atas  mereka  yang  disabitkan  dengan  kesalahan  pula  memperlihatkan  bahawa  ianya  tidka  setimpal  kerana  sekadar denda  sahaja.

Hukuman  denda  juga  didapati  tidak  mencukupi  sebagai  satu  hukuman  deteren. Dalam mengenakan  hukuman, adalah  difikirkan  wajar  agar  kepentingan  mangsa  turut  diambilkira, terutamanya  bila  ia  menjejaskan  sebahagian  besar  orang  awam, misalnya  pemegang-pemegang  saham  dalam syarikat  yang  mana  tertuduh  telah  melakukan  jenayah  pecah  amanah. 

Setakat  ini,  tertuduh  di  dalam  kes-kes  yang  dihadapkan  ke  mahkamah  didapati  terdiri  dari  golongan  professional  dan   mempunyai    kedudukan  berpengaruh  dalam  syarikat  umpamanya   pengarah  syarikat,  akauntan,  juruodit  dan  peguam.   Mereka telah  menggunakan  pengaruh  dan  peralatan  terkini  bagi  melakukan  kesalahan  dan  mengaburkan  segala  kesan  kesalahan  supaya  sukar  dikesan.

Berdasarkan  kepada  latar  belakang  tersebut, Kerajaan  terpaksa  membuat  pindaan  ke  atas  peuntukan  Kanun  Keseksaan  agar  ianya  akan  dapat  mencerminkan perlaksanaan  keadilan  yang  lebih  saksama  sesuai dengan  kehendak  semasa.

Pindaan  yang   dibuat  merangkumi  definasi  ke atas  kesalahn  yang sedia  ada  seperti  yang  diperuntukkan  di  Fasal 2,3 dan  4  dalam  Rang  Undang-Undang.   Pindaan  juga   dibuat  bagi  memasukkan  definasi   baru  seperti  yang  disebut  melalui  Fasal  5.  Pindaan-pindaan   tafsiran  berkenaan  terknikal  yang  menjadi  asas  pelepasan  mereka  yang  telah  dituduh  di  mahkamah  di  samping  melengkapkan  peruntukan  yang  sedia  ada  agar  kelonggaran  peruntukan  perundangan  tidak  dipergunakan  sebagai  asas  pelepasan  mereka  yang  terlibat. 

Peningkatan  kesalahan-kesalahan  jenayah  kolar  putih  sejak  akhir-akhir  ini  amat  membimbangkan  dan dikhuatiri   akan  mengganggu-gugat  kepentingan  awam  dan  sekaligus  pertumbuhan  ekonomi  negara. Dengan  itu,  sewajarnya   hukuman  yang  lebih  deteren  diadakan  bagi  menghukum  mereka  yang  terlibat  serta  menjadi  teladan  kepada  mereka  yang  mungkin  teringin  melakukannya. 

Menerusi  pindaan   tersebut,  adalah  menjadi  harapan  semua  pihak  agar  usaha  membanteras  dan  membendung  jenayah  kolar  putih  akan  tercapai  demi  menjaga  kepentingan  awam  dan  ekonomi  negara.

(ms  126-131)


Bab   Lapanbelas:  Tindakan  Bersepadu  Perangi  Lanun Ekonomi

(ms  132-137)

Peningkatan   kadar  kes-kes  jenayah  kolar  putih  serta  perkembangan  semasa  yang  kian  membimbangkan  merupakan  faktor  terpenting yang  mendorong  Cawangan  Siasatan  Jenayah  Perdagangan  (CSJP) , Ibu  Pejabat  Polis  Bukit  Aman mengambil  pendekatan  penyiasatan  dan  tindakan  yang  proaktif.

Menerusi  pendekatan  ini,  CSJP  dengan  kerjasama  Pendaftar Syarikat,  Badan Pencegah  Rasuah  (BPR) dan Kementerian  Perdagangan  Antarabangsa  dan  Industri  (MITI)  mengambil  tindakan  yang  lebih  bersepadu  bagi  mencegah  dan  mengekang  sebarang  penyelewengan  yang  dilakukan  oleh  ‘lanun-lanun  ekonomi’  sebelum  ianya  menggugat  sistem  dan  iklim  ekonomi  negara.

Dalam soal  ini, CSJP  telah  meningkatkan  keupayaannya  berasaskan  kepada  professionalisme  yang  mana  pegawai-pegawai  yang  terbabit  merupakan  golongan  yang  terpilih,  dedikasi  serta  mempunyai  kelayakan  akademik/professional yang bertepatan  dengan kehendak  penyiasatan  serta  pembanterasan  jenayah  tersebut.

Selain  itu, keutamaan  juga  turut  diberikan  kepada  aspek  latihan  kemahiran/kepakaran  untuk  memberikan  keupayaan  professionalisme  yang  diharapkan.  Ini   termasuk  latihan-latihan  khusus/teknikal  dalam  bidang-bidang  relevan   yang  diadakan  di  dalam  dan  luar  negeri,  termasuk  institusi  pengajian  tinggi.

Dalam  hal  ini,  CSJP  juga  turut  menjalin  hubungan rapat  dengan  Bank  Negara, Bursa  Saham  Kuala   Lumpur, Bursa  Komoditi  Kuala Lumpur  dan  firma-firma swasta  bagi  meningkatkan  ilmu  pengetahuan  dalam  bidang  perdagangan.

Hasil  dari  peningkatan  dan  kepakaran   ini,  CSJP  telah  berjaya  membentuk  beberapa  unti khas  seperti  Unit  Perakaunan,  Panel Undang-Undang, Unit  Penyelidikan  dan  Kerjasama  Antarabangsa  serta  Unit  Risikan  untuk  membantu  penyiasattan  di  samping  memberi  khidmat  nasihat.

Usaha-usaha    untuk  meningkatkan lagi  mutu  penyiasatan  serta  memendekkan  tempoh  penyiasatan  juga  turut  diberi   perhatian  oleh  CSJP  melalui  penubuhan    unit  siasatan  ala  ‘pasukan  petugas.’  Keanggotaan  unit  ini bukan  hanya  terdiri  dari  pegawai  penyiasat  yang  berpengalaman  tetapi  juga  terdiri  dari  golongan  perofessional  dalam  bidang  perakaunan,  undang-undang, psikologi  korporat,  kriminologi,  ekonomi  dan  bidang-bidang  lain  tertakluk  kepada  keperluan  siasatan.

Pegawai-pegawai  yang  terbabit   akan  mempraktikan  pengetahuan  mereka  dengan  kaedah  dan  teknik  mutakhir  dalam  usaha  membendung  dan  membanteras  jenayah  kolar  putih  pada keseluruhan. 

Oleh  kerana kes-kes  jenayah  kolar  putih  lebih bersifat  ‘trans-boundary’, CSJP  turut  mengemaskinikan  rangkaian  hubungannya   dengan  pihak  polis  antarabangsa.  CSJP  mendapat kerjasama  dari  INTERPOL bagi  mendapatkan  kemudahan  bantuan  risikan  serta  tindakan  eksekutif   dengan  negara-negara  anggota  Interpol.   Selain  itu,  CSJP  juga  mempunyai    pertalian  dengan  Comonwealth  Secretariat  for Commercial  Crime yang  beribu  pejabat  di  United  Kingdom  di  samping  hubungan  dua  hala  yang  rapat  dengan  Singapura,  Brunei,  Indonesia,  Thailand  dan  Fillipina  mengenai  pertukaran  maklumat,  keanggotaan  dan  tindakan  eksekutif  menerusi  ASEANAPOL. 


BAB  Sembilanbelas:   Di Celah  Arus  Kemajuan

(ms  138- 147)

Jenayah  kolar  putih   merupakan  satu  fenomena  sosial  yang  semakin  membimbangkan. Kemunculannya  di  celah-celah  arus  kepesatan  pembangunan  negara  masa kini  bolehlah  dianggap  seperti duri  dalam  daging.  Gejala  tersebut  juga  boleh  diandaikan  sebagai  api  dalam  sekam  atau  gunting  dalam  lipatan.  Implikasinya  amat   berbahaya  dan  padahnya  amat  mengerunkan (sepatutnya  menggerunkan).

Meskipun  pelbagai  tafsiran  digunakan  bagi  melabelkan  bentuk  dan  jenis  sebenar  kecurangan  yang  dialukan  oleh  pengganas  atau  lanun-lanun  ekonomi  ini,  namun  apa  yang  perlu  kita  lihat  ialah  kesan  buruknya  kepada  masyarakat,  ekonomi  dan  negara  keseluruhannya. 

Jenayah  kolar putih  yang  sering  disebut  sebagai  jenayah  perdagangan,  jenayah  atau  skandal  ekonomi  dan  jenayah  korporat  sebenarnya  mempunyai  pengertian  yang  hampir  sama.  Ia  cuma  berbeza  dari  segi  sebutan. Motif  perbuatannya  tetap  sama  iaitu berkelakuan  curang    bagi  mengaut  kemewahan  dan  mahu  menjadi  lebih  kaya  dalam  sekelip  mata. 

 

Berasaskan  kepada  pelbagai kes  yang  pernah  berlaku  di  Malaysia,  terbukti  kepada  kita  bahawa  penjenayah  kolar  putih  ini  adalah  tergolong  dalam  kelompok  manusia  yang kejam  dn  zalim.  Kalau   pengedar  dadah  sanggup  menjaja  maut demi  mengaut  keuntungan  lumayan,  ciri-ciri yang  serupa  juga  dimiliki  oleh  penjenayah  canggih  ini. Bezanya  cuma  sedikit,  mereka  bertindak  secara professional  dengan  menjaja  kepakaran,  pengaruh,  kedudukan  dan  pangkat  yang  dimilikinya. 

Mereka  adalah  musuh  yang  wajar  diperangi  habis-habisan  kerana  perbuatan  mereka  tidak  pernah  mengenal  mangsa  dan  jumlahnya  juga  tiada  had  serta  batasan.

Skandal BMF (RM2.2 bilion),  kecurangan  yang dilakukan  Syarikat  Pengambilan  Deposit (RM 600  juta), penyelewengan  dalam  Perwira  Habib  Bank (RM 663 juta) serta skandal  Pan-EL  yang  pernah  menggemparkan Malaysia  sekitar tahun 1983-1986 merupakan  sebahagian  dari  kecurangan  jenayah  kolar  putih  yang  wajar  untuk  dijadikan  ukuran  terhadap  padahnya  kepada  sistem  ekonomi  dan  imej  Malaysia.

Akibat  kerakusan  yang  dilakukan oleh pengganas-penganas  ekonomi  itu,  Malaysia  telah  mengalami  kerugian  lebih  RM6 bilion. Ekonomi  negara  ketika  itu  jatuh  menjunam. Keyakinan  pelabur  terhadap  sistem  pengurusan  ekonomi  kita  juga  turut  terhakis.   kian  kerap  dilakukan  dan  sistem  perundangan  terus  diperkemaskan,  namun  dalam  tempoh   beberapa  tahun  lepas  sekali  lagi  kita  dikejutkan  dengan  kejadian-kejadian  mungkar  lainnya  seperti  kes  Aman  Shah (RM 4  juta), skandal  permulangan  cek  saham  MIDFCCS  (RM 2.8  juta) dsan  kes  penipuan  Kumpulan  Wang  Simpanan  Pekerja  (RM 700,000).

Bagi  sebuah  negara  kecil  yang  sedang  melangkah  ke  era  negara  maju  seperti  Malasysia,  jumlah wanga  dan  aset  yang  dikaut  secara  haram  oleh  penjenayah  kolar  putih  menerusi  skandal  kewangan  seperti itu  adalah  terlalu  besar,  amat  membebankan  serta  memberikan  imej  kurang  baik  mengenai  Malaysia  kepada  masyarakat  pelabur. 

Skandal  yang  berlaku  sekitar  tahun  1983-1986 mungkin  berulang.  Ketika  itu  ahli  perniagaan  tidak  peduli  tentang  operasi  mereka  dan  berbelanja  secara  tidak  bijak.  Oleh  itu  bila  ekonomi  jatuh  mulai  1983,  pelbagai  skandal  terdedah.

Polis  menyiasat  purata  sebanyak  4,300  kes  jenayah  perdagangan  setahun  sejak  1990.  Kebanyakannya  membabitkan  kes   penipuan,  pecah  amanah,  pemalsuan  dokumen,  kad  kredit,  wang  dan  sebagainya.

Perdana  Menteri  Mahathir  Mohamad  pula  menganggap  penjenayah  kolar  putih  bukan  sahaja  menjadi  pengkhianat  kepada  rakan  sendiri,  tetapi  juga  adalah  musuh  rakyat. (hoooohooo hooo!!!)

Maklumat  yang  diperolehi  dari  Cawanan  Siasatan  Jenayah  Perdagangan  (CSJP),  Ibu  Pejabat  Polis  Bukit  Aman,  secara  jelas  menganggap  bahawa  jenayah  kolar  putih  sebagai  suatu  yang   amat  sofiskated.  Ia  terlalu  kompleks  berbanding  dengan  jenayah  lainnya  disebabkan  oleh  ‘modus  operandi’ nya yang  begitu  terancang,  canggih  sertga  bersifat  global  dengan  kemajuan  teknologi  keomunikai  dan  otomasi  moden  terkini.

Oleh  kerana  ia  dilakukan  bagi  mengaut  keuntungan  besar  dalam  tempoh  yang  singkat,  berbagai  teknik  perdangangan  dan  akttiviti  perusahaan  yang  sofistikated  turut  digunakan.

Kalau  kita  lihat, penganas-pengganas  ekonomi  ini  juga  ternyata  kurang  menghadapi  risiko  fizikal  berbanding  pencuri,  perompak  atu  pembunuh  yang  terdedah   kepada  bahaya  diri.

Terdapat  di  kalangan  mereka   yang  cuma  menggunakan  kemahiran  mengendalikan  komputer.  Ada  pula  di  kalangan  mereka  yang  hanya  menjadi  pelapor  atau penyalur  maklumat  bagi sesuatu   urusan   perniagaan  atau  lebih  dikenali  sebagai  urusniaga  dalaman.

Kemungkinan  yang  dilakukan  oleh  penjenayah  kolar  putih  yang  kebanyakannya  terdiri  dari  golongan  professional,  berpendidikan  tinggi  dan  berpengaruh  ini  merupakan  suatu  pengkhianatan  besar  kepada  negara.

Terdapat  juga  kes-kes  jenayah  kolar  putih  yang  mengakibatkan  keruntuhan  sesebuah  institusi  perniagaan  seperti yang   berlaku  dalam  skandal  urusniaga  dalaman  Michael Million/Ivan Boesky  di  Wall  Street  dan  skandal  BCCI. 

Walaupun  kadar  jenayah  kolar   putih  di  Malaysia  masih  beraada  pada  tahap  yang  terkawal  dan  tidak  seteruk  seperti yang  sedang  melanda  di  negara-negara  maju  khususnya  di  Amerika  Syarikat  dan  Eopah,  tetapi  aliran  ke  arah  itu  akan  makin  jelas  jika  ianya  tidak  dibanteras  segera  dari  sekarang.  

Kerajaan  menerusi  agensi-agensi  penguatkuasaannya serta  sektor  swasta  terus-terus  menganjurkan  kempen kesedaran, penerangan,  forum  dan perbincangan  bagi    membanteras  gejala  tersebut.   Berdasarkan  kepada  beberapa skandal  besar  yang   pernah  berlaku  di   Malaysia, kita  juga  dapat  membuat  andaian  bahawa  soal  kesempitan  hidup  bukanlah  punca  yang  mendorong  mereka  menjadi  pembelot. Sebaliknya  mereka  bertindak  kerana  tuntutan    nafsu,  tamak,  rakus  serta  lain-lain  kelakuan  curang  yang  mengenepikan  terus  soal  moral   dan  etika.

Pindaan  ke  atas Akta  Kanun  keseksaan  1993,  yang  diluluskan  oleh  Dewan  Rakyat  baru-baru  ini  memberi  gambaran  yang  amat  jelas  tentang  ketegasan  Kerajaan dalam  menangani  permasalahan  ini.

Hukuman  sebat  dan  penjara  ke  atas  penjenayah  kolar  putih  juga  dianggap  berpatutan  di  samping  mampu   membenihkan  kesedaran  serta  amaran  kepada  mana-mana  pihak  yang  turut  berkeinginan  untuk   melakukannya.

Malaysia  juga  di samping  beberapa  negara  lain  telah  menubuhkan  Suruhanjaya  Sekuriti  (Security  Commission)  bertujuan mengawasi   dan  mengawal   industri  sekuriti   juga  sektor  korporat. 

Dalam  usaha  memerangi  pengganas  ekonomi  ini,   kita  juga  seharusnya  menggunakan  pendekatan  atau  langkah  yang  lebih  luas.  Ini  penting  kerna  mereka  yang  terbabit  merupakan  kelompok  professional  yang  bergerak  secara  bersindiket.  Adakalanya  turut  membabitkan  hubungan  dengan  pihak  luar  atau  mungkin  di peringkat  antarabangsa. 

Agensi-agensi  penguatkuasa perlu  bekerjasama  dan  bertindak  secara  bersepadu  untuk  merumus  sistem  serta  kaedah  terkini  bagi  membiasakan  diri  dengan  taktik  licin  pengganas-pengganas  ekonomi  ini.

Tugas  memerangi  penggganas  ekonomi  ini  sesungguhnya  tidak  terletak  hanya  di  bahu  agensi-agensi  penguatkuasa  sahaja.  Peperangan  menghapuskan  penjenayah  ini  adalah  tanggungjawab  bersama.  Ianya  menuntut  kerjasama  yang  erat  antara  Kerajaan  dengan  swasta  dan  seluruh  rakyat.

Sebagai  bangsa  bermaruah,  kita  wajar  memahatkan  ikrar  untuk  sama-sama  memerangi  kemungkaran  ini. Sebagai  bangsa bermartabat, kita   juga  tidak mungkin  akan   merelakan  Malaysia  dijadikan  syurga  oleh  pengganas-pengganas  ekonomi  ini  bermaharaja**la.

....(Hikayat  ‘cut  and paste’  akan  bersambung  ke  Bab  20..)

Jumlah pembaca:orang