Di sini saya ingin merakamkan sedikit pengalaman yang saya dapat semasa menghadiri majlis dialog peradaban Islam yang di adakan di Masjid Terapung Terengganu pada hari Sabtu ( 7/7/2001 ) lepas.
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin dahulu saya memohon maaf kerana semasa menghadiri majlis itu saya tidak membawa alat tulis untuk mencatat sebarang catatan. Oleh itu semua yang saya tulis di sini adalah berdasarkan ingatan saya dan kawan-kawan saya yang menghadiri majlis dialog tersebut.
Majlis yang diadakan selepas maghrib sehingga 9.30 malam itu dihadiri oleh empat orang ahli panel. Dua orang daripada mereka adalah bekas paderi Kristian, seorang bekas mubaligh Hindu dan seorang lagi ialah penulis yang memeluk Islam pada tahun 1996 iaitu Ang Wang Seng (atau Ang Abdullah).
Ang telah menceritakan bagaimana proses kristianisasi yang berlaku di kalangan masyarakat Cina Islam di Pulau Ketam. Mengikut apa yang diterangkan oleh beliau, pada awal tahun 80an dahulu terdapat lebih daripada keluarga Cina yang memeluk Islam yang tinggal di pulau tersebut. Mereka memeluk Islam kerana terpengaruh dengan janji-janji yang biasanya dibuat semasa hampir dengan pilihanraya. Masyarakat ini dijanjikan dengan kemudahan untuk menangkap ikan (kerana ramai di kalangan mereka adalah nelayan), dan setelah lima tahun mereka memeluk Islam, mereka akan mendapat taraf bumiputera.
Setelah mereka memeluk Islam, tiada program follow up yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengukuhkan keimanan mereka. Mereka dibiarkan begitu saja sehinggalah kepada pilihanraya sekali lagi (janji-janji tersebut dibuat oleh pihak UMNO). Setelah lima tahun memeluk Islam, mereka juga masih tidak mendapat taraf bumiputera yang dijanjikan dahulu menyebabkan mereka kecewa, dan ini telah menarik minat pihak mubaligh Kristian untuk berdakwah di pulau tersebut dan sehingga sekarang hanya terdapat tidak lebih daripada 3 keluarga Cina Muslim yang tinggal di Pulau Ketam.
Bekas mubaligh Hindu itu pula telah menyatakan bahawa semasa beliau menjadi mubaligh Hindu, beliau telah berjaya memurtadkan lebih daripada 20 orang Melayu Islam.
Beliau telah merasakan bahawa apa yang dianuti oleh beliau itu adalah agama yang betul. Beliau juga selalu berdoa kepada Tuhan supaya tunjukkan kepada beliau jalan yang lurus.
Pada suatu ketika, ketika beliau ingin mengukuhkan Bahasa Melayu, beliau telah membuka tv untuk menonton rancangan berbahasa Melayu dan pada masa itu beliau terbuka rancangan agama yang dihadiri oleh 3, 4 orang yang berkopiah putih di antaranya ialah Prof Datuk Harun Din.
Di dalam rancangan itu Datuk Harun Din telah menyebut bahawa " walau sebaik mana pun diri kita, ia akan menjadi sia-sia jika kita tidak beriman kepada ALLAH ".
Penyataan ini telah menjadi satu provokasi kepada bekas mubaligh hindu itu menyebabkan beliau merasa marah kepada Datuk Harun Din. Berminggu-minggu penyataan tersebut terus menghantui beliau dan beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa Datuk Harun Din untuk menarik Datuk Harun Din memeluk agama Hindu. Semasa berjumpa dengan Datuk Harun Din, perkara yang beliau inginkan tidak berlaku, sebaliknya beliau telah diIslamkan oleh Datuk Harun Din hanya dengan berhujah menggunakan surah Al-Fatihah.
Setelah beliau memeluk Islam, beliau telah memastikan balik semua orang Islam yang beliau murtadkan dahulu kembali memeluk Islam.
Menurutnya lagi, sekarang ini pengaruh Hindu telah disebarkan dengan menggunakan filem-filem Hindustan yang berleluasa sekarang ini. Hero-hero Hindustan ini seperti Salman Khan, Shah Rukh Khan dan Amir Khan asalnya adalah orang Islam tetapi telah murtad kerana mengejar kemewahan dunia dan lakonan mereka adalah salah satu daripada rancangan pihak Hindu untuk menyebarkan fahaman mereka.
Beliau merasa kesal kerana apabila ada orang yang berilmu tinggi di dalam agama menyatakan bahayanya pengaruh filem Hindustan di dalam masyarakat Islam, maka bertempiklah 'beruk-beruk' yang jahil mengutuk orang alim tersebut. Sekarang ini beliau menjadi mubaligh Islam sepenuh masa, setelah meletak jawatan yang tinggi di Maybank.
Salah seorang daripada bekas paderi Kristian itu pula menyatakan bahawa beliau asalnya dilahirkan di dalam keluarga Islam di Sarawak, kemudiannya dimurtadkan oleh keluarga sendiri sehingga beliau menjadi seorang paderi. Beliau tidak pula menceritakan bagaimana beliau memeluk semula Islam, tetapi menceritakan pengalaman beliau setelah memeluk Islam dan berada di Amerika dimana beliau dan rakan-rakan beliau di sana sempat menyelamatkan seorang pelajar Malaysia di sana yang telah dimurtadkan oleh gerakan Kristian daripada Korea.
Seorang lagi bekas paderi Kristian yang juga bekas 'pengampun dosa' international dahulunya menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 300 orang Islam di Terengganu, 3500 di Wilayah dan 5000 di Johor ingin menukar nama mereka kepada nama Kristian. Ini tidak lagi termasuk orang yang telah murtad tetapi tidak mahu menukar nama mungkin kerana takut dipulau oleh masyarakat dan sebagainya.
Tetapi apa yang menarik perhatian saya pada dialog tersebut ialah semasa sesi soal jawab, banyak soalan yang berkisar tentang apa itu 'holly water' dan daripada apa holly water itu dibuat kerana kita pernah mendengar tentang peristiwa yang menyatakan sesiapa yang minum holly water itu tidak akan dapat mengucap ataupun berzikir.
Kemudian paderi ini menjawab bahawa semasa beliau menjadi paderi dahulu, beliau merasakan bahawa jalan yang diikuti oleh beliau itu betul sehinggakan hampir tiap-tiap malam beliau berdoa sampai menangis berharap 'Tuhan memberi hidayah' kepada orang lain supaya semua menerima agama Kristian. Selesai berdoa, beliau akan pergi minum holly water untuk menenangkan fikiran beliau yang berkeceramuk. Walaupun beliau telah banyak kali minum holly water, tetapi beliau masih lagi dapat mengucap untuk menerima Islam. Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang terminum holly water masih lagi dapat mengucap dan menerima Islam. Menurutnya lagi holly water sebenarnya dibuat daripada air kosong ( mineral ataupun air paip) yang diisi ke dalam tempayan. Kemudiannya dicampurkan dengan dua sudu garam dan beberapa titis minyak zaitun dan didoakan selama satu jam sebelum Good Friday. Air ini haram dijual beli mengikut Kristian dan hanya boleh diberi percuma kepada sesiapa menginginkannya.
Oleh itu sesiapa yang tidak dapat mengucap atau menjadi lupa selepas meminum air, sebenarnya air itu bukanlah holly water tetapi mungkin air lain yang sengaja dipuja. Ini kerana menurutnya lagi, sesiapa yang dapat memurtadkan seorang Melayu yang beragama Islam dan mendaftarkannya di Malay Christian Association di Singapura akan mendapat ganjaran RM3000 berbanding bangsa lain yang hanya mendapat RM1000.
Satu lagi penjelasan bekas paderi tersebut hingga mengejutkan semua ahli jemaah yang memenuhi Masjid Terapung pada malam tersebut ialah tentang orang yang menjadi role model Rakan Muda iaitu Datuk Azhar Mansur telah murtad. Semasa Azhar Mansur memberi penerangan tentang pengalaman pelayaran beliau kepada dua buah gereja di Malaysia Timur (dengan menyebut nama gereja itu - maaf kerana saya terlupa apa nama gereja dan tidak mengambil catatan pada malam itu). Apabila sampai pada cerita semasa layar beliau patah akibat dipukul ribut, beliau berkata " pada masa itu bukannya tentera Malaysia yang menolong saya, bukannya tentera laut yang datang menolong saya, tetapi yang menolong saya pada masa itu ialah TUHAN YANG BERNAMA JESUS ".
Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang saya dapat daripada dialog tersebut. Dan kepada tuan-tuan yang mempunyai kenalan atau saudara yang mengikuti program rakan muda, suruhlah mereka itu keluar segera, kerana orang Islam sepatutnya mengisytiharkan perang kepada orang yang murtad bukannya mengambil orang itu menjadi role model.
Wallahua'lam.
tengganung
kiter