Politik
Telur (Mahathir) Di hujung
Tanduk
(Politics by the
skin of
Mahathir’s teeth)
Kalau Perdana Menteri Mahathir Mohammad mentadbir negara dengan kedudukannya laksana telur di hujung tanduk, dia memang pintar untuk menyorokkannya. Sejak musuh ketatnya yang sebelum itu ditabalkan menjadi penggantinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, disumbat dalam penjara pada 1998, Mahathir telah bertindak tanpa banyak kejayaan untuk menyekat gelagat orang yang dipenjaranya itu daripada mengkotak-katikkan cara hidupnya. Kabinet pimpinannya hanya bertugas untuk memanaskan kerusi mereka, parlimen hanya untuk diperlekehkan sahaja, dan projek serta rancangan yang bernilai berbilion ringgit itu sengaja diumumkan berulang-ulang sedangkan Khazanah negara sudah pun kering kontang. Parlimen sudah menjadi tempat cop perakuan sahaja, itupun kalau dia fikirkan perlu menggunakan nama dewan rakyat itu. Tetapi, dia amat memerlukan parlimen kini, cuma keperluan itu sudah dikenakan harga yang sungguh tinggi yang dia tidak pun bersedia sama sekali. Mereka sudah mendesak segala butiran dan penjelasannya terhadap dasar pembaziran negara, antara lainnya.
Persetujuan
Parlimen tidak pernah dirayukan
ketika berbilion
ringgit dihamburkan untuk membina pelbagai
projek mega
seperti Putra Jaya, Lebuh raya
Utara Selatan, laluan pengangkutan
transit, KLIA, penswastaan harta
kerajaan kepada
para kroni,
pak-pacak, suku-sakat golongan yang
berkuasa. Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan merupakan
dua orang
manusia yang membuat keputusan
siapa yang
sepatutnya membaham apa, dan apabila
projek itu
kantul seperti beberapa
projek penswastaan
yang lain, mereka pun
merencana bagaimana projek itu
boleh diselamatkan, selalunya
dengan membeli semula
projek itu semua seolah-olah
mengingatkan mereka
yang gagal
itu agar tidak susah-susah
untuk berjaya.
Barisan Nasional yang memerintah hanya merupakan sambungan tempelan UMNO yang tidak relevan, berguna hanya untuk menyerlahkan wajah sebuah kerajaan yang pelbagai kaumnya telah pun bersidang untuk pertama kali sejak 1995. Pertemuan itu memberikan gambaran betapakah pentingnya dalam dasar negara. Persidangan itu dilaksanakan kerana Perdana Menteri mahu memperkasakan cengkamannya terhadap pemerintahan negara, dan mahukan satu kepastian berbentuk multi-kaum bahawa dia tidak dipulaukan seperti keadaan yang sebenarnya. Walaupun banyak janji-janji yang dihamburkan seperti penubuhan Bangsa Malaysia ataupun kelahiran Negara Malaysia yang diimpikan, ia hanya merupakan omongan kosong UMNO untuk rakyat Malaysia yang semakin sedar masa depan mereka yang semakin kelam. Seperti biasa, isu yang penting dan hangat semasa tidak pun diselesaikan. Yang lebih penting daripada Bangsa Malaysia ialah jurang pemisahan antara penduduk di bahagian timur dan barat Malaysia yang semakin mudharat. Masyarakat bumiputera di bahagian Timur sudah semakin merasakan jangkauan ketuanan orang Semenanjung ke atas hidup seharian mereka.
Apakah
benar UMNO
begitu serius dengan
persoalan Bangsa Malaysia?
Presiden UMNO
kerap bercakap
mengenai hak
asasi Melayu dan
negara, yang mengikut pandangannya
lebih penting
daripada hak-hak
kaum yang
lain. Presiden Barisan Nasional
pula bercakap
mengenai hak-hak
rakyat Malaysia
dan negaranya.
Demikianlah caranya
Perdana Menteri
dengan lidah
bercabangnya bercakap
kepada satu
arah di
satu ketika
dan kepada
arah yang
lain pada
ketika yang
berbeza pula. Oleh
kerana manusia yang bercabang lidahnya
itu adalah
manusia yang sama
membuatkan Mahathir menjadi
bahan ketawa
mendengarkan cadangannya
di persidangan
BN itu; apabila keadaan
politik sudah
menekan, terserahlah kepada presiden
UMNO memutuskan. Ketika
itu dia
tidak mengharapkan sokongan
rakyat Malaysia, cuma
kepada orang
Melayu sahaja.
Tidak ada
banyak yang berbeza dalam apa
yang diucapkan dan dilakukannya selama
ini terutama sekali selepas 1998, yang
berlainan daripada semua ini. Apa
pun yang akan terjadi dan dituturkannya berpuluh
kali, penonjolan pentadbiran negara ini,
walaupun wujudnya segala
perlembagaan dan hukum-hakam
yang meniru barat,
adalah cenderung
kepada unsur keMelayuannya UMNO
memang mengekalkan
kuasa politiknya,
tetapi pengaruh budaya
Melayu yang menyalutinya
selama itu sudah
lama hilang berlalu.
Kod etika feudal Melayu yang sungguh
berserabut ciri-cirinya adalah
unsur-unsur kelakuan
yang berhubung
rapat dengan politiknya. Adalah
menjadi satu
kemestian, seorang pemimpin yang
disanjung penuh kemuliaan tidak seharusnya
menjatuhkan air-muka
pengikutnya dengan
penuh keaiban.
Justeru,
apabila Mahathir
mengaibkan Anwar
Ibrahim, dia melanggari sumpah setia
kod etika kepimpinannya, walaupun
secara mistik
dan berlagenda
mempunyai daya tarikan
terhadap alam politik Melayu
seiras kuasa yang wujud kepada
Magna Carta yang mencengkam
King John. Itulah perjanjian diraja
yang ditandatangani di
Renemede pada abad ke-13
dulu yang menentukan
hukum-hakam politik
British hingga ke hari ini.
Mahathir
cuba memesongkan perhatian rakyat
dengan menaikkan
taraf Kolej
TAR (Tengku Abdul
Rahman) menjadi
Universiti TAR,
sebagai bahan
memujuk sokongan Cina yang sudah lama
meninggalkannya. Masyarakat Cina
terutama sekali
MCA memang memuji-muja
Mahathir kerana keputusan
itu. Lagipun MCA
amat memerlukan bahan lencongan
selepas episod
pembelian Nanyang Press. Mujurlah
diwujudkan sebuah
universiti kelolaan
MCA yang
mengikut Lin Lion Sek
akan dijadikan
pusat fakulti perubatan,
mengikut rancangan. Dia mengharapkan
lencongan terbaru itu
akan mengeluarkan segala
bahang yang
menyelimuti kisah
sekolah wawasan dan
masalah jumlah Sekolah Cina di
bawah sistem
pendidikan negara.
Apakah
yang sudah dicapai oleh
persidangan Barisan Nasional
itu? Habuk pun
tidak ada.
Begitulah kalau
diadakan satu persidangan besar
satu hari untuk menyorot
perjuangan enam tahun
lamanya. Para perwakilan dipilih
secara rawak, kerana tidak ada
mesyuarat tahunan peringkat cawangan
dan bahagian gagasan BN
itu. Kewujudannya hanya
akan bernafas
apabila muncul pilihanraya
untuk menonjolkan
simbol persekongkolannya. Dan berfungsi sebagai
‘longgokan sampah’ untuk
menampung ahli
politik yang sudah usang
dan terbuang. Setiausaha
agung BN yang
ada merupakan
bekas Setiausaha
Agong UMNO
yang masih
ada gahnya seluruh
negara setanding
gahnya ketika menguruskan
UMNO dulu. Bagaimanakah
gahnya seruan
seorang presiden
BN, sedangkan
sebelum ini dia
berucap di
hadapan majlis
Melayu selaku
presiden UMNO, melaungkan kepentingan
ketuanan Melayu?
Kenapakah
pemimpin BN menggelabah bertempiaran setiap kali
tercetusnya cabaran?
Kalau kebenaran
didedahkan, Barisan Nasional sebagai
sebuah parti politik, gagal
melunaskan apa yang dijanjikannya
selama ini. BN tidak pernah
merelakan pertumbuhan
amalan politik yang sihat,
kerana mahu
mengamalkan satu
dasar khas
di mana
pemimpin yang telah dipilih tidak
boleh dicabar oleh sesiapa. Ini merupakan
satu amalan
oligarki yang
mementingkan keistimewaan.
Sudah
wujud lapisan
pemimpin yang
berdarjat dalam setiap
parti komponen BN, sesiapa
tidak dibenarkan
menceroboh lapisan itu
melainkan diundang. Seorang
pemimpin parti komponen BN yang berusia 80 tahun
masih sanggup
memegang jawatannya selagi
dia diperlukan. Ada seorang
menteri kabinet yang
merupakan orang yang paling
lama di kementeriannya, sedangkan seorang
lagi pegawai
yang sama lama
perkhidmatannya di
kementerian itu
ialah seorang pemandu.
Pada mulanya
ahli kabinet itu menganggotai
kementerian itu ditahap penubuhannya
sebagai seorang setiausaha
politik dan naik
berdikit sehingga menjadi
seorang menteri
dalam tempoh 27
tahun lamanya. Tidak hairanlah
kalau dia
menunggu tempoh
lengkapnya perkhidmatan
selama tiga dekad
sebelum berfikir untuk
bersara.
Para
pemimpin BN tidak
membenarkan orang
lain menyoal
mereka. Presiden
MIC, S. Samy
Vellu kerap
bengkeng apabila
disoal. Demikian yang ditunjukkannya
ketika mengadakan lawatan di
Kampung Medan
untuk mengagihkan
buah tangan kepada penduduk di sana
untuk rakaman
kamera dan TV. Keadaan
sudah banyak berubah
dan BN masih
tidak sedar akan
fenomena ini.
Tidak ramai pemimpin kabinet
UMNO yang
berani berhadapan
dengan para pengundi
mereka lagi, sehingga
memudahkan pihak pembangkang
melawat kawasan
mereka sebagai pengganti.
Begitulah,
ketika Dr.
Ling membeli
Nanyang Press dalam
satu putar belit
politik, kerana tidak
menyedari kesan
tentangan yang
mungkin dicetuskannya. Dia telah
memilih jalan
memintas peraturan
parti dan
cuba memperlekehkan
para penentangnya. Apabila timbalannya,
Lim Ah Lek bersama
tujuh ahli jawatankuasa
Majlis Tertinggi
parti membantah, Ling bertindak untuk
melecehkan hasrat
mereka. Lim Ah Lek
bertindak-balas mengirimkan surat
penjelasan kepada
2,400 ahli
perwakilan parti
yang menghadirkan
diri untuk
Mesyuarat Tergempar
Parti. Surat itu
memberikan penjelasan
kenapa Lim
dan tujuh rakan seperjuangannya
menolak pembelian
itu. Surat
itu semuanya
tidak pun sampai kepada
yang patut menerimanya.
Siapakah
yang memberi arahan kepada
Pos Malaysia
menahan penghantaran
surat itu?
Ataupun apakah
PMB (Pos Malaysia Berhad)
membuang sahaja
surat pekeliling secara
pukal, seperti yang saya
syaki, sebagai
satu amalan
biasa? Saya
sendiri tidak kehairanan lagi apabila menerima
kad jemputan
upacara ucap-selamat di kedutaan;
berminggu-minggu selepas
perginya orang yang harus
diraikan. Saya
menerima satu kad jemputan minggu lalu, yang
diposkan pada pertengahan
Mei untuk jamuan Jun 12; satu
minggu selepas
Pesuruhjaya Tinggi Pakistan dan
isterinya berlepas
pulang.
Setelah
selesainya mesyuarat
tergempar MCA
untuk membenarkan
pembelian Nanyang
Press, dan
memberikan kemenangan kecil kepada
Dr. Ling, beliau
telah pergi
berjumpa Dr. Mahathir keesokan
harinya. Dr,
Ling meminta
agar Mahathir
mengnyahkan penyokong kuat
Lim, Dato’ Chua
Jui Meng daripada
barisan kabinet
yang ada.
Permintaan itu
ditolak. Seruan Dr.
Ling agar
partinya bersatu
padu membawa
kesan yang sama
seperti seruan
Mahathir mahukan
penubuhan negara
Malaysia.
UMNO
beranggapan, dalam
hal ketuanan
Melayu, hanya
parti itu yang
berhak menentukannya dan
mentadbir negara. Semua
parti politik yang
lain diperlekehkannya sebagai parti
nyamuk sahaja
walaupun usia parti
itu sama
tuanya dengan
UMNO (Silap MGG nii – UMNO yang
ada, UMNO Baru(a)
sahaja. Baru
berhingus lagi...!!! penterjemah).
Hanya UMNO
yang mempunyai keupayaan
untuk memerintah,
yang lain pasti akan
gagal. Hanya
UMNO yang
boleh mengepalai
satu gagasan
parti pelbagai kaum yang mampu
mentadbir negara
secara berkesan.
Keangkuhan
ini telah merobah
fokus sebuah
parti politik
yang membesar
dan berupaya
menghadapi pemilu yang
bermusim untuk menjadi
parti yang
tidak boleh
dikalahkan. Inilah yang tidak
boleh diperkasakan.
UMNO dan BN tidak berusaha untuk
menjadikan kewujudan mereka itu terus
relevan dan berkekalan
kepada tiga lapisan generasi
pengundi yang telah
menonjolkan mereka.
Gagasan ini sudah
menjadi takut
melihatkan kemunculan
parti pembangkang
yang berbentuk
kepelbagaian kaum dan berusaha
pula untuk menumpaskan
kemunculan tentangan
itu. Itu sebabnya pemimpin BN
kerap memberikan siaran
lintas langsung kepada
masalah yang
mereka bayangkan
sedang dihadapi
oleh DAP dan
PAS dalam
usaha mewujudkan
sebuah negara Islam, sedangkan mereka
tidak sedar
betapa merekalah yang menyediakan
batu asas
penubuhan negara berunsur
konsep itu. Bukankah
itu yang membolehkan
PAS menguasai Kelantan
pada 1990
dan diikuti oleh penguasaan
Terengganu pada
1999?
Akan
tetapi, keangkuhan ini
disumbang secara
kecilan pula oleh
beberapa parti pembangkang
yang selesa
untuk memanjangkan
pemikiran dan
tanggapan BN dalam
hal ini, kecuali
PRM dan PAS.. PRM bertegas
dengan kepercayaannya bahawa
rakyat akan terus terpesona
dengan sogokan BN untuk berpendirian
yang berbeza sedangkan PAS
berpegang kepada ajaran Islam dalam
menyanggah isu
ketuanan Melayu. Kini, Dr. Mahathir
hanya berusaha menampal
lubang-lubang kepincangan politik yang
mula merekah di merata tempat yang
tidak pun disangkanya. Lagi
kerap dia berlagak
begitu lagi
teruk gelagatnya
berpusing-pusing mengikut
satu putaran politik
yang membuatkannya
terus pening. Semakin
samarlah masa depan
BN dalam penentuan
peranannya. Selagi
semua ini tidak
berubah secara
drastik dan penuh
dramatik, jasad
BN yang semakin
kematu itu
akan bertukar menjadi mayat
yang mudah
kaku.
MGG
Pillai
pillai@mgg.pc.my
Jumlah
pembaca:orang