Empat Calon, Mana Satu Pilihan Pengundi Likas
Empat calon yang bertanding menawarkan diri untuk dipilih oleh rakyat dan pengundi Likas. Kesemua mereka berlatar belakang profesional, ahli politik dan berkemampuan untuk menjadi pemimpin. Keempat-empatnya pula berketurunan Cina Sabah. Dan paling istimewa sekali di antara empat calon itu terselit seorang calon wanita yang berkebetulan mewakili parti KeADILan di Sabah Ketuanya ialah Datin Saidatul Baddru Tun Said dan di peringkat pusat di bawah pimpinan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada mantan TPM yang dizalimi itu oleh penguasa yang zalim Dr Mahathir.
Siapa sebenarnya pilihan rakyat dan pengundi Likas kali ini. Penentuannya ialah pada malam 22 Julai. Menurut teori BN calon mereka Datuk Yong Teck Lee, adalah calon popular untuk mempertahankan Likas ditangan BN dengan pelbagai macam hujah pembangunan, peribadi disenangi rakyat dan sebagainya disiarkan dalam media pengampu mereka. Ada juga ramalan calon PBS, Dr Chong Eng Leong menjadi pilihan pengundi Likas atas faktor bahawa sepatutnya pada pilihanraya umum negeri 1999 beliaulah pemenangnya, disebabkan ada unsur tidak sihat dalam pilihanraya lepas iaitu, kehadiran pengundi hantu, pemegang IC palsu/projek dan warga asing/PTI beliau dikalahkan. Selain, pengaruh parti PBS dan Presidennya Datuk Joseph Pairin di kalangan rakyat Sabah masih tetap kuat sebagaimana parti USNO dulu di zaman parti Berjaya/BN berkuasa.
Calon istimewa seorang wanita yang mewakili KeADILan Sabah pimpinan Datin Saidatul Baddru Tun Said, kakak kepada Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Mohd Salleh Tun Said, ialah seorang profesional yang pernah menjadi calon PBS pada 1986 dulu, Puan Christina Liew juga calon popular untuk dipilih oleh rakyat dan pengundi Likas pada 21 Julai nanti. Penulis berkeyakinan pengundi kaum wanita di Likas akan lebih bersimpati terhadap kewibawaan beliau. Sebagai seorang peguam tentu beliau lebih arif tentang hak-hak rakyat dan wanita di segi undang-undang. Pastinya selepas dipilih menjadi wakil rakyat beliau akan berusaha kuat bersama pimpinan KeADILan Sabah dan pusat bagi merealisasikan cita-cita BA untuk membawa budaya politik baru ke arah kerajaan yang baik, lebih adil, telus dan amanah di Malaysia dan khususnya di Sabah nanti.
Satu lagi calon bebas Encik Joshua Kong. Politik calon Bebas di Sabah tidak begitu banyak memberikan kesan pengaruh kuat di kalangan pengundi. Kecuali kemunculan calon bebas itu di atas desakan rakyat dan massa seperti kes Datuk Joseph Pairin dulu di Tambunan dan satu lagi kes A.K Aliudin di Kimanis. Mungkin rakyat Sabah masih ingat bagaimana calon bebas ketika itu boleh menang melawan calon parti pemerintah. Apakah ada ciri itu untuk calon Bebas di Likas kali ini?. Rakyat dan pengundi Likaslah yang akan menjawabnya pada 21 Julai ini.
Kita menuntut rakyat dan pengundi Likas akan memilih calon yang paling istimewa, terbaik dan berkemampuan untuk mendekati hati nurani rakyat. Bukannya pemimpin yang hanya dekat dengan rakyat ketika kempen dan merayu undi, selepas itu mereka jauh dengan rakyat kecuali sekali-sekala, selebihnya mereka sibuk bersama ketuanya yang nyanyuk, kroni, tauke dan suku sakat mengagih tanah, balak, projek dan harta rakyat yang mereka rompak dan rampas secara sembunyi tanpa pengetahuan rakyat marhaen.
Rakyat dan pengundi Likas, marilah kita tumbangkan calon BN kali ini, walaupun orang kata dia baik, tapi ketuanya Dr Mahathir adalah kepala rasuah, ketua perompak harta rakyat dan kerajaan, ketuanya adalah seorang pembohong, kaki auta dan putar belit. Oleh itu, UNDILAH CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW. MENANGKAN KEADILAN SABAH untuk menjana kemenangan BA/PBS di Sabah tahun 2004 nanti.
Reformasi 3x.
Reformasi 3x.
Reformasi 3x.
Ibn Sabah, 14.7.2001M
Jumlah pembaca:orang