Mahathir  Dihantui   Cabaran  Ekonomi  Yang Membesar
(Mahathir Faces  Increasing Economic Challenges)


Oleh:   Geoff  Hiscock


Malaysia  telah  memperolehi  kemajuan ekonomi  sepanjang  pemerintahan  Mahathir Mohamad   menjadi  perdana menteri sejak  20  tahun  yang  lalu. Namun,  cabaran  yang dihadapinya  tidak akan menjadi lebih mudah untuk ditangani  pemimpin veteran  itu.

Insan yang  tidak mudah mengikut cakap  orang lain  kini melihat  ekonomi  Malaysia menjadi  sasaran   kegawatan  ekonomi sejagat  dalam bidang  barangan   teknologi maklumat.

Walaupun henyakan  kegawatan kali  ini tidak  seteruk   krisis  kewangan 1997 dulu,  di mana  Mahathir  naik berang  dan menuduh  konspirasi  kapitalis barat  yang sengaja mahu  menghancurkan  ekonomi  Malaysia,  kegawatan  di bidang  IT  kini  yang sudah pun  lembap  sejak  12  bulan yang  lalu,  sedang  menghenyak Malaysia  dengan  teruknya.

Sejak  1999  hingga  2000, lonjakan  permintaan barangan  semikondaktur  dan  peralatan  komponen  elektronik telah merangsang  pertumbuhan  eksport  negara.

Akan tetapi   keadaan   industri IT  di  Amerika  dan Jepun  telah menjadi  mendatar ataupun  mengecut  sejak pertengahan tahun  2000, sehingga menjejaskan  ekonomi Malaysia  pada  tahun   ini.  Pada  suku tahun pertama 2001, menunjukkan  penguncupan  dalam  Keluaran  Kasar  Negara, berbanding  1998,  ketika negara  merasakan  bahana  kesan  krisis  kewangan Asia  yang  melanda pada  1997.

Berasaskan  suku tahun  ke  suku-tahun,   KKN jatuh  3.8  persen  pada tiga bulan pertama  tahun  2001.

Kegawatan

Beberapa    pengamat  percaya  suku tahun  berakhir  Jun ini akan  menjadi  negatif,  bererti  secara teknikalnya  Malaysia juga  akan  dihenyak  kegawatan.   Kerajaan  Malaysia berdegil dengan  ramalannya pada bulan  Mach akan  wujudnya pertumbuhan KNK  antara  5 hingga  6 persen tahun ini,  walaupun  wujudnya  persefahaman  antara   beberapa  pakar ekonomi  swasta  yang meramalkan pertumbuhan yang  lebih rendah  sekitar  1 hingga  2.5 persen, bergantung  kepada  ketika dan bagaimana  cepatnya  pasaran  IT  sejagat  bangkit semula.

Ekonomi Malaysia yang banyak bergantung kepada  pengeksportan akan merasakan  turun naik  ke lakonan itu  disebabkan  mudahnya  ia  dirasuk  tekanan prestasi globalnya  yang  mampu  menjejaskannya.

Mahathir yang  kini sudah pun  memikul  tanggungjawab  menteri   kewangan   sejak  pengunduran  Tun Daim,  telah  mengakui   betapa Belanjawaan  2002  yang akan dibentangkannya bulan  Oktober  nanti   akan  menganjurkan  perbelanjaan  tempatan dan  pelaburannya,  daripada memberi   penekanan  kepada  pelaburan  asing.

Mahathir  memang  telah lama mahukan  perjalanan ekonomi Malaysia  itu mengikut  rentak ragam  acuannya  dan tidak ditentukan oleh orang  asing   seperti  IMF ataupun  pengurus  dana tabung   pencen  Amerika Syarikat.

Dinafikan  Berperanan  di   Malaysia

Ketika  krisis  kewangan  1997  menghenyak  Malaysia,  Mahathir  telah  berdegil  menidakkan  peranan IMF  di  Malaysia . Dia  naik berang  apabila  tercetusnya  pengaliran tunai  daripada  ekonomi  Malaysia dan  menuduh  para spekulator  Barat   telah  menghancurkan  ekonomi  negaranya.

Akan  tetapi, keadaan  bursa  saham  Kuala  Lumpur  jatuh  terperusuk  -  kehilangan  65 persen  nilainya  antara  Julai  1997  hingga  Januari 1998 (dalam  masa enam bulan  sahaja  - penterjemah)   bukanlah  disebabkan  oleh  pengunduran  pelaburan  asing  sahaja.  Sekitar  70 persen  penjualan  itu  adalah  oleh  pelabur  tempatan  yang  rungsing  akan  keadaan  negara untuk  masa  yang  panjang.

Salah satu  cara  tindak balas  Mahathir  terjadi pada  September  1998 dengan  cara  mengenakan  kawalan  peraliran  modal. Tindakan  ini  menyebabkan  ramai  pengurus  dana berinsitusi  yang  menjadi  gusar untuk  kembali ke pasaran Malaysia.  Apatah lagi  setelah  ditetapkan  kadar  tukaran  matawang  pada  tahap  3.8  bagi  setiap  dollar  Amerika.

Strategi  ini  memang  kena  pada masanya  sekitar  1999  hingga  2000  apabila  ringgit  diturunkan nilainya  berbanding  matawang serantau. Lagipun  ia  membantu menampan  negara  daripada  tekanan  inflasi.

Akan  tetapi,  kejatuhan matawang negara lain  seperti di Singapura (dollar) dan Filipina (Peso) sudah  pun  menjejaskan  usaha pengeksportan  Malaysia,  menyebabkan  para  pengekspot Malaysia mendesak agar  dilaksanakan  perubahan  terhadap  pencapaian  penurunan  matawang  yang dapat  bersaing.  Walaupun  Mahathir  masih  bertegas tidak akan dilakukannya  anjakan kepada   kadar  tukaran  matawang  itu. Namun kemungkinan  adanya satu   perubahan pada September nanti  sudah pun   diambil kira  dalam ramalan para pengamat.

George  Washington,  ketua  pakar  ekonomi  Asia Pasifik   untuk syarikat  pengamat  IFR  ada  membuat  catatan  terbarunya: “Apabila  tanggapan  ekonomi  itu  menjadi  buruk  dan tapak langkah  kegawatan  ekonomi  itu  semakin lantang  bunyinya untuk  mengiringi usaha terbaik  Mahathir  melindungi negaranya daripada   pengaruh  asing,  wawasan  Mahathir akan  semakin  terhakis  dan  tercemar sehinggakan para  penyokongnya pun  akan  naik bengis  dan kehilangan  sabar.”

Salah  satu bahagian  warisan itu  ialah  latar langit  Kuala Lumpur  yang  amat mempesonakan tetapi tidak menjanjikan  sebarang keuntungan.  Yang lagi  satu  ialah  lonjakan  KNK  daripada  27  billion  dollar  ketika  Mahathir menaiki   takhta  pada  Julai  1981,  naik empat  kali  ganda  kepada  $100  billion  pada  hari  ini, dan  pendapatan  per kapita kurang sedikit daripada  $2000 pada  1981  menjadi  sekitar $4500  sekarang  ini.

Mahathir  telah  menyanggah   para  kritik dan pesaing   sepanjang  dua  dekad yang sungguh  mencabar itu. Ekonomi  negara  diserang senggugut,  kini. Mampukah  dia  menanganinya  sekali lagi?

Tamat
Diterjemahkan  oleh SPAR

Jumlah pembaca:orang