Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 1

Pendahuluan

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan  untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin” (Surah Luqman Ayat 20)

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena Alam  agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan  dan  dapat membina  tamadun di dunia ini. Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universiti-universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13M. Umat Islam cukup terkedepan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan.Semasa Eropah masih dalam suasana malap di Cordova bandar Umat Islam sudah diterangi dengan lampu-lampu awam di jalan-jalan rayanya.Pencapaian ketamadunan peringkat tinggi oleh orang Islam amat jauh dihadepan ibarat langit dengan bumi kerana Eropah terlalu jauh tertinggal dibelakang.

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi – 2

2.0            Sumbangan  Islam mengikut pandangan  Draper

Orang Islam merupakan pengasas sebenar dalam kaedah percubaan sains dalam pengetahuan  moden. Pakar-pakar Ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada sumbangan sains. Sejarah  telah  mencatatkan  pada zaman  kegemilangan  tamadun Islam,  masyarakat  Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang merupakan salah satu faktor  utama yang mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah. Sains Islam telah  memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains.    

“Hampir lapan ratus tahun mereka berada di bawah pemerintahan  Islam, Umat Islam Sepanyol menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari negeri Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol.  Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.”Draper, 1979: Jil. 1)

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 3

2.1       Bidang Biologi

Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-benda hidup.  Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka.                   

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika  dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya                                     

Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami’fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.                                                                       

Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian umat Islam jauh lebih dari bangsa Yunani. Asma’i dari Basrah(739-783 M) telah menulis beberapa buah buku seperti “Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya’ (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan” yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia. Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan, dan menghasilkan “Kitab al-Hayawan”. Kitab ini  menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar .1          

Al-Damiri telah menghasilkan “Hayat al-Hayawan” dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

Di Malaysia kaedah pembiakkan ikan air masin berjaya dimajukan secara komersial di kolam-kolam, terletak di daratan dengan kaedah teknologi terkini. Seperti di Lembah Kelang iaitu di 7 miles, Black Water  Jalan Kelang Banting. Begitu juga kolam ikan tersebut dikomesialkan dan menjadi kunjungan serta tumpuan ramai yang terletak di Kampung Melayu Subang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah  Selangor.

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 4

 2.2            Astronomi

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk “Siddharta” ke Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama“Zij”. Diikuti pula penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani.                                                

Antara saintis-saintis Islam yang berjaya menkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam. Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan jarak antara sesuatu bintang diukur, pengukuran paksi bumi dan luas bumi. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang–bintang di galaksi. Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Khalifah al-Ma’mun telah membina sebuah balai cerap di Baghdad dan juga di Gunung Gasayun di Kota Damsyik. Para sarjana astronomi daripada pusat ini telah berjaya membuat perhatian yang sistematik terhadap pergerakan planet-planet di langit dan juga telah berjaya membuktikan secara tepat unsur-unsur yang terdapat di dalam “Algmest”. Iaitu tentang garis gerak yang tidak berperaturan dari garis edar matahari, perubahan-perubahan yang menjadi penyebab equinoks muncul lebih cepat dan tepat.   

Nasiruddin al-Tusi merupakan  ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama “al-Zij al-Ilkhani” yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.                                                                                                       

Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya al-Zarqali juga adalah seorang ahli astronomi Andalus. Beliau menyusun Jadual Toledo (Table of Toledo) yang memuatkan singkatan-singkatan maklumat geografi yang berasal dari Ptolemy dan al-Khawarizmi. Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta “safihah” sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.                                                 

Terdapat beberapa karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 520H/1126M oleh Adelard of Bath dan telah dijadikan bahan rujukan asas di Timur mahupun di Barat dalam penulisan-penulisan ilmu bumi pada zaman selepasnya. Beliau telah berjaya mengambil alih peranan yang dimainkan oleh daftar-daftar astronomi yang pernah dibuat oleh orang-orang India dan Yunani.                        

Tamadun Islam juga berkembang subur di sebelah Barat Andalus yang menjadi pusat kegiatan intelektual Islam di Barat telah menghasilkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang.  Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.

Umar Khayyam seorang sarjana yang dikenali dunia luar sebagai penyair Parsi dan pemikir bebas, juga seorang ahli astronomi dan matematik yang menghasilkan taqwim “al-Tarikh al-Jalili”. Karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-11H/17M. Abu Jaafar al-Khasizin dari Khurasan berjaya menjelaskan ketidaksejajaran garis edar matahari di bumi ini.                                                                                                           

Demikian juga terdapat ramai lagi ahli astronomi Andalus (Sepanyol) seperti Jabir Ibn Aflah yang dikenali di barat sebagai Geber, berasal dari Seville dan merupakan penyusun “Kitab al-Hay’ah (buku astronomi). Nuruddin Abu Ishaq al-Bitruji yang dikenali di barat sebagai Alpatragus, beliau menghasilkan “Kitab al-hay’ah”. Beliau termasyhur kerana berjaya mengubahsuai serta menghidupkan semula teori homosentrik (mempunyai pepusat yang sama).                                                                                                                                      Islam hari ini yang juga memberi sumbangan seperti Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah membina balai cerap di Merang Terengganu. Persatuan Astronomi Islam yang di ketuai oleh Dr. Mohib. M. Durrani telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan berpusat di Colombia Amerika ianya dikenali sebagai ISNA (Islamic Societi of North America)

Hagnet fakaw naw 

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 5

2.3       Matematik

Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar. Jadual al-Khawarizmi dan “Habasy al-Habib” turut membantu mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di dunia. Mulai awal abad ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas dalam penulisan sarjana-sarjana Islam. Karya beliau dalam bidang matematik yang terkenal ialah “al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr waal-Muqabalah” telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan digunakan hingga abad ke 10H/16M, dan jadikan teks asas yang digunakan di Universiti-Universiti di Barat.                                                              

Tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob dan Leonardo telah terpengaruh dan menceduk teori matematik al-Khawarizmi dalam kajian mereka.  Beliau telah merekabentuk satu kaedah am untuk mencari punca nyata kepada sebarang persamaan. Kaedahnya hisab al-khatayan  telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona seterusnya di terjemah ke Bahasa Inggeris. Angka juga dikenali sebagai “algorismus dan ‘logaritma” sempena nama al-Khawarizmi.                                                             

Umar al-Khayyam telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan  iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan  hubungan dalam bentuk geraf.

Hagnet fakaw naw 

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 6

 

2.4            Perubatan

Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi (865-925M) yang menghasilkan “Kitab al-Hawi”, Ammar bin Ali yang menulis “Kitab al-Muntakhab”, Ibn Sina (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd (al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri.                                                                                                                        

Di Baghdad cabang ilmu pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan. Rumah-rumah sakit banyak dibina oleh sarjana Islam. Khalifah Harun al-Rashid (170H/786M – 193H/809M) mendirikan rumah-rumah sakit (Bimaristan) di seluruh negara. Rumah-rumah sakit di Kaherah pada zaman Ibn Tulun telah diasingkan wad lelaki dan wanita. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pula membina hospital khas untuk merawat pesakit-pesakit kusta.

Yuhana Ibn Musawaih telah melakukan kajian mengenai anotomi tubuh manusia. Oleh kerana pembedahan mayat belum lagi dilakukan, beliau melakukan kajian dengan membedah seekor monyet. Dengan pembedahan monyet itu ilmu anatomi mata telah berkembang dengan pesat. Beliau juga turut menghasilkan buku yang bertajuk “al-Asr Maqalat fi al-Ain” yang merupakan kitab tertua yang ditulis secara bersistematik menerangkan kaedah tentang oftalmologi.                                                                              

Ibn al-Nafis, adalah seorang doktor dan pakar bedah. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesilapan teori Galen Yunani. Al-Nadhr telah mempelajari ilmu perubatan dari bapanya al-Harith (meninggal 23H), beliau telah membuat pil-pil yang digunakan untuk merawat penyakit kuning.

Di antara pakar bedah Islam terkenal ialah al-Zahrawi (936-1013M) pengarang “Kitab al-Tasrif” dan Ibnu al-Quff (1233-1286M) pengarang “Kitab al-Umbda”. Mereka telah menggunakan pelbagai peralatan  surgeri rekaan sendiri dan telah mendiskripsikan ilmu ini dengan jelas hinggakan karya-karya mereka dijadikan buku teks di Eropah untuk beberapa abad lamanya.                                                              

Di negara kita Malaysia Pusat Perubatan Darul Shifa’ di Bandar Baru Bangi yang diasakan oleh Y.Bhg Dato’ Haron Din menggunakan kaedah perubatan Islam sepenuhnya. Kaedah ini diakui oleh masyarakat Islam juga bukan muslim memberikan sambutan yang amat memberangsangkan.

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 7

2.5              Kimia

                       Ahli kimia Islam yang paling awal ialah Khalid Ibn Yazid (abad ke-7), cucu Muawiyah, Khalifah  Umaiyah yang pertama. Khalid bukan sahaja mengambil langkah menterjemahkan teks kimia Iskandariah, tetapi beliau sendiri juga menghasilkan penulisan tentang kimia. Kitab al-Hararat dan wasiat tentang kimia kepada anaknya. Yazid banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menghasilkan emas dan mengadakan peralatannya melalui ilmu kimia.

            Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Di antaranya termasuklah “Kitab al-Sab’in” dan kitab “al-Mizan” yang merupakan asas kepada Kimia Latin yang mula berkembang pada abad ke-15M.2 Jabir al-Hayyan mengemukakan kaedah percubaan sains.

Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain. Seorang pengkaji sejarah terkemuka Holmyard, telah mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah pengasas dan bapa kepada kimia moden dan dia menegaskan kimia ertikata tidak wujud sebelum Jabir.                                                  

Pada awal abad ke-9M, Uthman Ibn Suwayd dari Ahkim, Mesir telah menghasilkan kitab “Mushaf al-Jamaah” iaitu sebuah teks kimia latin yang begitu popular pada abad pertengahan dan zaman Renaissance. Ahli Sufi Mesir Dzul al-Nun al-Masri, al-Junid dan al-Hallaj juga menulis tentang  kimia.                                                                                    

Al-Kindi (875M) membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib pula menyusun kitab “Manafi al-Ahjar” yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.                                          

Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M), menghasilkan “Kitab al-Asrar” dan “kitab Sirr al-Asrar” serta “al-Madkhal al-Thalim” yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.3 Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi. Perjumpaan dan penerangan proses pengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting kerana tanpa pengetahuan kepada proses ini adalah amat sukar untuk menyediakan bahan bagi sesuatu pengujian.                                                        

Al-Marrakusyi dari Magrib menulis proses kimia dalam bentuk mimpi dalam Risalat al-Ruhawiyat. Berikutnya, dalam abad ke-16M. Bel-Mughus al-Maghribi menghasilkan satu penulisan pendek tentang sejarah kimia dari zaman Nabi Adam hingga kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan bahawa kimia merupakan ilmu warisan yang diwahyukan.                                                                                                    

Di Andalus juga terdapat beberapa ramai ahli kimia Islam antaranya Jabir Ibn Aflah. Antara sumbangan beliau di dalam ilmu fizik ialah menemukan asid sulfurik, asid nitrik dan nitro muriatik. ,Abbas Ibn Firnas telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain.                            

Hagnet fakaw naw

  Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 8

2.6            Kejuruteraan

Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km.

Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-Amili seorang ahli sufi  safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan “qanat” iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air.                                                                                          

Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne. Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4  

Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan tenaga dari angin dan kincir angin. Kincir digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda.                                       

Al-Biruni (973M – 1048M)  adalah peneroka bidang sains tabei Islam yang ternama. Beliau merupakan pengasas teknologi sains sukat setelah berjaya menentukan ketumpatan spesifik kepada sebanyak lapan belas mineral dan batu-batan. Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.                                      

Kejuruteraan petroleum dalam sistem carigaliannya di dasar laut telah ditemui kaedah barunya oleh jurutera-jurutera Malaysia dan berjaya dilaksanakan di pusat cari gali dasar laut Kerteh, Terengganu. Kaedah ini mempercepatkan kerja-kerja cari gali dan mengurangkan pembaziran bahan galian terbabit. Kaedah ini telah digunapakai oleh negara dunia ketiga seperti Ghana, Mouritus dan Tajikistan menggunakan perundingan dan kepakaran jurutera-jurutera Malaysia.

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 9

 

2.7       Geografi

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Russia. Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.                                                     Thabit Ibn Qurrah (289H/901M) telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan tempat-tempat di bumi berdasarkan letaknya Lotitud dan Longitud. Berdasarkan buku-buku terjemahan inilah kemudiannya al-Khawarizmi menyusun bukunya bertajuk “Surah al-Ardh”. Buku ini merupakan sebuah atlas wilayah kekuasaan Islam. Karya inilah yang menjadi panduan dan dorongan sarjana-sarjana terkemudian menghasilkan buku-buku geografi. Salah seorang sarjana terkemudian yang mendapat manfaat daripada buku ini ialah al-Mas’udi yang hidup pada pertengahan pertama abad ke 4H/10M.                            

Piri Re’is, laksamana tentera laut Turki merupakan pakar tentang kedudukan geografi kawasan pantai Laut Mediteranean. Haji Khalifah juga bekas tentera laut telah berusaha menghasilkan satu Kosmografi berjudul Word Survey namun tidak sempat disiapkan. Karya ini dikatakan diasaskan kepada Atlas Mina karangan Mercator. Ibn Khurdazbih berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul “Kitab al Masalik wa al-Mamalik”. Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

Hagnet fakaw naw 
Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 10

 2.8       Geologi

“ Dan bumi sesudah ia dihamparkan-Nya. Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-gunung dipancarkanNya dengan teguh. Semua itu untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu”  (surah al-Nazi’at : Ayat 33)                                                                                                     Ayat di atas menerangkan geologi ini antara salah satunya yang menyatakan tentang Allah mengubah bentuk permukaan atau lapisan dan kegunaan gunung-ganang kepada manusia sebagai sumber dan storan air. Pengkajian geologi berlandaskan berbagai aspek mengenai bumi iaitu dari struktur dan kandungannya. Ahli-ahli geologi meneliti kandungan dan struktur batuan, bahan-bahan mineral, tenaga serta sumber alam yang lain di bumi, dan juga proses-proses fizik, kimia serta biologi yang telah dan akan berlaku di permukaan atau dalam bumi. Dalam konteks yang lebih luas ahli-ahli geologi juga mengkaji mengenai bintang, bulan, matahari dan planet-planet lain di dalam cakrawala.                                           

Dalam abad ke-15M Muhammad Ibn Mansur Syirazi telah menulis di dalam bahasa Parsi sebuah buku mengenai batu-batan berharga, tradisi itu telah disambung pada ke-18M oleh Syeikh Ali Hazin. Ahmad Al-Magribi telah mengaitkan mineralogi, kimia dan perubatan telah berterusan hingga ke hari ini dalam bentuk perubatan desa dan aspek kehidupan seharian. Penulisan tentang mineral oleh para ahli sains muslim juga menarik minat orang-orang Barat.                                                                                                                            

Sektor perlombongan dan kuari juga telah terlebih dahulu diterokai oleh orang Islam sebelum zaman perindustrian. Perlombongan yang biasanya diketahui adalah lombong-lombong yang didapati di Sepanyol. Hasil-hasil dari lombong tersebut termasuklah emas, perak, tembaga, besi dan raksa. Industri perlombongan ini telah diperbaiki oleh orang Islam setelah terbiar di bawah pemerintahan orang Goth. Idrisi, ahli geografi Islam yang termasyhur, telah pernah melawat beberapa lombong dan menulis tentangnya di dalam abad ke-12M. Kuari-kuari di Sepanyol juga kaya dengan batuan marmar dan batuan lain yang digunakan untuk binaan bangunan-bangunan.                                                                    

Di Cazalla di Evira, sejenis mar-mar putih yang lembut boleh didapati. Ia telah digunakan untuk membuat bekas-bekas, patung-patung dan lain-lain. James Hutton ialah tokoh geologi moden yang mula-mula sekali mengutarakan prinsip proses pertukaran bentuk lapisan bumi adalah sama dari dulu hingga masa akan datang. Penulisan orang Islam menunjukkan kefahaman yang jelas tentang perubahan geologi di bumi.

Hagnet fakaw naw 

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 11

2.9       Fizik

 

“ Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)”  ( Surah Yunus: 61)

Konsep fizik walaupun dipengaruhi orang Yunani sebenarnya diperolehi dan digarap dari mafhum ayat al-Quran di atas. Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah dilakukan oleh beberapa golongan. Golongan yang terkenal ialah ahli-ahli falsafah pripatetik, ahli teologi dan ahli gnostik. Seorang ahli falsafah Turki telah mengkaji tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. Ibnu Sina telah mengkaji perkara berkenaan halaju bunyi dan cahaya  seperti   terdapat dalam bukunya al-Syifa.                                      

            Al-Biruni (973-1048M) seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristotles. Beliau banyak mengkritik tentang landasan asas fizik Aristotle seperti hipomorfisma, tempat tabei bagi objek di bumi. Beliau menyangkal kewujudan vakum berdasarkan pemaakulan, cerapan femonmenon tabei dan juga eksperimen. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi.                                                                                      

Abu Barakbah telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh  dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu  yang berhubung dengan sesuatu proses yang akan berlaku dari gerakan translasi sahaja.

Suhrahwadi telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena  penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik, beliau telah menulis tentang kajian lanjutannya berkenaan dengan hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung parabola.                                                                                                         

Teori Muslim yang kekal digunakan hingga ke hari ini seperti teori Ibn Haitham  yang mengemukakan bahawa cahaya terpancar dan melantun menghasilkan sudut yang sama secara normal pada permukaan yang melantun cahaya itu dan jenis cahaya yang berlainan bergerak secara lurus.

Dikenalpasti bahawa pada abad ke 6M sanya sains fizik telah digunakan untuk memahami fenomena ke tabii an. Sebelum itu penerangan dan sejarah  fenomena dalam alam kita sekadar berdasarkan methologi atau dengan kata lain berdasarkan hikayat tradisi.Bahasa sains ini meliputi penggunaan konsep sains,pemikiran rasional,prinsip,falsafah dan model mekanik.Terdapat dua prinsip dalam fizik yang telah dikenalpasti iaitu.

1.                  Prinsip tak berubah yang menjadi landasan bagi fenomena yang kelihatan berubah .

2.                  Punca tunggal terdapat kegandaan benda di dalam tabii

Hagnet fakaw naw

Islam adalah pemangkin dalam Sains dan Teknologi - 12

3.0            Kesimpulan

            “ Maka Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Surah Al-Mujaadilah; Ayat 11)

Semua ilmu sains dan teknologi berpunca dari al-Quran yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bertambah yakin lagi keimanan kita bila kita memahami makna sebenar ayat-ayat al-Quran dengan cara mendalami serta membuat kajian. Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan bagi kemajuan sains dan teknologi. Ia merupakan asas yang penting bagi sarjana-sarjana mengupas kajian yang dibuat untuk mentauhidkan Allah.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Tidak hairanlah kita dapati bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran-pelajaran sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang difardhukan oleh Allah kepada semua makhluk-Nya. Jelaslah pada kita yang sains dan teknologi yang di sumbangan pada hari ini adalah dipelopori dari sarjanan-sarjana Islam dahulu dan bukannnya dari orang barat, malah orang barat sendiri menceduk ilmu ini dari Islam.               

Betapa hebatnya atau pentingnya hasil atau kejayaan yang diperolehi dari kajian sains, bagi sarjana-sarjana Islam, baik dahulu atau sekarang, tidaklah merupakan satu kejayaan yang mutlak dan dibanggakan. Bahkan kajian-kajian sains dalam berbagai bidang merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada hamba-hamba Allah yang dikurniakan pemikiran yang subur dan kemudahan-kemudahan istimewa oleh sarjana-sarjana Islam patut menumpukan pemikiran mereka kepada kajian-kajian dan penemuan-penemuan yang boleh memberi manfaat kepada kajian manusia dan yang boleh membantu manusia beribadat kepada Allah dengan lebih sempurna.                                                                                            

Realitinya sekarang umat Islam kini nyata baru sedar betapa bercanggahnya fakta-fakta sebenar dengan apa yang berlaku pada abad kegemilangan tamadun Islam. Umat Islam sekarang telah menjadikan Barat sebagai destinasi terpenting mereka dalam mencari ilmu pengetahuan, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi. Ini kerana Barat telah berjaya mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh negara Islam, iaitu sebagai pemimpin dalam bidang sains dan teknologi. Sumbangan besar saintis Muslim di dalam bidang sains dan teknologi ialah memulakan tradisi menjalankan ujikaji yang teliti dan teratur.Wallahu A’lam.

Hagnet fakaw naw



1 Shaharir, 51

2 Shaharir, 106

3 Shaharir, 107

4 Shaharir, 201.