Bila kita dengar PM ada cakap pasal Pos Malaysia, ada rasa
caya tak caya pasal anaknya tu terlibat dengan Pos yang sudah swasta tu.
Semaklah dekat pendaftar perniagaan, ahli lembaga pengarah, memang nama anaknya tak
de. Tapi dulu-dulu kita dah dengar anaknya ada libatkan diri di belakang Pos Malaysia. Ada
orang kata anaknya pegang pos laju.Ada pula orang kata anaknya belakang Odasaja. Ada pula
orang kata anaknya ambil Sistem Maklumat Posnet dan macam-macam lagi. Apa bendanya ni.
Kalau tak ada orang tak cakap. Masakan daun bergoyang jika angin tak de.
Kita yang tak pandai
ni pun tahu jugak Phileo Alied yang beli Pos
800 juta tu kepunyaan seorang Cina. Tapi orang kata tu proksilah tu. Proksi sapa lagi,
kalu tak Mokhzani atau Mirzan. Bukan main kelentong lagi PM nak tipu kita semua. Boleh
blah lah. Satu Malaysia dah tahu anak PM ada libatkan diri dengan berniaga dengan
kerajaan.Tentulah macam tu sebab bapak dia pegang semua.Bapak dia pegang kewangan, bapak
dia jadi PM pegang Malaysia lagi. Apa nak tipu-tipu. Kata saja belakang Phileo Alied tu
anak dia. Memang PM ni haprak sungguh?
Ada juga kita dengar
baru ni pegawai-pegawai pos habih naik pangkat. Semua pengurus negari jadi Timbalan
Pengurus Besar. Apanak jadi tak tahu lah. Kalu gitu ada lebih 20 orang T.P.Besar. Buat apa
ramai-ramai macam tu. Entahlah .Pangkat besar-besar.Gaji besar-besar.Kerja belum tahu.
Kawan dengar T.P.Besar gaji 10,000 sebulan.Belum lagi campur elaun.Kereta pun
besar.Perdana.Percuma.Servis pun percuma. Ingat harta Pos harta dia orang ka. Orang bawah
kerja teruk-teruk siang malam. Angkat karung mel sampai patah pinggang.Berpeluh tengah
panas.Tambah lagi ada yang accident, meninggal pulak tu. Tiba-tiba depa hentam duit pos.
Ingat Pos kepala bapak depa punya. Kalau orang bawah mogok tahulah dia orang. Satu hari
pun cukuplah.Ribut satu Malaysia. Ingatkan Phileo Alied ambil alih adalah ubah sikit.Pi
mai pi mai tang tu jugak .Macam Tan Sri Zainol dulu. Memang dia kroni mamak tu. Apa nak
buat. Tapi bila swasta sepenuh kononnya mudah terbit saham ikut pintu belakang, auta mamak
tu. Walhal anak dia kenyang. Bedebah.
Pegawai-pegawai depa
pun sama. Itu macam juga. Gaji besar-besar.Kereta besar-besar. Sekali dapat bonus boleh
beli kancil seorang sebiji. Inilah keadilan? Pulak tu yang naik pangkat yang bawah-bawah
pun kena jadi kawan depa. Kalau tak kawan jangan haraplah. Kroni kata orang sekarang.
Kalau tak ada kroni, sampai tualah lu jadi kerani, jadi posmen. Tapi kalau ada kroni, ikut
bontot pegawai, kerani ada SPM pun boleh jadi pegawai kumpulan A. Boleh jadi pengurus.
Pengurus Negeri (Timbalan Pengurus Besar). Hebat, hebat sungguh orang Pos.
Bila buat laporan
prestasi, kalu bukan kroni, markah rendah. Kalau kroni baleh bagi 101 par 100. Ini macam
ka. Apa ni adil ka. Ini pegawai mahu terap Islam ka, mahu tiarap Islam. Konon mahu ISO
9000 dalam pengurusan Islam. Tapi cakap tak serupa bikin?
Balik-balik
posmenlah yang cari wang tengah paneh, tongah hari. Lepas tu pegawai habis lantak. Elok
benar kalu BPR siasat pasal Pos ni. Banyak sangat buat tak betul. Dulu masa Tan Sri
macam-macam cerita. Masa Dato’ Annuar pun
macam-macam cerita. Memang dasar swasta tu tak guna. Orang banyak juga susah. Yang kenyang
Mahathir dan anak beranaknya. Tapi kenapa orang Melayu ni tak sedar. Kena tipu mamak.Dah
dua puluh tahun.Masih tak sedar? Kesian.Kesian
Baiklah tahun 2004
kita undi B.Alternatif. Mungkin hal begini akan berubah. Kawan pun tak pasti. Tapi kita
harap gitulah.
Posmen
Tua
19.7.2001