Mengimbau
Gelora Silam
MCA |
oleh:
Dr. Francis
Loh
Pada
awal 1950-an,
sekumpulan pemimpin
pelapis yang
diketuai oleh Dr. Lim
Choen Eu,
Too Joon Hing,
Yong Pung
How, Tan Suan Kok dan
Ng Eng Teong telah bersekongkol
dengan H.S. Lee untuk
mencabar tonggak
parti yang
merupakan Ong
Yok Lin,
Tan Siew
Sin dan
beberapa tauke
ternama yang
bersatu menyokong
Tun Tan Cheng Lock
yang sedang
mengharungi usia tuanya.
Pada 1959,
MCA telah
berpecah belah
dan perbalahan
itu hanya reda
apabila Lim
dan sekutunya
keluar daripada
parti itu
untuk menubuhkan
United Democratic
Party. Kemudiannya,
dengan sokongan
beberapa temannya
beliau menubuhkan
Parti Gerakan Rakyat
Malaysia.
Pada
pertengahan 1960-an,
salah seorang
pengasas pergerakan
pemuda yang
merupakan ketua
Persatuan Guru-guru
Sekolah Cina, telah
memimpin satu
kumpulan ahli
yang dianggap
radikal untuk keluar
daripada MCA.
Pada
1971-1973, satu kumpulan
lagi yang
dipimpin oleh Lim
Keng Yaik, Alex Lee, Paul
Leong, Tan Tiong Hong dan
T.C. Choong yang juga
dianggap kumpulan
pendesak telah
menganjurkan satu
usaha melaksanakan
reformasi dalam
parti yang
mahukan amalan
demokrasi. Mereka
telah dikalahkan
oleh muslihat
kumpulan yang
lebih berpengalaman
pimpinan oleh
Tan Siew
Sin, Lee
Siok Yew,
Kam Woon
Wah, dan
Lee San Choon yang
menguasai jentera
parti dan
mempunyai hubungan
rapat dengan
UMNO. Kumpulan
pendesak itu akhirnya keluar
daripada parti untuk menganggotai
Gerakan.
Salah
seorang daripada
mereka Michael Chen
yang kekal
dalam MCA
akhirnya mencabar
Lee San Choon untuk
jawatan presiden
MCA pada
1979, Michael
Chen tewas
dan membawa
perkara itu ke
mahkamah .Akhirnya
beliau pun tinggalkan
MCA untuk
menganggotai Gerakan.
Antara
1983-85, selepas
Lee melepaskan jawatan
presiden parti,
berlaku pula satu perlawanan
antara pemangku
presiden Neo
Yee Pan
dan ketua
MCA Wilayah
Persekutuan, Tan
Koon Swan sehingga
membuatkan parti
itu berpecah
dua.. Neo
bertindak dengan
memecat dan
menggantung ahli
dan juga cawangan
dan bahagian
parti. Tan
bertindak mengemukakan
saman dan
injungsi mahkamah . Muncullah
dakwaan dan
tuduhan
pengundi hantu
dan ahli
hantu oleh
kedua-dua pihak
sehingga mendesak
persidangan mesyuarat
luar biasa
parti pada 1984
yang memberikan
kemenangan kepada
kumpulan Tan. Tan
tidak dapat
bertahan lama kerana
dia telah terlibat dengan
skandal Pan-El
yang berakhir
dengan beliau
dipenjarakan. Dalam
kemelut ini, Ling Liong Sik
dan Lee
Kim Sai telah
bersekongkol dengan
Tan Koon Swan. Mereka
muncul kemudiannya
sebagai Presiden
dan timbalan
presiden pada
1986.
Pada
1990, Lee
Kim Sai cuba
menjatuhkan Ling.
Satu pertandingan
terbuka dijangkakan
ketika itu tanpa
sebarang silu dan
malu lagi. Tetapi,
kemelut itu terpaksa
dibatalkan pada
saat terakhir.
Pada 1996, Lee
tewas dan disingkirkan
dan digantikan
oleh Lim
Ah Lek
sebagai timbalan presiden
yang baru.
Pelbagai
siri konflik
dalaman parti yang bersambung-sambung
dan berakhir dengan pemecatan
ataupun perletakan
jawatan menunjukkan
betapa rapuhnya
amalan demokrasi
dalam parti.
Namun, presiden parti mampu
merangkul kuasanya.
Seperti juga presiden
UMNO, presiden
MCA juga diberikan
kuasa yang luas
untuk melantik pemimpin
parti menjawat
tertinggi. Ini termasuk jawatan setiausaha
agung, bendahari
agung, dan
banyak jawatan tinggi
yang lain
lagi. Yang
menariknya,
presiden hanya perlu merujuk kepada
majlis penasihat presiden
dan tidak perlu
mendapatkan pandangan majlis
jawatankuasa pusat
ataupun dewan
perwakilan untuk
membuat keputusan
yang penting-penting. Begitulah
yang terjadi
kepada projek
pembelian Nanyang
Press Holdings
Bhd. yang melibatkan
RM230 juta.
Tamat.
Jumlah
pembaca:orang