DUN LIKAS: POLITIK IKUT-IKUTAN BN |
Janganlah berasa kecewa sangat apabila BN diisytiharkan menang dalam pilihan raya DUN Likas semalam. Itukankah telah diramalkan bahawa 'kerja hantu-hantu' UMNO yang menyebabkan hantu datang mengundi di sana. Biarkan mereka kalut dengan kemenangan mereka. Tetapi di sini kita ingin memberikan amaran bahawa semakin lama menguasai kerajaan maka semakin menyerlahkan kebobrokan para pemimpin UMNO di mata rakyat!
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Parti KeADILan kerana mampu memungut 1,724 undi berbanding 9,758 undi yang meningkat lebih 50 peratus diperolehi oleh Yong Teck Lee. Apakah peranan lebih 5,000 wakil UMNO dari Semenanjung dalam pilihan raya ini. Ini belum dicampur dengan UMNO Sabah. Saya pasti jumlah petugas UMNO yang bertugas di Sabah melebihi 10,000 orang. Jumlah ini agak menarik kerana ia mencetuskan beberapa perkara yang menarik iaitu majoriti kian bertambah di BN dan kedua, jumlah pengundian jauh merosot dari 68 peratus kepada 52 peratus iaitu kekurangan kira-kira 16 peratus dari pengundian semasa pilihan raya umum negara 29 November 1999. Jumlah ini adalah kira-kira lebih 4,000 undi.
Beberapa faktor yang perlu dianalisis dan diambil berat ialah:
1. Petugas UMNO bertugas sebagai kakitangan SPR
2. Terlalu
banyak petugas dibenarkan sedangkan jumlah pengundi kecil
3. Majoriti pengundi DUN
Likas belum menerima kemudahan internet
4. Terlalu banyak pendatang tanpa izin di Sabah
5.
UMNO/BN mengugut akan melucutkan kewarganegaraan jika tidak mengundi BN
Memandangkan infrastruktur yang tidak sebagaimana di Semenanjung yang boleh dihubungkan dengan mudah, maka adalah menjadi satu kesempatan apabila UMNO/BN menguasai sesuatu kawasan. Petugas UMNO boleh jadi mereka yang menguasai pengangkutan seperti bot atau kapal terbang. Maka ada kemungkinan ancaman boleh dibuat ke atas mereka yang ingin pergi mengundi. Ini mendatangkan rasa takut pengundi keluar mengundi.
Belum lagi nak dikaitkan dengan 'gangster UMNO' sebagaimana MIC lakukan di Parlimen Sg. Siput oleh ketuanya DS Samy Vellu. Pada pilihan raya umum negara, DS Samy Vellu mengundang beberapa kumpulan gangster MIC dari luar Perak dan terus menjadi ancaman kepada pengundi India di estet-estet, bahawa akan menerima padah jika BN kalah di Sungai Siput (U).
Petugas parti yang terlalu ramai dan dilaporkan ada menjadi petugas SPR membantu di beberapa buah Pusat Pengundian adalah satu pendedahan bahawa penyelewengan mungkin dapat dilakukan dengan mudah. Rasionalnya perkara ini dapat dibereskan dengan mudah, apa lagi di kalangan kaum bumiputera Sabah yang masih buta huruf dan masih mengikuti perkembangan TV semata-mata yang menjadi alat propaganda utama kerajaan.
Di sebalik yang lain pula jika diukur bilangan petugas UMNO/BN dengan pengundi BN, jelas bilangan petugas lebih ramai. Ini harus dipandang serius kerana penyelewengan akan mudah berlaku dan amat berbahaya apabila jumlah petugas yang terlalu ramai. Apa lagi jika parti-parti pembangkang tidak menyedari petugas SPR itu antaranya mereka yang terdiri dari ahli UMNO.
Majoriti rakyat Sabah belum tahu muslihat sebenar politik dalam negara dan isu-isu yang berkaitan dengan fitnah ke atas DSAI. Kebanyakkannya mereka adalah nelayan yang bergantung hidup penuh kepada laut dan tiada masa untuk membaca. Apatah lagi jika masih 'buta huruf' dan diikuti dengan kemudahan internet yang tiada. Maka apa-apa maklumat dan muslihat politik BN tidak dapat di dedahkan kepada mereka. Saya percaya jika dikatakan di Pulau Pinang berlaku telah berlaku kejadian amok dan ramai rakyat terkorban, maka mungkin mereka akan segera menerimanya.
Terlalu banyak pendatang yang menerima taraf kewarganegaraan juga adalah faktor yang mampu membantu UMNO/BN. Ini adalah kerana ugutan dapat dilaksanakan dengan mudah. Mereka yang enggan mengundi BN akan dihantar pulang dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia. Apabila rencana sebegini datang maka keputusannya pasti memihak kepada BN.
Pada hemat saya, tiada apa yang merubah warna politik negara sekarang biarpun Likas jatuh semula ke tangan BN. Ini adalah kerana majoriti rakyat negara ini sudah mengetahui tembelang pemimpin negara. Usahkan mereka yang bukan ahli UMNO, malah tidak keterlaluan juga jika dikatakan ahli UMNO sendiri sudah 'getik' dengan lakonan pemimpin terutama apabila menyebut taraf kedudukan ekonomi rakyat.
Kedudukan indeks pasaran saham memang tidak mencerminkan itu semua. Hakikatnya masa kini rakyat berhadapan dengan kenaikan harga barang dan taraf pengendalian kehidupan yang semakin mencengkam. Semuanya ini angkara BN kerana merekalah yang memegang kuasa selama 43 tahun dan masih gagal dalam serba serbinya. Dua puloh tahun lalu harga barangan tidak mendadak sebagaimana hari ini. Rakyat masih mampu menabung dan berjimat untuk hari depan.
Sebaliknya kini rakyat menjalani kehidupan melalui berhutang dan simpanan telah kehabisan akibat pelbagai pembiayaan yang tak sepatutnya berlaku. Rakyat Sabah memilih Yong Teck Lee adalah kerana politik ikut-ikutan BN tetapi rakyat di Semenanjung sudah memahami polemik politik yang berlaku dan kebobrokan Yong Teck Lee juga sudah didedahkan untuk analisis rakyat yang perihatin dengan kehidupan yang semakin malang!!
Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
Jumlah pembaca:orang