Pertelingkahan Mahathir – Daim : BA Merbok Bersiap Siaga!!! |
Pertelingkahan
antara Mahathir dengan Daim ini telah masuk ke Fasa Kroni. Sedikit demi sedikit kita
didedahkan dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kroni Daim . Bermula dengan kenyataan
Ling Liong Sik bahawa pihak pengurusan baru MAS sedang menyiasat akaun MAS dan memberi
jaminan jika terdapat penyelewengan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil
tindakan. Ini sebenarnya adalah merupakan satu ancaman dan amaran kepada Tajuddin dan Daim
sendiri supaya ‘ tow the line’ jika mahu selamat. Disamping itu juga , Ling menambah ,
jika kerugian MAS berpunca daripada pengurusan yang tidak cekap , tidak akan ada tindakan
diambil. Ini adalah merupakan satu jalan keluar yang disediakan oleh Mahathir kepada Daim
dan kroni. Jika Kamu Akur maka hasil siasatannya adalah pengurusan yang tidak cekap tapi
jika kamu semua tidak akur maka hasil siasatan akan menunjukkan terdapat penyelewengan
dalam sistem pengurusan MAS dan pihak yang terlibat akan diambil tindakan.
Maka kecut perutlah
Daim dan Kroni , khabarnya Daim telah pun meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Merbok sebagai tanda protes terhadap tindakan Mahathir tetapi tidak berani mengumumkannya kerana
tekanan Mahathir ke atas kroni-kroni dan juga Daim sendiri. Tapi soalnya sampai bila mahu
disorok perkara itu dari pengetahuan rakyat ? Sebab bangkai gajah lambat laun akan busuk
juga baunya .
Demi menutup mulut
Daim dan secara beransur-ansur cuba mengikis pengaruh Daim dan kroni , pengambilalihan
Renong pun dijalankan mula-mula dengan sejumlah RM3.8 Billion . Itu tidak termasuk
liabiliti Renong yang berjumlah hampir RM 15 B . Semuanya itu bakal membebankan rakyat
juga akhirnya. Maka supaya isu Renong ini tidak menjadi renungan rakyat disogokkan satu
isu sensasi iaitu Black Metal untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu sebenar Bail
out.
Kita bukan mahu
menafikan yang Black Metal itu merosakkan akidah tetapi kenapa baru sekarang ditimbulkan
isu tersebut sedangkan ia telah wujud sejak penghujung 80an lagi. Takkanlah pihak SB dan
Jabatan Agama
Islam tidak menyedari kewujudan ‘Cult’ ini.
Kepada BA bahagian Merbok
kita harapkan telah bersedia untuk bertempur sebab Mahathir akan memetik suis pada
bila-bila masa sahaja tidak lama lagi . Barang kali nak umumkan sekali kekosongan di
Tanjung Dawai yang dengar khabarnya teruk juga kesihatan YB Rusnah ‘Tomboy’ tu.
Kesan pertelingkahan
Mahathir-Daim itu kepada BA amat hebat sekali , walaupun kita saolah-olah mendapat
suntikan semangat tetapi rupa-rupanya tindakan Mahathir semakin ganas. Dia takut Daim akan
membocorkan rahsia nya sedikit demi sedikit kepada BA dan BA akan mengenengahkan perkara itu
dalam ceramah maka Mahathir pun mengharamkan semua ceramah Politik baik BA mahu pun BN
.Kononnya BN juga terlibat dengan pengharaman itu. Tetapi kita juga sedia maklum bahawa BN
boleh sahaja berceramah melalui TV , Radio dan Surat Khabar, sedangkan kita di pihak
pembangkang tidak mempunyai access lain untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada
rakyat selain daripada ceramah.
Jalan alternatif
lain hanyalah melalui internet tetapi soalnya berapa peratuskah rakyat Malaysia ini yang
mempunyai kemudahan internet atau berpeluang mengunjungi Cyber Café untuk mendapatkan
maklumat dan pandangan alternatif dari pihak pembangkang berkenaan sesuatu isu.
Maka adalah menjadi
tugas dan tanggung jawab saudara/I pembaca
untuk mencetak dan mengedarkannya kepada saudara-mara dan jiran untuk menimbulkan semangat
menolak BN menjelang 2003/2004 nanti.
Kitalah sebenarnya
menjadi penggerak utama kepada gerakan menjatuhkan BN ini. Sebarkan maklumat
seluas-luasnya untuk memangkinkan kesedaran menolak BN.
Kuburkan BN
!!!!!!!Reformasi…..3x.
Nur Suria
Jumlah pembaca:orang