Sah! Daim kini mungkin ke penjara

Oleh Ramlan Jantan

BUKAN sedikit e mail yang saya terima ekoran mencetuskan cerita kononnya Dr. Mahathir-Daim Zainuddin berkrisis. Ada yang mengatakan saya menabur fitnah dan tidak mungkin terjadi Daim-Dr. Mahathir berkrisis.

Berita kononnya Daim akan ditangkap, atau mungkin Dr. Mahathir akan disumbat ke penjara juga mencari bahan sindiran penulis-penulis lain.

Saya mempertahankan artikel dan tulisan saya itu dan terpaksa menulis lagi berkali-kali, kerana saya mendapat maklumat dalaman mengatakan hubungan renggang antara Dr. Mahathir-Daim sudah tidak boleh lagi diperbaiki.

1 Mei 2001, saya menulis lagi, bagaimana Tun Daim memanggil beberapa Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri ke rumahnya. Ini adalah kemuncak krisis diikuti dengan pengunduran anak Dr. Mahathir dari dunia korporat.

Hari ini, apabila sah Dr. Mahathir mengumumkan menerima surat perletakan jawatan Daim, saya bukan mahukan apa-apa pujian atau sanjungan tetapi sama-sama kita, di kalangan para penyokong dan pendokong reformasi, jangan mudah naik angin, panas kepala dan lekas marah. Sindiran paling ketara dilontarkan sebaik sahaja PM pulang dari Dubai dan Tun Daim masih tidak dipecat.

Sabar! Tidak mungkin apa yang saya tuliskan di ruangan ini menjadi kenyataan dalam sehari dua. Tetapi tidak mustahil juga kalau ia tidak jadi tetapi bukan bermakna penulis di ruangan ini adalah penulis yang menyebar fitnah atau menulis sesuatu yang tidak ada asas.

Tulisan-tulisan saya bersama-sama penulis Ummu Natasya nyata berkali-kali menyentuh tentang Tun Daim dan selepas ini kita akan lihat apakah Daim akan disumbat ke penjara atau Dr. Mahathir akan bergelar banduan.

Sabar! Berita ini mungkin sukar dipercayai, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Mereka sudah melakukan rompakan besar-besaran terhadap harta rakyat. Mereka mestilah dihukum. Ke mana mereka mahu melarikan diri. Hari ini mungkin mereka terlepas, esok belum tentu lagi.

Ingat! Bagaimana Daim memainkan tugasnya menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Cuba bertanya dengannya berapa wangnya digunakan untuk meletakkan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996. Bertanya kepada Khalid Jefri berapa banyak dia dapat duit dari Daim untuk membiayai bukunya 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM.

Tanya Yahaya Ismail berapa banyak wang dia dapat dari Daim untuk menerbitkan buku-buku politik yang bertujuan memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan cuba menafikan hal ini walaupun selepas ini mungkin Daim akan bersama-sama kumpulan reformasi. Daim perlulah menjelaskan kedudukan sebenar supaya “dosanya” dapat diampunkan oleh mereka yang dianiaya.

Sabar! Saya akan mendedahkan lagi pelbagai kepincangan Umno. Saya adalah orang yang mempunyai hubungan rapat dengan budak gila bernama Zahrin Yasin yang kini menjadi Setiausaha Eksekutif Umno Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak. Sayalah juga orang yang sama-sama ke tempat perlumbaan kuda bersama-sama penasihat undang-undang Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Embun yang gila talak. Jadi banyak rahsia yang saya tahu dari mereka, ketika mereka mengepit perempuan dan bertaruh dalam judi kuda. Gaji kedua-dua mereka ini, budak gila dan orang gila talak dibayar oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tunggu pendedahan yang akan saya buat sedikit demi sedikit. Inilah sumbangan saya kepada gerakan reformasi di Malaysia.

  -habis-

Artikel ini dibaca oleh:orang