Pilihanraya Kecil DUN Likas, Hangatkan Politik Sabah
Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang
membatalkan kemenangan Datuk Yong Teck Lee wakil
SAPP/BN dalam pilihanraya umum negeri tahun 1999 lalu.
Keputusan Yang Arif Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang,
adalah sebagai keputusan demi menegakkan keadilan dan
kedaulatan undang-undang. Kerana melihat kepada hujah penghakiman itu, antaranya: Pertama: Pengundi yang
tidak wujud dalam daftar pemilih telah mengundi.
Kedua: Ada rakyat asing telah mengundi di situ.
Ketiga: Melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Pilihanraya
1954, dan lain-lain.
Datuk Yong yang menang dengan majoriti 4,962 undi dalam pertarungan sengit lima penjuru itu dengan mengalahkan calun-calun lain dari PBS, Bersekutu, PAS, Setia dan Bebas. Kawasan DUN N13 Likas, adalah kawasan 50/50, maknanya tidak ada kaum yang dominan dari segi populasi penduduk. Bolehlah dikatakan situasinya sama seperti kedudukan DUN N34 Lunas di Kedah, yang dimenangi oleh BA dalam pilihanraya kecil akhir tahun lalu.
Pilihanraya kecil DUN kawasan Likas akan diadakan dalam tempoh 60 hari. KM Datuk Chong Kah Kiat telah mengumumkan bahawa BN akan bermesyuarat minggu depan khusus bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihanraya kecil ini. Pasti BN akan berusaha mempastikan kerusi ini terus kekal dalam tangan BN bagi mengekal wibawa BN negeri sebagai parti pemerintah pelbagai parti itu yang terdiri daripada UMNO, UPKO, PBRS, SAPP, LDP, MCA dan MIC. Selain itu, demi menjaga maruah KM selaku pengerusi BN negeri dan wibawanya sebagai KM baru. Walaupun, dari segi kedudukan parti kerajaan sekalipun kalah dalam pilihanraya kecil itu nanti, tidak akan merubah kuasa BN negeri. Tetapi hakikatnya pasti akan mencalit satu aib kepada parti gergasi BN Sabah dan UMNO sebagai tunjangnya yang sudah tiada power itu.
Maknanya kalah atau menang tidak akan merubah apa-apa kepada parti kerajaan (BN Sabah). Begitu juga kepada parti pembangkang di Sabah menang atau kalah, mereka tidak akan mampu menurunkan kuasa parti pemerintah. Tetapi, sekiranya parti pembangkang memenangi pilihanraya kecil ini, dari segi moral parti pembangkang sudah tentu meningkat di kalangan rakyat Sabah yang majmuk itu dan merupakan satu lampu hijau bagi menghadapi pilihanraya umum negeri akan datang yang dijangkakan pada tahun 2003 atau 2004 nanti.
Untuk pilihanraya kecil DUN Likas ini, kita mengharapkan parti-parti pembangkang di Sabah boleh bersatu bagi menawan kerusi ini atau sekurang-kurangnya memberikan tentangan sengit kepada BN Sabah yang dikepalai oleh UMNO. BA dan PBS hendaklah bersikap lebih jujur, telus dan bijaksana dalam menentukan siapa lebih wajar diutamakan bertanding di Likas. Pertandingan lebih dua calun lebih menguntungkan calun BN. Andainya boleh kita mahu satu lawan satu. Dan parti-parti BA atau PBS sebagai parti pembangkang paling berpengaruh di Sabah hendaklah bersatu hati, perbezaan kecil atau kepentingan kepartian sempit hendaklah diketepikan. Kita utamakan persamaan masing-masing iaitu menegakkan keadilan, membongkar penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang 'bermaharajakutty' dalam pemerintahan UMNO/BN. Dan kita bersatu untuk membela kepentingan rakyat, kedaulatan undang-undang, negeri dan negara, menegakkan kerajaan yang adil, demokrasi tulen, amanah dan ketelusan. Inilah nilai-nilai kita boleh bersatu.
Oleh itu, pilihanraya kecil ini adalah kesempatan kepada BA khususnya parti Keadilan, PAS, DAP dan PRM serta PBS. Untuk melakukan satu eksperimen kerjasama sebagaimana yang mereka lakukan di pilihanraya kecil Lunas di Kedah, Sanggang di Pahang dan Teluk Kemang di Negeri Sembilan.
Di Sabah, parti pembangkang boleh menang sebagai satu luar biasa dan kejutan. Tetapi tidak mustahil, parti pembangkang untuk menang, ini sudah pernah berlaku dulu, di kerusi parlimen Kimanis parti pembangkang menang (Parti Berjaya calonnya AK Aliudin, kalau tidak silap) dan DUN Tambunan parti pembangkang (calonnya DS Joseph Pairin) ketika itu telah memenangi, yang mengakibatkan KM Sabah waktu itu Datuk Harris Salleh telah bertindak atas dasar politik dendam telah menarik taraf daerah Tambunan, sebagai satu hadiah untuk rakyat dan pengundi Tambunan kerana mengalahkan calun BN/Berjaya masa itu. Kemenangan parti pembangkang di dua kerusi itu, adalah gerakan kesedaran rakyat di semua peringkat.
Walaupun dari congak sifir politik Sabah BN sukar digugat di Sabah. Namun, apabila rakyat dapat membuka hati, akal dan sikap jumud rakyat dapat dipecahkan dengan sebuah kesedaran politik baru. Kita lebih yakin BN boleh dikalahkan, syaratnya BN lebih bersikap gentlemen dan di atas semangat demokrasi sebenar serta tidak mengamalkan amalan politik wang, rasuah politik, memperkudakan instrumen kerajaan seperti RTM, Polis, Penerangan, Kemas dan lain-lain lagi.
Apa sekalipun situasinya, BA Sabah atau PBS hendaklah berusaha meletakkan calun benar-benar berwibawa, diterima semua peringkat dan bukannya mereka yang opportunis politik. Akhirnya, kita mengharapkan pilihanraya DUN Likas akan mengekori kemenangan pembangkang di Lunas.
Dari Sanggang kita ke Lunas
Di Lunas kita capai kemenangan
Kini kita melakar di Likas
Bersatulah, rakyat penentu kemenangan
BA dan PBS bersatu melawan
BN dan sekutunya tidak boleh diam
Kena gaya Likas BA, PBS tawan
BA dan PBS berkawan diam-diam
2004 tahun penentuan
Likas langkah pertama dan awal
Di DUN nanti BA, PBS menjadi tuan
UMNO/BN berpecah tak terkawal.
Sekian.
Ibn Sabah,
9.6.2001.
Artikel ini dibaca oleh:orang