UMNO WAJIB GULINGKAN MAHATHIR DEMI MASA DEPAN ORANG MELAYU
UMNO sudah lama sakit dan
sakitnya tiada berubat. Penyakit UMNO adalah UMNO tidak lagi diterima orang Melayu.Tambah-tambah lagi
Mahathir,icon UMNO yang sudah lapok dek zaman dan
dibenci oleh sebilangan besar orang Melayu. Namun itu Mahathir masih berperasan bahawa
orang Melayu masih sayangkanya.
Orang Melayu menolak UMNO kerana Mahathir. Kalau
dulu Mahathir dianggap sebagai satu aset UMNO,tetapi sekarang ini Mahathir sudah menjadi
satu liabiliti kepada UMNO. Penyakit UMNO yang menyebabkan ianya ditolak oleh orang-orang
Melayu ialah kerana jangkitan “virus” bernama “Mahathirisme” masih merebak dalam
sistem pendarahan UMNO. Walaupun beberapa langkah pencegahan diambil,namun “virus”
“Mahathirisme” sukar dihapuskan.
Demam “Mahathirisme” ini membuat
setiap ahli UMNO gusar apabila nama Mahathir disebut. Setiap tutor kata Mahathir adalah
amanah yang harus dituruti oleh ahli-ahli UMNO. Bila Mahathir bercakap ahli UMNO
diam,tunduk dan menganggok kepala menyetujui apa saja dikataknnya. Bukan saja ahli UMNO
kecut perut tetapi termasuk hakim-hakim,PDrM,Peguam Negara dan juga raja-raja Melayu
menggigil ketakutan bila berhadapan dengan Mahathir.
UMNO dulunya dilihat sebagai
wadah perjuangan orang-orang Melayu yang unggul bagi gulongan rakyat jelata yang terdiri
daripada kaum tani dan nelayan,penoreh getah dan drebar teksi,kaum guru dan kakitangan
kerajaan gulongan bawah dan menengah. Malangnya sekarang perjuangan UMNO lebih
mengutamakan kaum elit Melayu,gulongan Melayu atasan ,ahli-ahli koprat Melayu yang
terpilih dan beberapa kroni Mahathir tertentu seperi Vincent Tan,Ting Pek Ching,Ananda
Krishnan dan Eric Cheah.
Kalau UMNO begitu perhatin terhadap rasuah dan politik
wang,janganlah bertindak sewenang-wenang dengan menjatuhkan hukuman terhadap orang-orang
terpilih saja sedangkan penyakit rasuah dan politik wang itu juga berleluasa dikalangan
jemaah Menteri kabinet Mahathir. Ramai tokoh UMNO seperti Rafidah Aziz, Daim
Zinuddin,Najib Tun Razak,Megat Jonid,Muhamad Mohd.Taib,Khalil Yaakob serta beberapa orang
kuat UMNO lain juga perlu disiasat. Mengapa dan kenapa Mahathir mahu melindungi gulungan
kecil pempimpin-pemimpin UMNO ini menjadi satu tanda tanya?
Mahathir kerapkali
merayu dan menangis teresak-esak dalam setiap perhimpunan UMNO memujuk ahli UMNO jangan
mengamalkan politik wang dan rasuah. Tetapi, Mahathir sendiri telah mengambil wang rakyat
daripada tabung KWSP,KWAP,Petronas,Tabung Haji bagi digunakan dalam beberapa siri
“bailout” yang dilakukan terhadap syarikat anaknya Mirzan, MAS,LRT,TimeDotCom dan
sebagainya. Bukankah ini merupakan perbuatan salahguna kuasa yang dilakukan Mahathir ?
Pedulikah
Mahathir kepada wakil-wakil rakyat UMNO yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat?
Selama ini Mahathir melantik jemaah menterinya berdasarkan kepada siapa yang dia boleh
percya bukan kerana ketokohan seseorang ahli UMNO itu. Mahathir lebih rela ambil
tokoh-tokoh politik yang telah ditolak oleh rakyat seperti Aziz Shamsuddin,Dr.Abdul Hamid
Man atau orang-orang diluar parti seperti Datuk Musa Mohd. untuk menjadi Menteri.
Mahathir
tidak peduli tentang kewibawaan ahli kabinetnya. Apa yang diutamakan ialah kesetiaan dan
ketaatan orang pilihannya. Asalkan mereka boleh menjadi YES-mannya belaka sudah cukup dan
jangan pandai lawan towkay. Percayalah,wahai ahli UMNO sekalian,menteri kewangan yang akan
dilantik nanti bukanlah dikalangan ahli-ahli UMNO yang sedia ada tetapi seorang pendatang
baru ke arena politik UMNO yang baru-baru ini melepaskan jawatan sebagai Timbalan Governor
Bank Negara!
Mahathir juga telah memperkosakan sistem perundangan negara hinggakan
sebahagian besar hakim terpaksa menurut kehendaknya dalam memberi penghakiman. Pendedahan
seorang hakim mahkamah yang mengatakn bahawa beliau telah menerima panggilan telefon untuk
membatalkan kes petisyen pilihanraya tempoh hari adalah satu contoh bagaimana proses
perkosaan sistem perundangan itu dilakukanya dengan cekap dan teratur.
Mahathir
tidak gentar dengan apa-apa kerana segala-galanya berada dalam cengkamannya. Mahathir
menggunakan polis untuk mencegah kebangkitan rakyat menentang kezaliman. Mahathir
menggunakan undi hantu untuk memenangi pilihanraya. Mahathir menggunakan ISA untuk menutup
mulut pembangkan daripada membocorkan pelbagai rahsia dan kepincangan kerajaan Mahathir.
Laporan
Bank Negara menunjukkan bahawa dalam suku tahun pertama tahun 2001,Malaysia kehilangan
hampir $3 billion dalam simpanan luar negaranya dan kadar simpanan kita kian berkurangan.
Bursa saham kita naik turun pada kadar yang sangat membimbangkan,tiada langsung pelabur
asing yang masuk dalam bursa saham kita. Sektor industri mengalami kejatuhan sebanyak 6 %
dalam bulan Mac dan banyak kilang yang mula memperkecilkan urusniaga mereka,lantaran itu
ramai pekerja terpaksa diberhentikan.
Di saat ekonomi kita menguncup,tiba-tiba
menteri kewangan Daim Zainuddin letak jawatan kerana berseliseh faham dengan Mahathir
bukan pasal cara menangani masalah ekonomi dan kewangan negara tetapi disebabkan masalah
personal.
Mahathir sering menjadi bingung bila menghadapi masalah DSAI. DSAI
kerapkali menghantui fikiran Mahathir hinggakan kadangkala Mahathir tidak senang duduk.
Mahathir sedar bahawa dia bersalah dalam merancangkan kejatuhan DSAI.
Walaupun
Mahathir mengaku kepada seluruh dunia yang dia seorang saja tahu akan rahsia tidak
bermoral DSAI,Mahathir tidak mahu menceritakannya dimahkamah bila dipanggil.
Sebaliknya,Mahathir
berselindung di sebalik hakim suruhannya untuk membolehkannya tidak memberi keterangan di
mahkamah. Inilah jaguh ulung UMNO dan wira dunia ke-3 yang hanya pandai berkokok
berderai-derai,tapi punggong bergelumang tahi !!
Kredibiliti UMNO terletak ditangan
para perwakilan UMNO. UMNO tidak seharusnya bangga kerana kononya mempunyai seramai 3 juta
orang ahli,cuba semak daftar betul-betul takut-takut tinggal 3000 orang ahli saja
sedangkan bakinya adalah ahli hantu !!
Ahli UMNO seharusnya selamatkan UMNO
daripada diporak perandakan oleh seorang diktator tua yang sudah lapok.Kemerosotan
sokongan terhadap UMNO bukan kerana orang Melayu tidak suka UMNO tetapi kerana orang
Melayu benci kepada diktator bernama Mahathir !! Sudah tiba masanya untuk UMNO
gulingkan Mahathir demi masa depan orang Melayu.
ALI ALLAH DITTA
Jumlah pembaca:orang