Isham Rais : Pengalaman Seorang Wira marhaen
Yang Bergaya - Siri 5 (Siri Akhir)
Oleh :
Sheryll Stothard
(Dari Malaysiakini)Dalam
bulan Februari 1982, Belgium bersetuju untuk mengambil Isham sebagai penduduknya. Beliau
menghabiskan masa dua tahun berikutnya di Brussels, belajar di Universiti Leuven La Nauve
dan menjalani semula kehidupan sehari-hari yang separa normal.
"Saya mula
menulis surat kembali, berhenti memalsukan dokumen perjalanan saya dan memasuki
negara-negara asing secara haram. Kawan-kawan mula melawat saya….."
Pada
tahun 1984, Isham berpindah ke London kerana beliau mahu mempelajari bidang pembuatan
filem. Sehingga waktu itu, beliau mengakui, beliau tidak lagi mengikuti perkembangan
isu-isu di Malaysia dan dari itu menjauhkan diri dari politik.
Beliau berjaya
menamatkan pengajian di dalam bidang pembuatan filem itu di Central London Poly ( "
Poly ini telah berlagak dan kini menamakannya sendiri sebagai University
Westminster") dalam tahun 1991. "Filem tamat pengajian yang saya buat dipanggil
'Serigala jadian Malaysia di London'," beliau ketawa. Hasilnya begitu teruk sekali
sehinggakan saya terpaksa membayar kepada mereka agar tidak bertanya sebarang soalan
mengenainya."
Aktivis yang bergaya di Malaysia ini telahpun mengorak
langkah ke satu lagi perjuangan yang bergaya - mengarah filem.
KEPULANGAN :
Proses
untuk Isham kembali ke Malaysia bermula semasa tempoh beliau tinggal di London. "Jomo
dan Syed Husin Ali yang telah meyakinkan saya untuk pulang."
Jomo bersetuju :
"Saya telah memberitahunya untuk sekian lamanya yang ia mesti pulang. Oleh kerana
saya yang memujuknya untuk mendalami bidang perfileman, secara peribadi saya merasa
bertanggungjawab terhadap dirinya."
Apabila Parti Komunis Malaya dan kerajaan
Malaysia menandatangani surat rasmi perjanjian damai dalam tahun 1990 dan "ancaman
komunis" telah tiada lagi, Isham merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk beliau
pulang ke tanah air. Beliau, bagaimanapun, tidak pernah terlibat memikul senjata di
Malaysia. Hanya perkara yang berkaitan dengan tuduhan Tasik Utara yang masih belum
diselesaikan.
Pada tahun 1993, beliau menulis kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri
dan mendapat maklumbalas yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, beliau telah
diberitahu di London oleh seorang pegawai di jabatan Perdana Menteri yang beliau akan
ditangkap sekiranya pulang ke Malaysia.
Dalam bulan Mac 1994, kawan lamanya
Kamarazaman Yacob mengunjunginya di London. "Beliau membantu saya menulis sepucuk
surat dan dan membawanya bersama kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, 'Semuanya telah selesai, pulanglah.'
"Zaman datang ke London
dalam bulan November dan membawa saya pulang."
Selepas hampir dua dekad,
Hishamuddin Rais pulang ke Malaysia pada 19hb.November, 1994.
'Saya telah
mengharapkan agar masa akan menemukan saya dengan sesuatu yang baru tentang wawasan yang
jelas. Saya mahu melupakan masa muda saya, bersalin kulit atau seumpamanya, dan di dalam
tempoh sementara itu, saya akan mengurangkan pelayaran saya mengikut perubahan keadaan,
percaya tentang kekurangan anak muda/ - kemarahan yang lemah dan penghinaan yang
menyelubungi kegembiraan yang menakjubkan, tetapi semakin menghilang.' - Rehman Rashid, 'A
Malaysian Journey (1993)'.
KEMENANGAN DI ATAS PENGORBANAN:
Apabila
Hishamuddin Rais pulang dalam bulan November 1994, perbandingan dengan seorang lagi orang
buangan Malaysia yang bergaya, Rehman Rashid, yang telahpun pulan dua tahun lebih awal,
tidak dapat dielakkan. Kedua-duanya adalah bekas pelajar MCKK, kedua-duanya adalah tokoh
yang dikatakan tidak pernah berbuat sesuatu yang salah dan yang sering menjadi ikutan di
zaman mereka (walaupun untuk alasan yang berbeza), kedua-duanya telah ditanyakan tentang
isu Hang Tuah-Hang Jebat oleh Cawangan Khas (SB) dan kedua-duanya telah meninggalkan
negara dalam bulan Oktober. (Alasan di sebalik perkara yang terakhir yang kebetulan sama
ini menjadi misteri kepada saya sehingga ke hari ini).
Apabila Rehman meninggalkan
Malaysia, beliau masih muda. Isham mengahbiskan masa selama 20 tahu di luar negara; Rehman
pula, dua tahun. Isham pulang . Isham pulang dengan kesibukan perundingan bersama
kerajaan. Rehman? Memetik dari bukunya, beliau berkata, "Apabila sampai masanya untuk
kembali, lalu, adalah lebih baik saya melakukannya secara tanpa disedari, menyelusup masuk
melalui sempadan bagaikan seorang pencuri." Adalah sesuatu yang ironis apabila
kemasukan semula Rehman ke dalam negara ini menyamai cara bagaimana Isham meninggalkan
negara.
Rehman Rashid, sudah tentu, tidak pernah menjadi seorang pelarian yang
melarikan diri dari sebarang tuduhan pihak polis, dan dari itu, boleh menyusup masuk
"melalui sempadan bagaikan seorang pencuri" pada bila-bila masa yang
dikehendakinya. Isham pula dari segi teknikalnya masih seorang pelarian yang melarikan
diri dari undang-undang. Dalam pada itu, beliau berusia 22 tahun di Malaysia. Pemergiannya
dalam bulan Oktober 1975, beliau memberitahu saya, selama 20 tahun, adalah kerana
"berpegang kepada prinsip".
Perjalanan yang jauh kembali ke pekan
kelahirannya dan pengembaraan ala-Ulysses kelihatannya, buat rakyat Malaysia yang biasa,
merupakan satu pengorbanan besar yang perlu dibayar hanya untuk membuktikan sesuatu.
Mengimbas kembali ke masa lampau, tindak balas ganas dari sayap kanan yang menyusul sebaik
sahaja berlaku tunjuk perasaan pelajar dalam tahun 1974 telah membuatkan apa yang berlaku
ekoran dari itu seumpama kemenangan di atas pengorbanan.
Beberapa kali semasa
beliau mengingati kembali kehidupan 20 tahunnya itu saya terfikir bukankah lebih mudah
buat Isham untuk pulang sahaja, selesai tinggal di Kamunting dan teruskan
"perjuangan" di sini. Di akhir temuramah, saya bertanyakan soalan ini kepadanya,
mengenepikan soalan yang lebih besar tentang 'kewajaran' tindakannya.
"Tidak,
saya tidak boleh. Saya percaya saya bertanggungjawab terhadap satu generasi. Saya mewakili
pelajar-pelajar yang menaruh kepercayaan kepada saya. Saya tidak boleh menyerah dengan
sebegitu mudah," beliau menjawab, bersungguh-sungguh. Terfikir juga apa yang akan
berlaku seandainya Isham tidak berjaya melepasi sempadan tersebut, seandainya beliau
memilih untuk tinggal di sini, ditangkap dan dihantar ke Taiping bersama Anwar, Zaman dan
Adi Satria.
Beliau mematahkan lamunan 'seandainya' saya itu tanpa berlengah lagi,
"Apa guna membuat andaian? Saya telah kembali dan itulah hakikatnya. Saya akan
menjadikan hidup saya penuh dengan kegembiraan. Saya tidak akan menyesali apa yang telah
saya lakukan sebelum ini."
WIRA ATAU PENJAHAT :
Kemudian saya membaca
di akhbar politik Melayu tentang khabar-khabar angin yang Isham telah dipelawa untuk
menyertai Pemuda Umno. Selepas itu, Jomo memberitahu saya, "Saya tidak fikir Isham
akan memasuki dunia politik. Kini beliau telah kembali, mungkin beliau akan melibatkan
diri dengan bidang perfileman. Saya dapat melihat beliau menjadi tokoh budaya yang agak
penting sekiranya beliau mendapat sokongan."
Kemudian, peguam Dominic
Putucheary, yang mewakili Anwar Ibrahim semasa beliau berada di Kamunting, memberitahu
saya, "Saya dapat melihat banyak tentang diri saya pada mereka (aktivis-aktivis
pelajar tahun'74) dan idealisme mereka."
Kemudian, ayah saya, juga seorang
bekas graduan UM, memberitahu saya, dengan marahnya, "Itu disebabkan kamu, pihak
media, yang menjadikan seseorang itu sebagai wira atau penjahat. Orang ini hanyalah
seorang pelarian yang telah kembali semula."
Kemudiannya, seorang kawan
bertanya kepada saya, "Jadi, adakah kamu bertanya kepadanya sama ada semua itu adalah
sesuatu yang wajar?"
Saya tidak pernah menanyakan soalan itu kepada
Hishamuddin Rais. Jawapannya pasti begitu jelas sekali. Tidak seperti orang buangan yang
lain, tidak seperti Rehman, tiada langsung penyesalan dalam suaranya apabila beliau
menceritakan kisahnya, dan tiada pula kebimbangan tentang masa depan. Tiada alasan pun.
Beliau
menghapuskan keraguan saya dengan sikapnya yang tiada langsung rasa menyesal dan takut.
Kini terpulang kepada saya untuk memutuskan sama ada saya perlu terus mengejar cita-cita
khayalan berdasarkan pengalaman beliau; mempertahankan mitos (dongengan) itu, atau untuk
meruntuhkannya dan mendedahkan beliau sebagai "pelarian yang kelebihannya
dibesar-besarkan" seperti anggapan ayah saya terhadapnya. Mitos (Dongengan) dicipta
dari persepsi (daya tanggapan) - sebagaimana yang terjadi kepada penjahat. Kita menjadikan
diri kita seperti pejuang suci, tertekan oleh penindas ghaib, takut akan kegelapan.
Kita yang mendongengkan pengalaman kita, menggunakan orang seperti Hishamuddin Rais
sebagai alat, untuk menebus kembali rasa tidak selamat kita sendiri.
Dengan
kesedaran ini, saya menyedari sekarang bahawa bukan tugas saya untuk menilai patut atau
tidaknya beliau hidup dalam buangan. Kini, saya akan memberitahu teman saya, "Baca
kisah tentang dirinya. Dan buatlah keputusan sendiri."
KELAS '74 UNIVERSITI
MALAYA :
JUN 1971 :
Bantahan umum Anwar Ibrahim terhadap Akta Universiti dan
Kolej 1971 pada satu mesyuarat MLSUM. Kejadian ini kemudiannya disebut di dalam perintah
tahanan ISAnya dalam tahun 1975 di bawah "pertuduhan fakta #5 sebagai seruan kepada
"gerakan berkaitan militan". Response Anwar, melalui peguamnya Dominic
Putucheary : "Bukanlah sesuatu yang ganjil kepada pelajar-pelajar untuk mengimpikan
bahawa pelajar-pelajar dapat bersatu, kerana, tidak ragu-ragu lagi, dengan bersatu,
pelajar-pelajar akan mempunyai kuasa yang tertentu; dan adalah tidak adil untuk mengaitkan
kehendak ini sebagai suatu motif untuk menghasut pelajar kepada gerakan militan atau
keganasan semasa apa yang dipanggil tunjuk perasaan terancang yang tidak pun
berlaku."
JULAI 1971 :
Tunjuk perasaan yang diketuai oleh Anwar-PKIM
bagi membantah lawatan PM Thailand ke KL di Lebuh raya Persekutuan. Isunya adalah :
Layanan buruk terhadap orang-orang Islam di Selatan Thailand. Antara yang tertangkap
adalah Anwar, yang kemudiannya dibebaskan tanpa tuduhan tiga hari kemudiannya.
1972
:
Pengambilalihan kepimpinan Majlis Belia Malaysia oleh Anwar. Penyandangnya, Tunku
Abdullah, tidak bertanding menentang Anwar bagi merebut jawatan Presiden.
OKTOBER
1973 :
Isu [erang Tujuh Har idan PLO. Tunjuk perasaan pertama pada 13hb. melibatkan
hanya kurang dari seribu pelajar yang dikepalai oleh Anwar. Mereka menerima habuan gas
pemedih mata. Tunjuk perasaan kedua adalah lebih besar yang dianjurkan oleh MBM melibatkan
3000 orang di Kedutaan Amerika dan Pusat Lincoln. Bendera Amerika dibakar, batu-batu
dilontar ke arah Pusat Lincoln dan pelajar mendesak agar Pusat itu ditutup. Menteri Dalam
Negeri Ghazalie Shafie meyakinkan untuk menenangkan kumpulan yang ramai itu dan
mengurangkan ketegangan. Anwar kemudiannya mengetuai pelajar-pelajar ke Masjid Negara yang
tidak jauh dari situ untuk bersembahyang
SEPTEMBER 1974 :
Insiden
Tasik Utara. Penangkapan Isham dan lain-lain pelajar yang menyertai tunjuk perasaan di JB
telah mencetuskan bantahan di UM. Pelajar-pelajar di bawah kepimpinan presiden PMUM,
Kamarazzaman Yacob berdemonstrasi secara rasmiama tiga hari di hadapan pejabat Perdana
Menteri sebelum mengambilalih kampus dan bahagian pentadbiran. Menjelang malam, berlaku
"rampasan semula" oleh, menurut Kamarazzaman, presiden Persatuan Bahasa Melayu
Aziz Shamsudin, yang menyerahkan semula UM kepada Ungku Aziz. Kesatuan pelajar diharamkan
secara rasmi - dan bangunan kesatuan pelajar ditutup.
3 DISEMBER 1974 :
Isu
petani miskin di Baling. Demonstrasi dibuat di hadapan Kelab Selangor. Anwar ditahan di
Masjid Negara, dibebaskan oleh pelajar-pelajar dan kemudiannya ditahan semula apabila
beliau pergi ke balai polis untuk menjamin keluar rakan-rakan pelajar.
4 DISEMBER
1974 :
Pelajar-pelajar UM dan UKM berkumpul di bulatan yang berada di luar tidak
jauh dari pintu masuk ke UM
untuk tunjuk perasaan membantah penangkapan Anwar. Rapat
umum diadakan di DTC. Antara jurucakapnya adalah kakitangan akademik termasuk Dr. Syed
Husin Ali dan Tunku Shamsul Bahrin.
5 DISEMBER 1974 :
Syed Husin Ali, Tunku
Shamsul, KS Jijhar dan Lim Mah Hui dari UM dan Sabiha Abdul Samad dati ITM ditahan di
bawah ISA. Bantahan semakin meningkat di Lembah Pantai.
6 DISEMBER 1974 :
Psukan
polis mula mengambilalih tugas operasi dan meletakkan anggota yang bersenjatakan M16 di
sekitar UM dan UKM. Topeng-topeng gas pemedih mata menjadi aksesori harian kepada
pelajar-pelajar yang telah dikepong.
8 DISEMBER 1974 :
Operasi Mayang. Adi
Satria, Ibrahim Ali (presiden kesatuan pelajar ITM), A.Rahman Rukaini (UKM) dan Selamat
Ahmad Kamal )USM adalah di antara mereka yang ditangkap. Isham Rais, Kamarazzaman, Abu Zer
Ali dan Yunus Ali berjaya menyelinap keluar dari kampus ke sebuah 'rumah selamat' Timur
tengah. Pada minggu berikutnya, lebih banyak tangkapan telah dibuat. AUKU 1971 dpinda.
Kamarazzaman ditahan di Seremban dan menyertai Anwar, Syed Husin Ali, Adi Satria dan
lain-lain lagi di Kamunting, Perak. Abu Zer menghilangkan diri ke dalam hutan. Beliau
secara rasminya masih bebas. Isham menyembunyikan diri sehingga bulan Oktober 1975 apabila
beliau menyelinap keluar dari negara ini melalui sempadan Thailand. Yunus kembali semula
ke universiti, dan terlepas dari tangkapan.
Tamat
Terjemahan : SPAR
09
Nota : Pada 10hb. April 2001, Isham telah ditahan di bawah ISA, yang membenarkan
penahanan tanpa dibicarakan, kerana dituduh terlibat untuk menggulingkan kerajaan melalui
"cara militan".
*********************************************************************
Penulis
SHERYLL STOTHARD adalah Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada asalnya beliau
menulis rencana di atas untuk majalah 'Men's Review' bagi bulan Febuari dan Mac 1995.
Jumlah pembaca:orang