IWK
Gunakan Tukang
Kutip Hutang?
(IWK
engages debt collectors)
Satu ketika
dulu, Indah Water
Konsortium Sdn. Bhd.
(IWK) merupakan
salah satu
bahagian empayar
niaga seorang
peniaga yang
tidak ada
tolok bandingnya
seantero dunia,
Vincent Tan namanya.
Semakin ketara
kini, apa
yang satu
ketika dulu
dianggap cengkaman
kuasa peniaga
hebat itu,
sudah pun
semakin terlepas
daripada genggamannya. Kecuali
McDonalds dan
segelintir syarikat pilihan yang masih
mengeluarkan telur emasnya.. Empayar
niaganya sudah semakin
dihentak ancaman
Akta Syarikat,
lebih deras
daripada yang
dijangkakan.
Satu
ketika dulu; IWK
bertukar tangan
dalam proses
penswastaan laksana
seorang bayi yang
tidak ada
yang betul-betul meminatinya
disebabkan dua
perkara: harga pembelian
mereka dulu
begitu tinggi
sekali sehingga
tidak mungkin
dapat menebus
modalnya. Kedua,
IWK beranggapan
bahawa ia
mempunyai kuasa
munisipal sebaik
sahaja ia mengambil
alih perkhidmatan
munisipal yang
diswastakan itu. Akhirnya
IWK menunjukkan
proses penswastaan
yang gagal
segagalnya, kerana ia
bukannya diilhamkan
untuk berjaya
dan terpaksa dipulangkan
kembali kepada Ministry of
Finance Incorporated.
IWK tidak pernah
menjalin perjanjian
kontrak dengan tuan punya rumah yang
kini mereka kejar
untuk dapatkan
bayaran kepada
khidmat kumbahan. Kini ia
menggunakan kaedah kesamsengan
untuk mengugut
bayaran itu sambil
mengancam memotong
bekalan air kalau bil kumbahan
itu tidak dilunaskan. Ia
juga terus
mengeluarkan bil kepada
penghuni rumah
yang tidak wujud
dan enggan
memberikan penjelasan
bagaimana mereka
menghitung caj yang
dikenakan itu.
Saya
terperanjat membaca
satu artikel
di New Straits
Times bertarikh 26
Jun, 01 - betapa
IWK yang
kini di bawah pengurusan baru
(kerajaan) telah
mendapatkan khidmat
pengutip hutang
untuk melunaskan
sejumlah RM260
juta yang
bertapuk selama ini.
Mulai 1
Julai, kita
akan ditageh hutang oleh
IWK walaupun kita
tidak berhutang kepadanya.
Saya telah menerima
tiga bil
daripada mereka
dengan menggunakan
tiga nama, tidak
satu pun merupakan
nama saya, tetapi
hutang tertunggak itu
terus ditambah
juga. Saya
telah meminta
mereka menunjukkan
kontrak perjanjian
saya untuk
perkhidmatan mereka
itu. Mereka
gagal menunjukkannya.
Khidmat
pelanggan IWK
seperti yang
disediakan oleh tuan punya
yang lalu,
memang bersedia menunjukkan
ugutan seandainya
anda culas
membayar. Kalau
kerajaan mengarahkan
anda membayarnya,
anda tidak
mempunyai pilihan
lain. Tidak
perlu diwujudkan
perjanjian. Lagi tinggi
tahap pangkat
orang yang
anda temui
untuk menyelesaikannya,
lagi mudah anda
berbalah sehingga
mencetuskan kemarahan
juga. Anda akan
diberi khutbah mengenai
semangat nasionalisme
dan pengajaran
mengenai kekurangan
bekalan air. Tetapi,
apakah kaitan
semua itu
dengan keperluan
membayar bil
perkhidmatan yang
tidak pernah saya
minta, adalah sesuatu
yang memeningkan kepala.
Memang lebih
mudah bercakap
kepada dinding.
Lagipun mereka
enggan memberitahu
kenapa tidak ada
sebarang perjanjian dengan
saya seperti
yang wujud
di antara
saya dengan TNB, Telekom,
Maxis dan
pelbagai penyumbang
perkhidmatan yang
lain.
Ketua
pengarah IWK,
Suhaimi Kamaralzaman, pernah berkata:
IWK akan
melancarkan kempen kebangsaan mengenai
kepentingan kumbahan...”untuk
mendidik bagaimana
sistem kumbahan yang
pincang akan
menjejaskan rakyat
jelata....dengan cara pencemaran
punca bekalan
air.” Dia akan
menggalakkan para
pelanggan melunaskan
bil tertunggak
mereka. Tetapi, bagaimanakah dia mempunyai
pelanggan sedangkan mereka tidak
pernah merelakan
diri menjadi
pelanggannya? Bagaimana
caranya beliau
mendapatkan mereka?
Saya
hanya menjadi
pelanggan IWK
dengan kerelaan
saya. Suhaimi
tidak boleh
bertegas saya
seorang pelanggannya
tanpa kerelaan
saya. Kalau wujud
kontrak antara
saya dengan
IWK, lainlah
ceritanya. Tetapi,
saya tidak
mempunyai perjanjian
itu, bagaimana pula
saya berhutang kepada mereka.?
Walaupun kerajaan
ataupun beberapa
menteri berfikiran
begitu. IWK
masih tidak
dapat memberikan
penjelasan kenapa
saya dan
berjuta rakyat
negara ini mesti
membayar hutang
sedangkan tidak ada
sebarang perjanjian
mengenainya. ‘Caveat
emptor’ adalah hukumnya.
Selagi anda
tidak menandatangani
sebarang perjanjian dengan
IWK, anda
tidak berhutang apa-apa. Seandainya
ada pengutip
hutang yang
berlagak bagak
untuk menagih
hutang, laporkan sahaja di
balai polis
yang berdekatan.
Tamat
Jumlah
pembaca: orang
Diterjemahkan
oleh SPAR01