Perhebatkan Demo Petang Sabtu

Di sini saya ingin menggesa dan mengajak marhaen Malaysia meluangkan masa supaya beramai-ramai untuk menghadiri perhimpunan aman secara besar-besaran setiap Demo Petang Sabtu diadakan tak kira di mana anda berada untuk memberi satu mesej yang jelas iaitu rakyat Malaysia tidak puas hati dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang jelas membelakangkan kepentingan marhaen. Sudah tiba masanya kita perlu tukar gear kedua kepada gear ketiga. Maknanya ialah semakin ramai rakyat Malaysia diharap dapat turun padang berdemo secara aman. Sudah tiba masanya protes dan bantahan dilakukan dengan lebih aktif lagi. Protes dan bantahan akan berjaya dengan adanya kerjasama penuh dari seluruh lapisan masyarakat. Kita mahu penyertaan marhaen dalam demo lebih ramai pada DPS yang telah diadakan pada bulan lepas.

Sesungguhnya saya memuji kesabaran marhaen Malaysia dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang dihadapi dengan penuh tabah. Saban hari, marhaen ditindas dengan segala macam dugaan seperti kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, wang rakyat menerusi Petronas, wang royalti, EPF dirompak oleh Mahathir dan pengumuman kadar dividen EPF dan Tabung Haji yang rendah.  Saya percaya tak kira apa agama kita anuti, kita diminta banyak bersabar. Kesabaran ialah separuh dari iman. Ini memang benar tetapi kita harus ingat sabar memang penting dalam kehidupan kita, namun saya percaya kesabaran ada batasannya ada hadnya. Ada perkara tertentu yang kita boleh bersabar dan kita sememangnya tidak boleh bersabar dengan kerenah UMNO/MCA/MIC yang jelas gagal membela nasib rakyat Malaysia. Adakah kita mahu terus bersabar dan ditindas oleh pemerintahan kejam kerajaan Barisan Nasional dan sanggupkah kita tunggu sehingga tahun keramat tahun 2004 untuk menumbangkan Mahathir (diktator tua). Kalau nak tunggu sampai 2004, saya rasa masa itu negara kita sudah hancur angkara perbuatan Mahathir.

Oleh itu apa yang kita perlu tunggu lagi, ayuh semua reformis tak kira tua muda dan semua bangsa diajak turun padang secara beramai-ramai membantah pemerintahan kejam, zalim dan tidak adil kerajaan Barisan Nasional. Kita mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Kita mempunyai hak untuk bersuara. Kita mempunyai hak untuk menyampaikan mesej tidak puas hati kita terhadap segala macam penindasan, yang terbaru ialah kenaikan tariff air yang tidak munasabah langsung. Anjing-anjing kurap, FRU dan SB peliharaan Mahathir dan Dollah Badawi tidak berhak menghalang sebarang perhimpunan aman diadakan. Contohilah polis dan tentera di Indonesia dan Filipina yang tahu membezakan antara betul dan salah. Kepada anjing kurap, FRU dan SB, Tuhan sentiasa mengawasi tindakan kamu. Kalau kamu masih ingat kepada Tuhan yang Mahakuasa, pandai-pandailah kamu apa yang kamu harus lakukan dan apa yang kamu tidak harus lakukan.

LTL