TAG 052

Terjebak
(In Bad Company)

S. Jayasankaran 
FEER  Issue  Cover dated  March 8,2001-02-17

Razali   Ali nampak tertekan kerana cuba  menyorokkan  perasaan  kehampaannya. Sebagai  ketua ekskutif  Jabatan  Khidmat Kewangan, Commerce  Asset  Holding, dia cuba memberi  penjelasan kenapa  syarikatnya terpaksa bertindak mebeli  balik saham  syarikat   (di pasaran bebas).  “Nilai  sebenar  saham  syarikat  kami tidak   seperti  yang  tertera  di pasaran   sekarang,” demikian  kata beliau  pada  satu  persidangan  akhbar  pada Februari 26.

Betul juga,  satu  tahun  sudah  berlalu; Commerce   sudah  pun   menguasai sepenuhnya   Bumiputra-Commerc  untuk  menjadi  bank  ke-dua  terbesarnya  di Malaysia.  Sahamnya  telah  jatuh  merudum  hampir 40% kepada  7.35 ringgit ($1.93).  Tidak   mungkin  nilai   itu  dapat  naik dalam  masa  yang  singkat.   Daripada  25   syarikat   sekuriti   di  Malaysia, hanya  6 syarikat  yang sanggup   memberikan status  “buy (beli”)  kepada   saham  itu --  yang   lain  mengsyorkan   “sell (jual)”  ataupun   menggunakan  perkataanyang sedikit  berunsur  lemah  lebut yang berbunyi  “hold (pegang)  yang   mempunyai   makna yang sama untuk  mencampakkannya  sahaja.

Inilah  dia  paradoks  yang  menghantui  Commerce. Inilah gambaran  betapa  para  pelabur menyisihkan  sebuah  syarikat   yang mempunyai   pengurusan yang baik dan teruji tetapi  terpaksa membuat peminggiran  itu  kerana  adanya  kesangsain   terhadap  tuanpunya  syarikat  itu. Commerce   adalah  dipunyai  oleh dua  pemegang   utama saham  syarikat  yang   mempunyai   hubungan  politik   yang   hebat  yang   menentukan  perjalanan   masa depannya.  Renong  memilikki  12%  dan  kumpulan   The  New Straits  Times  Press  (NSTP)  memilikki   13%.  Kedua  konglomerat  cuba   beralih  angin dan mahu   menjual  saham mereka untuk   membayar  hutang  yang bertapuk.  Ini   bererti  sebahagian  besar   saham Commerce akan  dilambakkan  dan sudah  tentu  perkara   ini  akan  menyesakkan  harga  saham  itu.

Pemegang   besar  ke-3  ialah  kerajaan  yang memilikki  32 peratus.  Pada 1999, kerajaan   telah  menggalakkan   Commerce  mengambil alih  Bank  Bumiputra   yang pernah  dibantu  untuk  dibaikpulih sebanyak  tiga  kali  dengan   belanja  rakyat  marhaen   berbilion ringgit  banyaknya.  Penggabungan   Commerce dan  Bank  Bumiputara dapat  dijanjikan apabila kerajaan setuju  mengambil alih segala hutang  lapuk  dengan  nilai  semasa.  Setakat  ini Commerce telah  menjual  hutang  lapuk kepada  kerajaan  sebanyak   10 bilion ringgit.

Terdapat   banyak  masalah untuk maju. Jumlah  sumber  manusia   melonjak menjadi  11,000 banyaknya dan  kos saraan  setara dengan  46% daripada  pendapatan, berbanding  dengan   35% yang   merupakan  purata industri  perbankan. Tetapi, pembuangan  tenaga kerja  merupakan perkara sensitif kerana melibatkan orang  Melayu.  Bank  Bumiputra adalah didominasi oleh   orang  Melayu. Commerce mampu  mengurangkan  2,000 pekerjaan mengikut   taksiran  para  analis.  Tetapi, ini adalah  sesuatu yang  mustahil  memandangkan   keadaan politik masakini.  Razali  telah  menyatakan  betapa  “lembaga  pengarah  masih  belum  membuat sebarang tindakan”  mengenai   rencana  pengurangan  tenaga.  Dengan  lain  perkataan, proses  pengurangan  tenaga  akan  mengambil  masa yang  panjang dan  masalah  ini  memang  telah diambil  kira dalam  harga saham  Commerce.

Keresahan Commerce yang  menonjol  kini  ialah  pendedahannya  kepada   proses apongan  yang sedang  dilaksanakan.  Pada  Februari, Renong  telah mencadangkan untuk  menjual  22% pegangannya  dalam   industri kommunikasi  yang  berkaitan  dengan  Time doCom,  kepada  para  pelabur  dengan harga 1.69 bilion  ringgit. Sepuluh  buah  bank yang  dipenghulukan  oleh  unit merchant-banking  Commerce telah  menjalankan    kerja-kerja  ‘underwriting’ (menjamin  dan menanggung penjualan   saham  sesebuah  syarikat  dengan  mengambil  alih  setiap  saham  yang   tdiak laku dijual – penterjemah) 

Sebanyak  75% tawaran  ini  tidak  laku kerana sambutan  yang dingin. Perkara  ini tidak  menjadi  masalah  kepada  Renong  kerana ia tetap  menerima wang yang  diperuntukan  kepada  nilai  jualan sepenuhnya  daripada  kumpulan  ‘underwriters’( yang  menjamin dan menangung kerugian  yang  mungkin timbul   -  penterjemah).  

Para  penganalis yang  mengamati   tawaran  itu  merasa sangsi   apakah  serba  mungkin  Commerce sebagai penanggung penjualan itu  akan  akhirnya   menampung  segala kerugian  apabila  saham-saham tawaran itu  terus tidak  terjual.

“Kalau saham-saham itu  terus  tidak  laku  di hari  utama tawarannya, katalah pada  harga satu ringit,  kami  fikir dalam situasi  yang  paling buruk commerce perlu  membuat peruntukan  (menampung  kerugian)  untuk  sekurang-kurangnya  sebanyak  100  juta  ringgit,”   kata  Gan  Kim Khoon, ketua  penyelidik di  Arab Malaysian  Securities  Kuala  Lumpur. “Itulah  sebabnya  terlalu  banyak pendapat negatif  mengenai  saham tersebut.”

Malahan,  kesan yang  disebabkan  oleh Time dotCom  ke atas penyataan kir-kira  Commerce merupakan  soalan yang  paling  hantat di  persidangan akhbar  pada  Februari  26,  dulu.  Pihak  pengurusan  Commerce cuba  mengelat  dengan  jawapan  sebenar dengan  berkata “  ah....kita   mempunyai upaya  mengendalikannya”--  yang  tidak  memberi  sebarang  makna  kepada  para   analis dan  pelabur.

Sepatutnya   mereka   bersikap  lebih  terbuka.  Sumber   yang  dipercayai  di tahap  atasan  telah  mendedahkan  betapa Commerce telah ‘sub-underwrote’ (menjamin  dan memegang gadaian) kebanyakan   saham  TimedotCom yang diperuntukkan kepada   agensi kerajaan, supaya tanggungan (exposure)  mereka boleh  menjadi kurang  daripada  20 juta  saham.    Ini merupakan  ‘habuk’ sahaja  dalam   tawaran  lebih daripada  400  juta  saham  dan sudah  tentu  tidak akan  menjejaskan penyata  akaun commerce  seandainya  berlaku  kegagalan  menjualnya  semuasekali.

Penyenaraian  saham baru  itu akan  mampu   melunaskan  hutang  lapuk  kumpulan   Renong  yang  berharga  hampir 4 bilion  ringgit.   Sebahagian  daripadanya  akan  menjadi  angka-angka  yang mencantikkan  penyata  akaun  Commerce, akhirnya. (Kumpulan  itu    merupakan  pemberi hutang  terbesar  kepada Renong  --- tetapi  Renong tidak pula  mempunyai  sebarang wakilnya dalam lembaga Commerce)

Mungkin  juga salah satu  sebab  kenapa Commerce   merana  adalah  disebabkan tiadanya  ketelusan  dalam operasinya.  Tetapi, itulah  hakikatnya yang  sebenar. Memang  terlalu  banyak rintihan  mengenai sikap  beberapa  syarikat di Malaysia  yang  terlalu   bergantung  kepada  sokongan politik   dan  juga  kerajaan  untuk  terus  bernafas sehinggakan ia  menyakitkan  hati  dan  perasaan  sesiapa sahaja mengetahuinya.

Saham-saham  beberapa  syarikat  yang  dipayungi  Renong sedang  diniaga di pasaran  saham dengan  diskaun antara 30% hingga 70% daripada  nilai  asetnya.   Walaupun  Commerce  diuruskan  bebas daripada   pengaruh  Renong dan  telah  meraih  keuntungan yang  berpada – sebanyak  519  juta  ringgit  bagi tahun berakhir  Disember 31, 2001 dan merupakan pengingkatan  sebanyak  34%  daripada  tahun  sebelumnya -  Commerce  masih  lagi  dicemarkan  oleh kisah  aib  yang  sama.  Memang  patutlah  kenapa  Razali  semakin menjadi resah  dan  gelisah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 3/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<