TAG 053

Risikan
(Intelligence)

Issue  cover-dated  March  8, 2001.  

Tentera  Amerika   Membantu  Rapatkan  Hubungan

Pegawai  tinggi   angkatan  tentera Amerika Syarikat sedang berusaha  meredakan  keadaan  tegang   hubungan  Amerika    dengan  Malaysia.   Hubungan   antara Washington-Kuala  Lumpur  berada  dalam keadaan dingin  apabila  Perdana  Menteri Mahathir  Mohamed menyingkirkan  timbalannya  Anwar  Ibrahim  pada  1998 dengan tohmahan  korupsi  dan  kelakuan  sumbang.  Anwar kini  dipenjarakan  selama  15  tahun setelah  didapati  bersalah  (oleh mahkamah  kera – penterjemah). Admiral  Dennis  Blair, ketua  utama angkatan tentera  Amerika  di Rantau  Pasifik  telah  membuat  lawatan  pada  bulan  Januari dan   dipelawa  untuk   bertemu  Mahathir. Inilah   pertama-kalinya  komander   angkatan aramada  Pasifik  bertemu  dengan  perdana  menteri  Malaysia.  Lawatan  itu akan disusuli  oleh  Jeneral  Richard Myers,  timbalan  pengerusi  U.S  Joint  Chiefs  of Staff. Mengikut  pendapat  beberapa  orang diplomat Asean, Jeneral  Eric  Shinseki, ketua  utama   angakatan  tentera  Amerika,  dijangka  tiba  di akhir  tahun  ini untuk  menyertai satu seminar yang akan dihadiri  oleh semua  ketua   tentera   Asia  dan  Pasifik.  

Pekerja   Uzbek di Korea

Pekerja  Uzbekistan telah   menjadi  pilihan  syarikat  multinasional  yang mahu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan  dua  janakuasa  letrik di  Korea Utara. Merka akan  menggantikan  pekerja  tempatan  yang berbalah  mengenai  gaji mereka  hingga  Pyongyang   turut menuduh syarikat  multinasional   sengaja  mahu melengahkan kerja-kerja  mereka. Penganalis barat  berpendpat, tindaka syarikat  multinasional  adalah  cara mereka  membalas helah Pyongyang. Oleh  kerana  Pyongyang   memang ghairah  mahukan  matawang asing, tindakan  itu  tentunya  terpaksa  diterima  dengan  memeram  rasa.  KEPCO,  Korean  Peninsular  Energy  Development  Organisation,  telah mendapatkan   250  pekerja  Uzbek  itu  untuk  memulakan  tugas  merekapada awal  Mach.  Demikian kenyataan   seroang  jrucakap  kepada  konsortium  yang  dianggotai  oleh  syarikat  Jepun,  Korea  Selatan  dan Amerika  Syarikat. Namun,  pegawai  itu  masih sangsi apakah  pekerja  tersebut  dibenarkan  memasuki  Korea  Selatan.  Pembinaan  itu  dilaksanakan  di bawah satu  perjanjian  yang ditandatangani pada  1994 di antara Washington dan  Korea   Selatan,  di  mana  Pyongyang  bersetuju  membekukan   rancangan   nuklear  dengan  bersetuju  membina dua  reaktor yang menggunakan  konsep ‘light-water’.   Korea  Utrara  telah  membekalkan 200 pekerja  tetapi  separuh darinya  telah  diundurkan  awal  tahun  lalu  kerana  mahukan kenaikan  gaji  sebanyak  lima  kali ganda  daripada pendapatan  bulanan  mereka  sebanyak  $110 dollar.

Tommy   Akan  Dinafikan  Hak  Minyak  Yang Baru

Kesian  Tommy  Suharto!  Walaupun  hanya  satu   telaga  ujian  yang   sudah  digerudi,  masyarakat  industri  petroleum percaya  ExxonMobil  semakin hampir  menjumpai  satu  telaga minyak   yang  baru di blok konsessi Jawa Timur yang satu  ketika  dulu  dipunyai  oleh anak  Pak  Harto   yang  kini  masih  menjadi  orang  buruan.  Ada  laporan   mengatakan bahawa   kawasan  baru  itu  mungkin  mempunyai  kemampuan membekalkan 1  bilion  tong minyak. Namun  ia  masih bersifat   saqtu  spekulasi. Kalau  benar, ia  akan  merupakan  telaga  terkaya  di  wilayah   pulau  yang  sungguh  padat  penduduknya. Kumpulan   Humpuss   yang  dikuasai  oleh Tommy telah  membelanjakan $28 juta mencarigali bekalan  minyak  itu  sekitara  kawasan  1,670kilometre persegi  di  blok  Cepu, selepas  memilikki  hak  kerja  pada 1990.  Namun,   ia  tidak  mempunyai  teknologi  menggerudi  dalam-dalam di kawasan  yang pernah  mengeluarkan  minyak  tahap  permukaan  senjak  1920-an  lagi.  Ada  ssatu  petanda  yang  menjanjikan  sesuatu  yang  meyakinkan:  sumber  dalaman  menyatakan  ExxonMobil sedang  merancang  membina  satu paip  bekalan  sepanjang  60  kilometer   daripda  Cepu  kepada  Tuban  di  pantai Jawa Utara.   Kawasan minyak   terbesar   yang  pernah dijumpai  oleh  Indonesia sejak   tahun  kebelakangann  ini  hanya terdapat  di  kepulauan  Borneo.

Persidangan  APEC  Mungkin   Meransang  Perbincangan  WTO

Dewan  Perniagaan  Amerika  Syarikat  memang  ghairah  mahukan China  menyertai  WTO (World  Trade  Organisation - Pertubhan  Perdagangan Dunia) secepat yang  boleh kerana  takutkan  sebarang  kelewatan  akan menjejaskan  pertubuhan  itu. Dewan  itu  mengharapkan  persidangan  APEC   di Shangahi  pada  Oktober  ini, akan  memberi  ruang  untuk mempercepatkan perundingan.  Kesannya  dijangka dapat menceriakan puncak  WTO yang  dijadualkan  bulan  November. Tetapi,  sebagai  tuanrumah persidangan APECitu,China belum lagi  menjadi anggota WTO,   adalah tidak   mungkin APEC akan mencadangakan satu  pusingan perundingan  yang  baru  ataupun  menjadikan  isu  itu sebagai salah satu agenda mereka. Satu  delgasi  dewan Amerika  itu telah  melawat Beijing  pada Februari dan  membangkitkan isu  ini. Ia diberitahu  mengenai  keperluan  China  dalam meneruskan  sabsidi pertaniannya – inilah isu  utama  yang  menyekat kemasukan China  ke  dalam WTO

Lupakan  Soros, Usahakan  Gates

Thaksin Shinawatra  mahukan  hartawan  Microsoft, Pengerusi  Bill Gates   melawat Thailand dan  memberikan  ucapan  mengenai  teknologi maklumkat  (IT)  pada akhir tahun ini.  Wakil  kepada perdana  menteri yang terbaru ini akan  menyerahkan  kad  jemputan  itu pada persidangan  Microsoft  di Seattle  pada  awal  March,  demikian  kenyataan  para  penasihat  kanan  beliau.   Pelawaan  itu  muncul  sebaik sahaja  berlaku  pembatalan  lawatan  peribadi hartawan  kewangan   George  Soros  pada  Januri lalu, kesan  tunjuk  perasaan   oleh  aktivis anti-globalisasi  yang  mengugut untuk  mencemarkan lawatannya. Lagipun  pasukan  keselamatan  Thailand  tidak  dapat  memberikan  jaminan akan keselamatannya itu. Usaha  perdana  menteri  itu  bertujuan meredakan suasana retorik  yang dilakukannya  ketika  berkempen dalam  pilihanraya  yang  baru  sahaja  selesai.  Kemunculan  Gates  difikirkan  dapat menaikkan  janji Thaksin  untuk  merapatkan  jurang  perbezaan yang  terdapat di Thailand disebabkan   kemajuan   dunia  digital.  Seorang  penasihat  kerajaan telah berkata  Thaksin  menjemput  Gates  untuk  berucap  mengenai  teknologi   maklumat  dalam sistem   pemerintahan  yang  dapat  dilaksanakan   secara murah dan  termampu.

Usaha  Vietnam  Menyekat  Kebocoran Rahsia

Menepati  pembangunan  era internet, Vietnam  sedang  melakukan pelbagai  tindakan  untuk menyekat aliran rahsia dan maklumat  sensitif melalui elektronik. Artikel 15dalam  perundangan  baru Vietnam  mengenai rahsia  negara, telah diterbitkan  pada pertengahan Februari yang  memberi  ingatan  “sebarang  rahsia  negara  yang disalurkan  melalui peralatan  telekomunikasi  dan komputer hendaklah  dibuat dalam  bentuk  kod mengikut  peraturan  dan  menepati  perundangan yang  disediakan.”  Ordinans terbaru  ini menggantikan   peraturan 1991, tetapi  masih   gagal  menyekat  pihak  tertentu  di Vietnam mengirimkan   faks  dan emel  yang   panjang-panjang.  Sekaligus  ia  mencetuskan  tandatanya  rakyat  marhaen  mengenai  definasi  longgar   rahsia  kerajaan, yang termasuk  setiap  statistik  ekonomi  ataupun  perkara menyangkuti  parti komunis  yang tidak dilapurkan  oleh     media  massa  kerajaan.  Pada  Februari 27,  seorang  pegawai  kementerian  keselamatan  awam telah mengaku  betapa   adanya  pegawai  kerajaan yang  sengaja meletakkan  cop ‘rahsia’  keatas   artikel akhbar  asing yang  alihbahasakan  kepada  bahasa tempatan. Berapa  ramaikah  rakyat  Vietnam  yang telah didakwa  kerana  melanggar  peraturn  rahsia  ini? Mengikut  Mahkamah  Tinggi  Vietnam, jawapan kepada  soalan itu adalah satu  rahsia  juga 

India Memilih  Seorang  Diplomat  ke  Amerika  Syarikat

India telah memilih  seorang  diplomat  yang  paling berpengalaman  untuk  menjadi dutanya  terbaru  di Amerika Syaikat. Lalit  Mansingh  akan bertolak ke Washington pada  April  ini untuk  menggantikan Naresh Chandra yang   telah  dibayangi oleh  hubungan  dingin  dengan  Amerika  hasil  kejayaan  India  menguji  bom nuklear  pada  1998. Dengan adanya  usaha  merapatkan  hubungan  ekonomi  kerajaan Bush dengan New  Delhi, Mansingh  dijangka   mempunyai  masa yang  lebih  selesa. Beliau   yang  kini menjadi setiuausaha  luar negara,  telah  berkhidmat  di Washington  sebagai  timbalanketua  kedutaan   pada  1989-92. Bapa  Bush  menjadi  presiden  ketika itu dan Mansingh  memang  mempunyai ramai kenalan  di kalangan  pegawai  tinggi Republikan.  

Perjanjian  Perdagangan   Singapura-Amerika  Syarikat

Harapan  Singapura untuk  melaksanakan  satu  perjanjian  dagangan  bebas dengan  Amerika Syarikat  nampaknya   terbantut  juga  disebabkan berakhirnya  tempoh  kuasa  pentadbiran  Bill Clinton pada  Januari  lalu.   Pasukan perdagangan  bekas  presiden  itu telah berusaha  sedaya upaya  untuk   melaksanakan  tugas  itu tetapi  terpaksa  membantutkannya  apabila  diseranah oleh ahli Repablikan  yang  menuduh  proses  yang  sengaja  dibuat  terburu-buru.  Ramai  pemerhati  yang  beranggapan  perjanjian  itu  akan  terbengkalai sambil   menunggukan pasukan  pilihan  Presiden  George W. Bush  merangka   satu strategi  baru  bagi  urusan  yang  serupa.  Sebaliknya,  mengikut  para  diplomat  Asian, wakil  perdagangan  terbaru  Amerika Syarikat  Robert  Zoellick  telah berjanji kepada  Singapura bahawa  perundingan  baru akan  disambung semula  sebaik  sahaja Menteri  Perdagangan   dan Industri  Singapura  George Yeo  melawat Washington. Singapura  sedang  merundingakan   perjanjian  yang  serupa dengan  hampir semua  rakan  perdagangan terbesar  di dunia.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.3/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<