TAG  054

Teman   Ketawa   Yang   Berkurangan
(In  Indonesia,  fewer  laughs  for  president)
By:  Rajiv  Chandrasekaran  -  Washington  Post

Presiden  Abdurrahman  Wahid  memang  tidak  ambil pusing  mengenai  tatasusila  kasta.  Dia  merupakan seorang  yang  suka  bergosip  dengan mudah  menggunakan  kata-kata   yang  terpancar  di fikirannya, walaupun  dia  kerap  mengguris  perasaan  rakan  politiknya.  Puluhan  pemimpin  politik, tokoh  perniagaan  dan ramai  lagi  yang  pernah  menyokongnya  naik  menjulang  di puncak  kuasa  yang  ada  sudah  pun  bergabung  mahukan  beliau  mundur.

Wahid  memang  tidak  takut  berkonfrontasi  dengan para   saingannya walaupun dia  sudah tiga  kali  dihenyak  angin  ahmar  yang kini  sudah  pun mencemarkan  penglihatannya.  Namun,  dia  terus  menyibarkan  dakwah  toleransi  kepada  warga  negaranya  yang  kini  dimendungi  keganasan  etnik, keagamaan   dan  puak  pemisah  seperti  berlakunya  pembunuhan  kepada  400  pendatang  Madura di  Borneo (Kalimantan)  sejak  dua  minggu yang  lalu disebabkan  pribumi  Dayak  di situ.

Tujuh  belas  bulan  yang  lalu, ketika  beliau  mula  berkuasa,  beberapa  peragainya  yang  ganjil  itu  dianggap  sebagai  satu  asset penting, yang  membolehkannya  menangani  masalah  Indonesa  untuk  menerima  amalan  demokrasi  setelah  tiga  abad  dicengkam  pemerintahan  kuku-besi.

Ternyata,   kelakuannya  yang  seba  ganjil  itu  telah  menggugat  ketokohannya   sehinggakan  meruntun negara  yang  nombor  empat  ramai  penduduknya  di  dunia  ini,    menghadapi   satu  krisis  politik yang  mungkin  berakhir  dengan  tindakan  mendakwanya  di mahkamah dan  berkemungkinan  melakar  satu  peralihan  kuasa   yang  sungguh  menggelodak  sehingga  menjejaskan  stabiliti  keseluruhan  Asia  Tenggara.

Pada  bulan   yang   lalu,  parlimen  Indonesia  telah  memberi   amaran  kepada  Wahid  kerana  gagal  mengistiharkan  hadiah  bernilai  $2 juta  dollar  daripada  Sultan  Brunei  dan  juga  kerana  pembabitannya  menyalahgunakan  $4.1  juta   dana  agensi  pengagihan  makanan  kerajaan  yang  dilakukan oleh  orang-orangnnya   yang  mendakwa  mereka  bertindak  bagi pihaknya  termasuk juga  tukang  urutnya.  Walaupun  siasatan  telah   membuktikan  beliau  tidak   terbabit  secara   peribadi  dalam  dua  rancangan  penipuan   itu,  amaran  mereka  itu   akan  berkesudahan  dengan  tuduhan mahkamah  terhadapnya  tidak  lama   lagi.



WAHID  PERTAHANKAN   DIRI

Wahid  yang berusia  60 tahun  itu masih  bertegas  betapa  dia tidak  bersalah dan  enggan   mundur .  Dalam   satu  wawancara  terbaru, dia  berkeyakinan  bahawa   usaha  menghukumnya  itu  adalah  “dipelopori  oleh  golongan  elitis  yang  sengaja  mahu  mengkucar-kacirkan  negara.”

Sambil   duduk  selesa   di ruang  tamu  di istana  presiden,  Wahid  nampak  riang  sambil  memberikan  gambaran  bagaimana  dia  bertujuan  untuk   memulihkan  kuasanya.

Para  pengkritik   Wahid  berkata  dia  tidak  ambil  pusing  terhadap  pergolakan  politik,  ekonomi dan  masalah social  terutama  sekali  puak  pemisah  dan  kegaganasa  puak-puak  yang  berkemungkinaan mendesak   negara  itu  meniru  pergolakan  Balkan  dulu.


KRISIS

Semakin  ramai  para  pegawai  kerajaan  dan  analis  yang  berpendapat  bahawa Indonesia  tidak  mampu  meladeni  perangai  presiden  yang tidak  ikhlas  itu.   Ketika   krisis Borneo  (Kalimantan)   meledak , Wahid  telah   menolak  seruan   ahli politik  lain  agar  memendekkan  lawatannya  selama  15  hari  ke  Timur  Tengah  dan Afrika, dengan  berkata   bahawa  keadaan “ sedang  terkawal”  walaupun  ketika   para  perusuh  di kalangan  sukarelawan  pribumi  sedang  mengganas   memenggal  kepala  pendatang  sehinggkan  pasukan keselamatan lari  lintang-pukang.

“Ternyata  betapa  dia  gagal  menjalankan  tugasnya,” kata  Fikri  Jufri, penerbit  Tempo,  majallah  mingguan terbesar  di   negara  itu.

Di tahap  awal  kekuasaannya,  Wahid  telah  menerima   pujian  kerana   membebaskan  para  banduan politik   regim  Suharto , sambil  memberi kebebasan  kepada  akhbar  dan   memecat  ketua  angkatan  tentera  Jeneral  Wiranto   yang  telah  bertanggungjawab  kepada  kemusnahan  Timur-Timur.  Wahid  cuba  menonjolkan imej  negaranya  dengan  melakukan  beberapa   dozen lawatan  keluar   negara  di mana  dia  mampu  menarik  sokongan negara  tuanrumah  dan  berjaya  mendapat  sokongan   dan  bantuan  kewangan.

Kenikmatan  itu tidak   bertahan  lama  kerana  mengikut  beberapa  orang  yang rapat  dengannya,  Wahid  terlupa  betapa  dia  naik   secara “accidental  president”  sedangkan  parti politiknya  cuma  memenangi  11 persen  kerusi  parlimen.  Di Indonesia,  sesaorang  presiden  itu  dipilih  oleh  para  perwakilan, dan  Wahid  telah  berjaya  memintas  Megawati  Sukarnoputri dengan  meraih  sokongan  para  konservatif  dalam  parti  Islam  yang  lain,  yang  memang  tidak  berkenan  kepada  calon presiden  perempuan.  Megawati   menjadi  Timbalan  Presiden dan Wahid  telah  menubuhkan   satu  kabinet  campuran  yang  mengambil kira  ahli  parti  timbalannya  itu dan  juga  daripada   Parti  Golkar  yang  pernah memerintah  dulu  serta  beberapa  parti  islam  yang  lain.   Sayangnya,  Wahid  telah  meminggirkan  hampir  semua  rakan  kongsinya.


Wahid  telha  menyentuh   perasaan  Megawati   yang  mempunyai  saham  besar  untuk  menentukan  keteguhan  kuasanya, dengan   memungkiri  janji-janji untuk  memberikan  kuasa  mentadbir  urusan  harian   negara  dan dengan  berjenaka  mengenai  kelakuan  beliau pula.

“Sepatutnya  Gus Dur tidak  memusuhi  parlimen  ataupun  Megawati,” kata  seorang  bekas  penasihat  Wahid, sambil  menggunakan  nama  kemesraan  beliau. “Mana boleh dia  lakukan  semua  itu sedangakan dia  mempunyai  hanya  11 persen  kuasa  sahaja.”


Tetapi, Wahid  memang  amat  kerasan  mengeluarkan arahan   yang   tidak  boleh  dimungkiri, kerana  itulah   perjalanan hidupnya  selama  ini. Sebelum  menjai  presiden, dia  menguruskan  Nahdatul  Ulama, yang  mempunyai keahlian  30  juta  insane.  Inilah  organisasi  social  terbesar  di  negara  Islam,  yang  telah  diasaskan  oleh  datuknya  dan  diambilalih  oleh bapanya.  Walaupun   dia  memang  menunjukkan komitmen  terhadap  prinsip  demokrasi, namun  dia  mengetuai  NU  itu laksana  seorang  dictator  berhati  besi.

“Nahdatul  Ulama adalah satu  dinasti  keluarga,  di mana  apa  yang keluar  dari mulutnya  dianggap  kata-kata  keramat  belaka,” kata  penasihatnya  itu. “Gus  Dur  menganggap  Indonesia  laksana  satu  versi  NU  yang  terbaru.  Dialah  gurunya  dan  negara  itu  adalah  para  pelajarnya.”


Akibatnya,  dia  mudah  memberikan arahan dan  menukarnya  semula tanpa  memikirkan   kesan   politik  daripada  tindakannya.  Orang   yang  rapat  dengan  Wahid  berkata  bahawa  perangainya  yang  sukar  ditelah  itu  bermula  daripada  satu  serangan angin  ahmar  pada  1998. “Dulu  dia  memang  seorang  yang  berpendirian  tegas,” kata  seorang bekas  pembantu kanannya. . “Keadaan  sudah  berubah,  dia  mudah  tersentuh perasaan dan  merasa  kurang  selesa  dan mudah  melenting dan  menyerang. Dia  lupa  mengenai  masa  dan cara  menangani  masalah  secara  bijaksana. “

Oleh kerana  kadar  penglihatan  yang  terhad,  dia  bergantung  harap  kepada  para  pembantu  dan  ahli  keluarganya untuk  membacakan  akhbar, surat-surat  dan  laporan  rasmi. Mengikut  mereka  yang rapat  dengannya, kerja-kerja   itu bukannya satu  proses  yang  enteng.  Pernah  terjadi   satu  peristiwa  satu  minggu  sebelum  meledaknya  beberapa letupan  bom  yang  merobek  beberapa  gereja  di seluruh  negara  menjelang  Upacara  Krismas.  Jabatan  risikan  telah  menghantar  satu  laporan  kepada  istana  memberi  ingatan  kemungkinan    berlakunya   keganasan  menjelang  cuti  lebaran.   “Cara pengendaliannya  tidak  bersistem   dan  tidak pula  menyeluruh,” kata Greg barton,  seorang  akademik  Australia yang  sedanga   menulis  biografi  presiden.


Di kalangan orang   dalamannya,  hanya  tiga  insane  yang amat  dipercayai oleh Wahid: anak perempuannya  Yenny, yang  berusia  26  tahun,  adiknyha  Umar Wahid, seorang  pakar  perubatan;  dan  anak saudaranya  Syafullah  Jusuf,  yang  menggtuai  pergerakan  pemuda  NU  yang  mempunyai  pengkut   berjumlah  400,000  ahli dan yang telah  berikrar  untuk  mempertahankan  kuasa  presiden   dengan apa  cara  jua.

Para  pembantunya  berkata   Yenny,  bekas  pegawai penyelidik  akhbar yang tidak  ada  pengalaman   berpolitik,  merupakan  de fakto  ketua  staf,  yang  merancang  segala  jadualnya, menyaring  para  tamunya;  dan memilih  apa  yang  perlu  dibacakan  kepada  telinganya.   Beberapa  pembantu   berkata:  Yenny  kerap  mengenepikan  berita  buruk  daripada  pengetahun  bapanya  untuk  mengelakkan    bapanya terganggu  kerana  tekanan  darahnya  diawasi  empat  kali  setiap   hari.  “Dia  mahu mengembirakannya  dengan berita ,” kata  seorang   penasihat. “Dia  tidak mahu bapanya  berada  dalam   keadaan   yang  tertekan.”

Kebelakangan  ini  Wahid  nampaknya  lebih  berminat  dengan krisis  politik   yang  berbeza:  Bagaimana  Presiden  Harry  Truman  mengnyahkan  Jeneral  Douglas  MacArthur. Dia   telah  mendengar  buku audio  mengenai  peristiwa  itu yang  dianggapnya   persis  cara  dia  memecat   Wiranto.  “kita  ada  banyak persamaan,” kata Wahid sambil  mencadangkan   betapa  dia  seperti  juga  Truman akan  mewariskan  satu  legasi  selepas  lama  dia  meninggalkan  kuasa.

Sambil  mengakaui  bahawa  kepimpinan yang penuh keegoannya  itu  menjadi  penyebab utama  kepada masalah  yang  menghantuinya,  Wahid  telah bersetuju  untuk mendapatkan  khidmat  para  penasihat  poltik  yang  professional. “Saya  akan serahakan  semua  itu kepaa  pakar-pakar  utnuk  menentukannya,” kata  beliau.  “Kita  akan melihatkan   satu rupa  kuasa  presiden  yang berbeza  selepas  ini dan  seterusnya.” Tetapi, ramai  orang  yang  rapat  dengan Wahid, baik dulu, kini dan mungkin  selamanya memang  meragukan  kemampuannya  untuk  berubah  sikap.

Kata  seorang  bekas  penasihatnya; “ Usahlah  kita  mudah tertipu  memikirkan  betapa  dia  boleh dibentuk ataupun  berubah.”

   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
    6/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<