TAG 053

Ketua  Taliban  Merayu  Sokongan  Dunia  Islam
(Taliban  Chief  Seeks  Support  From  Muslim  World)

Ketua  Taliban, Mulla  Mohammad  Omar  telah  berucap  menyambut  ketibaan  Eid-al-adha  dengan  menggesa  dunia  Islam  menyokong  tindakannya  memusnahkan  lambing  kebesaran  kuno  pegangan  Budhisma  dna bersatu  menyokong  wawasan  Islam  beliau.  Veteran  perang  dan  juga  pengajar  Islam yang sungguh  licik  itu   telah   berkata  betapa  pemusnahan  patong-patong   berunsur  Budhisme di  Aghanistan  akan  diteruskan  disebalik  kutukan  keras  masyarakat  antrabangsa  dan  juga  protes  daripada  negara  Islam  yang  lainnya.   Beliau   berkata,  semua  patung-patung  termasuk  satu   bentuk  rupa Buddhas  di  provinsi  tengah  Bamiyan,   merpakan  “hanya satu  peratus”  daripada  warisan  sejarah  Afghanisatan.

Omar   menolak  kecaman  dunia  sejagat  dengan  mengatakan  semua  laungan itu adalah  satu  drama   yang  sepatutnya  dapat  dibaca  oleh  umat  Islam  “yang  berfikiran  waras”.

Oleh  kerana  kita  berusaha  memusnahkan  segara  patung-patung  palsu  ini,  seluruh  dunia   telah  menjadikannya  satu   drama   pula. Umat  Islam  sejagat  terutama  sekali  rakyat  Afghan  beragama  Islam harus  menggunakan   otak  yang  waras,”  demikian   lapuran  Radio Shariat  kelolaan  pasukan  militia ,  sambil   memetik  ucapan  beliau  itu.

“Saya  ingin  bertanya  kepada  anda, apakah  anda  sanggup  dicop  sebagai  pemusnah  patung  ataupun penjaja- patung?”

Pada  minggu  yang  lalu,  Omar  mengarahkan  rakyat  Afghanistan, memusnahkan  segala  rupa  bentuk berhala  di  Afghanisatn,  termasuk  tugu-tugu  yang  dibina  sebelum  zaman  Islam  dulu.  Tujuannya  ialah  untuk  mengelakkan amalan  pemujaan  mengikut  fatawa  yang  dikeluarkan  oleh  ulama  tempatan.   Kenyatannya  itu  menjadi   pemula  kepada  percutian  selama  tiga  hari  untuk  menyambut  Hari   Raya   pada  hari  Isnin.  Ia  muncul  sehari  selepas  duta  khas  UNESCO Pierrre  Lafrance   gagal  memujuk  kepimpinan  Afghan  untuk mengubah  keputusan  yang telah  mereka  isytiharkan.

Para  pegawai  PBBB  di  Pakistan  telah  berkata  Lafrance  masih  berada  di    Kandahar,  sebuah  kubu  pertahanan   di bahagian  selatan  Afghanistan .  Tetapi  tidak  diketahui  samada  perbincangan  dengan pihak  Taliban  masih  diteruskan.   

Menteri  Luar  Wakil  Ahmad  Mutawakel  telah  berkata  bahawa  sebaik selesai  pertemuannya  dengan  Lafrance  di Kandahar pada  hari  Ahad  lalu,  dia  tidak  nampak  sebarang  sebab  untuk  menghentikan pemusnahan tugu-tugu  itu. Demikian  yang  dilaporkan   oleh  Afghan  Islamic  Press.

Pemerintah  kerajaan  sejagat,  pelbagai    kumpulan  ekonomi  dan  politik  seperti  PBB, Kumpulan-8, para pemimpin  agama   termasuk   Dalai  Lama    telah   membuat  rayauan  agar  kumpulan  Taliban  memikirkan  tindakan   mereka  itu   semula.  Dunia  Islam  telah  menunjukkan  kesalan  mereka  terutama  sekali  Pakistan, salah  satu  di antara  tiga  negara   yang  mengiktiraf  regim  Taliban  itu  dan merupakan  sahabatnya  yang  akrab.

Beberapa  negara  Islam  dan juga pemimpin  agama  tealah  menasihatkan  betapa  toleransi  terhadap  agama  lain adalah  salah  satu  asas  ajaran  Islam.   Omer   yang  juga  dikenali  sebagai  Amir-ul-Momenin (Raja   golongan Mukmin) di kalangan  kumpulan  Taliban,   berpendapat  bahawa  isu  yang  sebenar  adalah  amat  jelas  dan  masyarakat  Islam    seharusnya  tidak  mudah  dipengaruhi  oleh  penganut  agama-agama   lain.

“Saya  mengajak seluruh  umat  Islam  agar  tidak mudah  melalut  dengan  suara  golongan  yang  tidak  mempercayai  agama  Islam,”  katanya.

“Golongan  kafirun  mahu  memadamkan  semangat  Islam  itu.”

Para  pegawai  Taliban  berkata   bahawa  “kerja-kerja”  pemusnahan  hampir  selesai,  dan  lebih  dua  pertiga   daripada   ribuan  tugu-tugu  yang  berunsur  sejarah  itu  sudah  pun  berkecaian. Mereka   berkata Tugu  Bamiyan-Buddhas,  yang  berukuran  165  kaki dan  34.5  tingginya, telah   pun dibedil  dengan  roket  dan  mariam  minggu  lalu, dan  akan  dihancurkan  menjadi  longgokan  batu-batan  dalam  masa   beberapa  hari.

Tugu  berhala  itu telah  diukir   dan  dilakar  daripada   batu  kapur  gunung  di bahagian  tengah  provinsi  di zaman  sekitar  abad  ke dua  dan  kelima  AD. Tugu   yang   lebih   tinggi itu  merupakan  tugu-tegak   Buddha  yang  paling  besar   di dunia.

Budhisme   menjenguk  Afghanistan   sekitar  abad  ketiga  Sebelum   Masehi   di  Wilayah   Bamiyan  yang   terletak   di pertengahan  Afghanistan.  Di situlah  Budhism  menegak  sehingga  terhakis  dengan  kedatangan  Islam  pada  pertengahan 0800.

 MT5/3/2001