TAG055 

Kenapa  Kerajaan  BN  Tidak Boleh  Ditumbangkan ?
(Why Shouldn’t  The BN  Government  Be  Toppled?)

Penangkapan  Ketua  Pemimpin  Pemuda  Keadilan, Ezam mencetuskan  satu  sinario yang tidak  masuk akal.  Satu  regim  yang korup telah  lama  mengelak daripada  ditumbangkan  dengan   menggunakan pelbagai  taktik menekan demokrasi dibiarkan terus  mencemar demokrasi itu  sebagai  satu  tipumuslihat   untuk  menangakp  seorang pemimpin  pembangkang yang telah berikrar untuk  menumbangkan  pemimpin  negara melalui kaedah  domokrasi. Apakah  ini  memeningkan?  Tidak, sebenarnya.

Ezam  baru  sahaja  melancarkan  satu  kempen berbentuk  nasional untuk mengerakkan ‘Kebangkitan    Menyelamatkan  Wang  Rakyat’, setelah  negara  inidipukau  dan  menjadi  jijik apabila kerajaan memperuntukkan berbilion  ringgit  untuk  pelbagai  usaha  menyelamatkan syarikat  para kroni pada  harga  tinggi yang tidak munasabah tanpa  sebarang  asas  yang  kukuh (yang paling  terbaru  ialah kes MAS dan Tajuddin Ramli, Halim  Saad  dan  Transit Aliran Ringan).   Oleh  kerana  media  massa tempatan  begitu  kecut sehingga  membisu  ataupun begitu  mudah  untuk  diputar-jerut  oleh parti kerajaan  yang  memerintah untuk  mendedahkan  kebenaran, Pergerakan  Pemuda  Front Barisan  Alternatif telah membuat  pendirian  untuk  melaksanakan kempen mingguan dari satu   negeri ke  negeri  lainnya  untuk  menyedarkan  negara  ini kepada  kesan dan bahana kerja-kerja  jijik terhadap  perbendaharaan  negara  milik  rakyat  itu.

Untuk  memerangi  kempen  ini, Mingguan  Malaysia, sebuah  akhbar  yang berlagak dengan megah  sebagai alat propaganda  parti  memerintah dan tukang-kacau, dengan pantasnya  mencetuskan  satu  suasana  untuk  mewawancara Ezam dan  kemudiannya  menuduh  beliau (Ahad 4 Mach) sebagai  telah  “mengaku  merancang pelancaran  demonstrasi secara menyeluruh  untuk  menumbangkan  kerajaan yang dipilih  oleh  rakyat.” 

Sebagai   tindakan  bersepadu  dengan Mingguan   Malaysia  itu,  pihak  polis  telah  menangkap  Ezab  pada  malam berikutnya (isnin 5 Mach) walaupun Ezam  telah  membuat  tindakan  pantas menafikan  pernah  membuat kenyataan  yang  ditohmahkan itu pada akhbar yang  sama di hari yang  berikutnya, Isnin 5hb.

Tindakan  menangkap  Ezam itu, menunjukkan betapa polis telah  melakukan  satu  kesilapan  yang besar  dari  pelbagai  aspek

Pertama, adalah tidak  menyalahi  undang-undang  untuk  menumbangkan sesuatu  kerajaan, kalau cara  melakukannya  itu menepati hukum perlembagaan. Dalam  hal  ini,  semua  parti   komponen Barisan Alternatif telah berikrar untuk  hanya menggunakan saluran perlembagaan  dalam  melaksanakan  perjuangan  politik mereka.  Memang  setakat  ini  belum  pernah mereka bertindak sesuatu  yang  mencemar perlembagaan. Tidak  juga  pernah ditunjukkan  sebarang kemungkinann melakukan tindakan yang  bertentangan  dengan  amalan  perlembagaan itu.

Kedua,  berucap  secara  terbuka  kepada  orang  ramai  dan berhimpun untuk  mendengar ucapan  itu  adalah hak setiap rakyat, samada perhimpunan  itu berbentuk politik ataupun  sebaliknya.  Malahan, pihak  polis yang  melanggar  peraturan perlembagaan dalam sikap  mereka  yang  berat sebelah dan sentiasa menghalang  himpunan rakyat  tajaan  parti  pembangkang  tanpa sebab yang  boleh  diterima akal.  Di  waktu  yang sama polis  sengaja  membiarkan perhimpunan  yang  ditaja oleh  parti  pemerintah, termasuk perhimpunan yang  sengaja berniat  untuk  menghasut pertelagahan kaum.

Ketiga, adalah  satu  prosedur  yang  salah  apabila  polis  menahan sesaorang  tanpa  penyiasatan  yang  menyeluruh, sedangkan  kesalahan yng ditohmah  itu adalah  berdasarkan   satu   kenyataan, yang  kesahihannya  memang  boleh  dipertikaikan. Prosedur  yang betul  ialah tidak  menangkap  orang yang ditohmah itu tetapi  menjalankan  siasatan dengan  menyoal  kedua-dua  pihak  yang  terbabit.

Keempat, menyatakan  hasrat  untuk  melanggar  undang-undang  bukannya  bererti  sudah  melanggar  undang-undang itu.   Hanya  dengan  melakukan  kerja  yang  bersalahan dengan undang-undang  itu barulah  undang-undang  itu  dicemari. Dengan  demikian,  kalau pun apa  yang Ezam  bercadang itu sesuatu  yang  bersalahan (walaupun   ia  tidak salah), pihak  polis tidak ada asas yang  munasabah untuk  menangkap  beliau  hanya  kerana  menyatakan niatnya. 

Di sebalik  segala penyalahgunaan kuasa  yang  disengajakan   oleh polis, apa pula  pendapat Badawi, menteri hal ehwal dalam negeri  (juga  timbalan  perdana  menteri) ?

Badawi  telah  mempertahankan  tindakan  polis  itu dengan  menuduh  Ezam  sebagai  satu “ancaman  kepada keselamatan  negara” kerana  membuat  kenyataan  akhbar  untuk “menjatuhkan  kerajaan  melalui demonstrasi”.

Pertama,  adalah sesuatu   yang  mengejutkan, tidak  bertanggungjawab  dan  tidak adil apabila Badawi sanggup  mengutuk Ezam  semata-mata  kerana  satu  kenyataan yang telah pun dinafikan  oleh Ezam sendiri. Badawi terpaksa  meminta  maaf  kepada  Ezam dan juga  kepada  rakyat   melainkan  beliau   mempunyai  bukti bahawa Ezam telah berbohong.

Kedua, siapakah   sebenarnya  yang  merupakan  satu  ancaman kepada keselamatan  negara? Adakah   Ezam yang berusaha  mendedahkan melalui berkempen  kepada  rakyat  marhaen segala korupsi yang terlalu banyak  dan  juga  salahguana kuasa di peringkat tertinggi seperti yang dilakukan  dalam  hal  pembayaran  1.8 bilion ringgit kepadaTajuddin  untuk  membeli saham MAS ; sedangkan  itu merupakan dua kali  ganda daripada harga  pasaran dan  tanpa  sebarang  penilaian yang  sah.   ATAU pihak  polis yang sebaik sahaja  menerima  laporan Ezam mengenai  penyalahgunaan  kuasa peringkat tertinggi, tidak  bertindak  terhadap   para  penjenayah  itu, tetapi  (sebaliknya)  menangkap Ezam atas kesalahan  bayangan, dengan  mengggunakan prosedur  yang  songsang? 

Apakah polis  kini sudah  diturunkan-taraf mereka  menjadi  kaki  pukul  kepada  parti pemerintah untuk  mengugut  dan  menghukum  para  reformis  yang berazam  menyelamatkan  negara daripada  pemimpin korup  dan   bajingan  dengan  cara  menggunakan  kemudahan   perlembagaan?

Mahathir  dan  Badawi  kerap  mengutuk  para  penunjuk perasaan  jalanan  sebagai  penyebab yang  membuatkan  pelabur lari  daripada Malaysia. Inilah  satu  kelentongan mega. Keadaan  negara  yang  ketandusan  pelaburan pada  masakini adalah disebabkan  oleh  pemerintahan Barisan  Nasional  yang  pincang.  Perdana  Menteri  terlalu  kerap  menonjolkan keangkuhannya  kepada  seluruh  dunia betapa  Malaysia  tidak pernah  menyesal  daripada  serangan  Krisis  kewangan  yang  melandanya.  Sebaliknya, keangkohan  beliau  memperakui  kelemahan  struktur yang  telah wujud  itu, Mahathir  telah berseronok   melaksanakan  pelbagai  siri  memperlekehkan  dunia Barat, laksana satu  gerakan  vendatta peribadinya  pula. Yang  paling  menghenyak  negara  akhirnya  muncul  juga  apabila  dengan  kejam  dan secara tidak  berperikemanusian   beliau  menghukum Anwar  Ibarahim. Lantas, segala topeng yang  mengabui dunia  betapa  Malaysia mengamalkan domokrasi itu  telah  termusnah  sama. Tidak ada  satu pun  institusi  negara  yang  bersifat demokratik  yang tidak dijamah oleh  Mahathir. Seluruh  dunia  kini  mengakui  bahawa  Malaysia  sudah  menjadi  sebuah  negara   tanpa  peraturan  undang-undangnya, di mana  polis  dan  sistem  perundangan  dijadikan jentera  untuk  menghukum  reformis  politik, dan  di mana korupsi  dan  salahguna  kuasa  semakin  berleluasa  dan dilakukan secara terbuka  tanpa  ada  segan-silunya. 

Di  sebalik  segala suasana  itu, beberapa himpunan  rakyat  marhaen  jalanan secara aman hanya  mampu  memberikan kilauan, bukannya  kegelapan  kepada  sinario  negara  sambil menyerlahkan harapan  kepada  dunia  luar  betapa hembusan reformasi yang  demokratik  di  negara ini masih bernafas  lagi.   Para   pemimpin  reformasi  yang berdedikasi  dan tidak mementingkan  diri  seperti  Ezam harus diberikan  penghormatan kerana  keberanian  dan pengorbanan, bukannya  dipenjarakan  dan didera sebagai “ancaman  kepada  keselamatan  negara” seperti  yang  ditohmah  oleh  Badawi.

Rakyat  yang  cintakan  negara ini  memang berhak  bertanya: “Kenapakah  kita tidak berhak menyingkirkan  pemimpin  yang korup, secepat mungkin?”  Kenapakah kita tidak boleh  berkempen secara  aman mengikut  cara yang ada yakni  melalui  himpunan  awam kerana  media massa dinafikan, parlimen disekat, polis  dan  kehakiman  wujud  memerangi  kita?  Apakah  Barisan Nasional mahu menutup  mulut  kita dan mahu kita  berdiam  diri  sambil ia  terus  merompak negara dan memufliskan  negara  dalam satu  suasana  dunia  yang  menuju  konsep  globalisasi  dan kemajuan  IT?  Terlalu banyak  kehancuran  telah dilakukan dan terlalu banyak masa  telah  digunakan  untuk membetulkan keadaan  agar  negara  dapat  mengharungi   cabaran sejagat, kita tidak harus  membazirkan  waktu  untuk  menukar  kepimpinann  yang ada.

Ada  beberapa  reformis yang  meletakkan matlamat untuk  menghumbankan   Mahathir  pada  tahun  ini. Mahathir  pun  memanggil  para pengkritik  beliau  itu  sebagai “penderhaka yang mahu  menggoncang negara dan  menumbangkan  sebuah kerajaan  yang dipilih  secara demokrasi sebelum  berakhir  tempohnya”.  Kerana  menggugat  demokrasi   ini   mereka  layak  dihukum.   Dengan  kata-katanya  itu Mahathir  menganggap bahawa dirinya  itu  adalah  Malaysia.  

Di manakah  letaknya kesalahan  meminta seorang  perdana  menteri undur  kalau dia  sudah menjadi bebanan kepada  negaranya?   Di manakah yang menyalahi perlembagaan  dalam  mendapatkan  pembabitan  rakyat marhaen secara aman yang membolehkan seorang  perdana  menteri  bertindak  melepaskan jawatannya? Kalau kempen untuk  mendesak  seorang  pemimpin  melepaskan   jawatannya itu dianggap  satu  jenayah, bererti semua  ahli  politik di Jepun sekarang  ini  harus  dihukum  kerana  telah berganding  bahu mahukan  Perdana  Menteri Mori  melepaskan  jawatannya. Begitu juga  dengan Presiden  Filipina  Arroyo  Macapagal dan  beberapa rakan  seperjuangan yang sepatutnya dihukum  kerana menderhaka  semata-mata  kerana  meminta  bekas  Presiden  Estrada  melepaskan jawatannya. Bukankah itu juga  yang  dilakukan  oleh  pemimpin  politik  Indonesia  yang  mahukan  Presiden Abdulwahid  ‘mundur’? Ataupun  rakyat  Peru  yang  baru  sahaja  menggulingkan  seorang  presiden  “yang  telah dipilih secara  demokrasi”.

Pemerintahan  otokratik selama dua  dekad  telah  membuatkan mata Mahathir  buta kepada perbezaan  di antara  dirinya  dan    Negara, sehinggakan   segala kritikan  salah-lakunya  boleh  diterjemahkannya  sebagai satu   penderhakaan  terhadap  negara.  Apabila seorang   pemimpin  telah mempunyai  pemikiran  bertahap  begitu, ia  adalah satu signal dan isyarat   bahawa insan  itu sudah  tidak  lagi  layak  memerintah dan mesti melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum banyak lagi  kemusnahan  yang  akan dilakukannya.

Di sebuah  negara  otokrasi  yang korup  seperti Malaysia, himpunan rakyat  marhaen hanya merupakan harapan  terakhir untuk melakukan  perubahan.   Selagi  rakyat  tidak  memberikan  sokongan  yang kuat  kepada  cara  berhimpun  secara aman  yang  mengikuti  saluran  perlembagaan itu,  masa  depan  Malaysia  yang lebih cerah  akan  terus  menjadi khayalan  semata-mata. Kita  mengharapkan  agar  rakyat marhaen sedar  akan propaganda  palsu  kerajaan   yang  menuduh   himpunan  reformasi sebagai  perosak  keamanan dan  pembangunan  ekonomi dan mengutuk  dengan  keras  cara para  reformis ditangkap dan  didera  seperti  yang baru  berlaku kepada Ezam dan beberapa ramai  pejuang yang lain.

Biarlah penangkapan  terbaru  itu  menjadi  satu rangsangan  untuk  memperhebatkan   gerakan  reformasi  ke  satu tahap  yang  lebih  tinggi  lagi.

-KimQuek-
8.3.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT9.3.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<