TAG056

Taleban Dan  Pemusnah  Patung-patungnya
(Taliban:  The  World Needs   The  Iconoclasts)

Oleh  Khalid  Baig- editor  Al  Balagh.Net

Seperti   yang  dijangkakan, keputusan  Taleban  menghapuskan  tugu  dan patung purba  di  negara  itu  telah  mencetuskan  satu  hingar-bangar di  seluruh  dunia.  Keseluruhan dunia tamaddun  yang dikepalai oleh PBB  telah  melompat  menjerit  serta  mengutuk  “jenayah  besar terhadap  tamadun”.  Pemimpin  dunia  telah  menggigil kerana  kemarahannya.  Kumpulan  Taleban  telah diberi amaran  oleh  PBB   akan  tercetusnya  ‘tindakan  yang  menghambat" kalau  mereka  terus  mencemarkan  batu-batu  suci  itu. Malahan  ada  seorang  pemimpin  yang  mencadangkan  agar  dihantar  satu   pasukan  tentera  untuk   menyelamatkan  patung purba  Buddha  yang  memang  sudah  terkepung  itu.

Alangkah  seronoknya  melihatkan  gelagat   para  juara  politik dan budaya  ini  menjadi  ghairah  dalam perkara  yang dianggap  tidak  bermoral  itu. Mereka menjadi naik angin  sambil  menonjolkan  betapa  sucinya  pendirian  hidup  mereka. Masalahnya  sekarang  adalah amat sukar  untuk  kita  sedar apakah  sebenarnya prinsip  hidup  mereka itu.

Apakah  mereka  benar-benar perihatin  dalam perkara perikemanusiaan? Bukankah  itu  juga  PBB yang   melancarkan projek  menzalimi dan membunuh  secara  beramai-ramai berjuta rakyat Afghanistan  dengan  melancarkan  sekatan terhadapnya?   Rencana  mereka  --  menafikan  hak  anak-anak  kecil kepada bekalan susu, yang kelaparan kepada  bekalan  makanan  dan  yang sakit  kepada  bekalan  perubatan – telah mereka  perincikan lagi  di  Iraq di  mana lebih  setengah  juta  manusia  mati kebuluran  mengikut  taksiran  PBB  sendiri.

Majlis  keselamatan  PBB  mula-mula sekali  menguatkuasakan  sekatan terhadap  Afghanistan pada Oktober, 1999. Sekatan  itu  diperketatkan  lagi  pada  Disember 2000 setelah  menerima tekanan  daripada Amerika Syarikat  dan  Russia.  Mengikut  global Policy  Forum  Reform,  sekatan  terbaru  itu  dikuatkuasakan  walaupun sudah  tersedianya satu  laporan  pada Ogos 2000 daripada jabatan  PBB  di “Office  of  Coordination  of  Humanitarian  Affairs”  (OCHA) yang  memberikan penjelasan  mengenai  kesan  negatif yang  menyelubungi  rakyat  Afghanistan    disebabkan   sekatan  itu. Ada   satu  lagi  deraf  laporan OCHA  itu  yang  mencatatkan  betapa “tidak ada negara  miskin  yang  lain  yang  pernah   dihenyak  begitu  dahsyat  seperti  yang  dilaksanakan  terhadap  Afghanistan.” Apakah  ini  yang  dikatakan  minat mereka yang  berperi-kemanusiaan?

Apakah  keperihatinan  mereka  itu  berunsur kebebasan   beragama. Kita  mesti  ingat  bahawa  kumpulan  Taleban  bukannya  memusnahkan lambang  beribadat  sembarangan ataupun  apa  juga yang   menjadi  kepunyaan  satu  tempat  ibadat. Walaupun  tidak  jelas  kutukan  yang  dicemuhkan,  kumpulan  Taleban  bukannya  melakukan  sesuatu  yang  bersalahan. Tugu  batu  purba  itu adalah  kepunyaan  mereka, dan tidak ada  sesiapa yang  memegang  surat  warisannya. Kalau  seseorang  membeli sebuah rumah  yang  dilengkapi   dengan  patung  berhala , di a mempunyai  hak  untuk  menyimpannya,  menjualnya, memusnahkannya ataupun  mencampaknya  sahaja.  Dengan  demikian,  sama ada  orang  lain  suka  ataupun  tidak  dengan   perkara  ini,  orang  Afghan  berhak  melakukan  apa  yang  mereka suka  dengan  gunung-ganang  mereka,  batu, dan  tugu yang ada di negara  itu  selagi  mereka tidak  mencetuskan  bahawa kepada  orang  lain.

Keadaan  menjadi  semakin  menarik  apabila  kita  mulakan  penelitian  terhadap  wibawa  kumpulan  anti-Taleban  yang  berkempen  mengenai  isu    kebebasan  beragama.  Cuba  kaji  India  yang  menjadi  ketua  percanggahan  sekarang, sedangkan  orang  yang  sama  sedang  memerintah  dan  mengepalai  satu  kumpulan  perosak untuk  menghancurkan  Masjid Babri   lapan  tahun  yang  lalu dan  membunuh  kira-kira 200  orang yang  cuba  menahan  hasrat  mereka.  Alangkah ajaibnya  apabila  pembunuh  yang  sama  bangkit  semula  untuk  melaungkan  kemarahan mereka   dengan  membangkitkan   isu  ‘jenayah  tidak  bertamadun  ini’.

.Memandangkan  prestasi  dan  rekod   “masyarakat  antarabangsa” terhadap  keinsanan  dan   kebebasan beragama itu sungguh  menakjubkan, marilah  kita  lihat  sesuatu  yang  lebih mudah  seperti  keperihatinan mereka terhadap  warisan  budaya.  Kesannya tidak  pun  menyelerakan. Kita  mesti  menyoal di manakah  penjaga  warisan   budaya  apabila  masjid,  khutub khanah, sekolah, bangunan  purba  dan  muzium  yang  kebanyakanya  berbentuk tugu  sejarah  yang  besar-besar  telah  dimusnahkan   di  Balkans.  Lebih  1200   masjid telah  dimusnahkan  di   Bosnia  oleh  kumpulan   fanatik Eropah  yang bergelar  Serbs.   Daripada  jumlah  itu  lebih  200   masjid  telah  dimusnahkan  di  Kosovo.  Yang  lebih  menyakitkan hati (berbeza  dengan  gelagat  Taleban)  mereka   telah   turut  membunuh  para   imam  dan  ulama  dan penghuni  di  sekeliling tapak  masjid  bersejarah  yang   mereka  musnahkan  itu.   Tentunya   mereka  melakukan  juga  segala  bentuk   jenayah   dan  vandalisme yang  dianggap  bukan  isu   sebagai  bahan  perbandingannya.   Sambil  semua  kejijikan  itu  dilaksanakan,  pelbagai  kumpulan  dan  penjaga   warisan  budaya  dan  kebebasan  agama  telah  berseronok  menggeledah  ruang  seni  setiap  muzium  yang  turut  mereka  musnahkan itu.

Kalau benar-benar  wujud  prinsip  kehidupan  di  sebalik  pendirian  berprinsip  yang  dilaungkan itu, bagaimanakah  kita  tidak  mampu  menelahnya?  Ada  satu  kisah  yang  berkecuali  di dalam Washington  Post  yang  cuba  mengenengahkan  satu  jawapan  kepada  persoalan  kenapa  Afghanistan  mesti  mewarisi  tugu  purba itu: “ Semua  bikinan purba  itu adalah hak  orang  Afghanistan.  Apabila anda  kehilangan   identiti  itu, anda   pun kehilangan  jiwanya  sekali.” Soalnya  sekarang,  semua  tugu  purba itu bukannya  identi  dan  lambang orang Afghanistan.  Malahan,   pendapat  itu  tidak  lain   daripada   satu  unsur   imperialisme budaya  yang  tidak  ada  nilainya. Identiti  orang  Afghanistan   terbit  daripada  kehidupan  dan  segala keperibadian  yang  tontonkan oleh  para  Nabi. 

Nabi  Ibrahim, a.s. telah  memusnahkan  segala  patung, walaupun  ayahnya  sendiri  adalah  seorang  pembuat  patung  unggulan. Dia  telah ditakut-takutkan  dengan  seksaan  para  dewata.  ( Hari  ini,  para  pengikutnya  sedang ditakut-takutkan  dengan  ancaman  ‘masyarakat antarabangsa’,  yang  membawa  makna  yang  sama).   Nabi  Ibrahim  tidak ambil  kisah.  Dalam  kedegilannya  itu  dia  telah  mendedahkan   patung-patung  itu  dan  kekejaman   para  penyembahnya. Kemudian,  di  Makkah dia  telah berdoa:

 “ Ya  Tuhanku, jadikanlah  negeri   ini (Mekah)    negeri  yang  aman damai  dan  jauhkanlah  aku  dan anak cucuku  daripada  menyembah  berhala-berhala.  Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu  telah  menyesatkan  kebanyakan  manusia, maka  barang siapa orang itu  termasuk golonganku, dan  barang siapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya   Engkau, maha  Pengampun lagi  Maha  Penyayang,” {Ibrahim  14:35-36}

Apabila  kumpulan  jahiliyah  menyerabutkan  Kaabah  dengan segala patung-patung  yang  mereka dirikan itu, Allah  telah  mengutuskan  Nabi  Muhammad (saw). Sekali  lagi  dia  telah  memusnahkan   segala  patung  di situ. Dia  tidak   pun menyimpannya  sebagai  warisan  budaya. Dengan  hayunan  penukul  dia   mengistiharkan, “Kebenaran  sudah  pun tiba  dan  segala  pemalsuan  sudah  musnah binasa.”

Inilah  warisan Islam. Anda  membersihkan  diri anda dan juga  rumah  kediaman anda daripada segala  patung-patung  itu. Anda  tidak  menyimpannya  sebagai  satu  warisan  budaya ataupun  sebagai  satu  usaha  mengkagumi  hasil karya  seni. Dengan  melakukan  tindakan  ini  anda  sebenarnya  membebaskan  dunia.

Jadi, apakah  pendirian  di  sebalik   “pendirian  antarabangsa”  itu? Mungkin  ada  yang  tersirat  yang  sungguh  berbisa.  Seorang  “pakar”  telah  memberikan  bayangan   keresahan  itu  ketika bercakap  kepada  Los Angeles Times.  “Saya  akan  menghantar  bala  tentera, percayalah  saya,”  kata  Pratapaditya  Pal, seorang kurator  yang   sedang melawat  Amerika  Syarikat. “Memang amat  sukar   membandingkan   (satu  patung)  dengan  nyawa  manusia, tetapi  jangan  lupa bahawa  kita  (manusia)  boleh  beranak-pinak .  Buddha  ini.....dimusnahkan  untuk  selama-lamanya.”

Itulah  dia.  Kita  sedang  hidup di sebuah  dunia  di mana binatang  dianggap  lebih  penting  daripada  manusia.   (Di  India, misalnya,  ada  manusia  yang  disembelih  kerana   masalah  penyembelihan  lembu).   Kini, batu-batan  pun  menjadi  lebih  berharga  daripada  kemanusiaan. Yang  lebih menakjubkan  mereka  yang  sudah bercelaru  cara hidupnya  sudah   menjadi  juara  maruah  manusia  secara pilihan  sendiri.  Kenapa tidak? Sudah  tentu  manusia  yang  berhati  batu  yang benar-benar  mempunyai  semangat  cintakan  batu-batan  juga.

Inilah  hakikatnya  betapa  dunia  ini  sudah  menjadi  zalim,  bongkak, angkuh dan kejam selain  daripada  semakin   dungu. Dunia   semakin  ghairah  berbincang  mengenai  barang-barang  seni  sedangkan  kesenian  yang  dicakapkannya itu adalah kesenian  berpropaganda  belaka. Inilah  yang  memerlukan  seseorang untuk  mendedahkannya.  Ia  memerlukan kewujudan  tukang pemusnah  patung-patung   yang   enggan  memanjangkan  bisnes  biasa itu, dan  terus  mencabar ‘hegemony’ (segala  pengaruh  sebuah  negara  ke atas  negara  lain) dan  kezaliman, dan berani  menghapuskan  penganiayaan, keegoan, keangkuhan  dan  kedunguan.

Terjemahan MT
March 11, 2001.