Anggota-anggota ATM zaman ini kurang semangat keperwiraan

Saya ingin menyatakan kesedihan dan kekecewaan saya terhadap sikap anggota-anggota dan pegawai-pegawai ATM zaman ini yang saya anggap kurang semangat keperwiraan dan cinta kepada negara sekiranya dibandingkan dengan anggota pasukan keselamatan pada tahun-tahun kebelakangan semasa zaman 'communist insurgency'.

Sebagai anggota ATM adalah tugas pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara dari ancaman dan serangan musoh-musoh negara.  Sekira negara tidak dipertahankan ini akan mengakibatkan negara dijajah oleh musoh-musoh ini yang kemudiannya akan mendatangkan kesusahan kepada rakyat dan kemusnahan ekonomi negara selain hidup dalam keadaan dijajah.

Pada tahun-tahun 1955 sehingga pertengahan tahun 1985, musuh negara yang utama adalah anasir-anasir komunis yang bertujuan untuk memerintah negara ini.  Mereka mengadakan 'arms insurrection' untuk mencapai cita-cita mereka.  Anggota-anggota keselamatan ketika itu telah menunjukkan sikap keperwiraan dan telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara yang berkesudahan dengan pihak komunis menyerah kalah. Hasil pengorbanan mereka, keadaan negara kita selepas itu berada dalam keadaan aman, makmur dan negara telah mencapai kemajuan dalam berbagai aspek dari hasil bumi yang kaya di rantau ini.

Pada tahun 1990 ancaman komunis telah lama dihapuskan. Malangnya musuh negara yang lebah berbahaya telah menjelma. Musuh baru yang mengancam negara ketika ini adalah datang dalam bentuk dalaman iaitu kaum elit negara ini yang mengamalkan kronisme, korupsi dan nepotisme yang teruk sekali. Musuh ini yang dikepalai oleh Mahathir Mohammad dan disokong oleh pihak polis dan segelintir pegawai-pegawai kehakiman dan undang-undang sekiranya tidak disekat akan membahayakan negara dari segi keruntuhan ekonomi, politik dan social dan juga akan mendatangkan kesusahan kepada rakyat kelak seperti yang akan berlaku sekiranya parti komunis Malaya berjaya dalam misi mereka.

Musuh negara yang dikepalai oleh Mahathir Mohammad ini melakukan rompakan terhadap wang rakyat dengan terang-terang.  Wang rakyat di EPF, Pension's Fund Board, Tabung Haji, Perbendaharaan Malaysia dan lain-lain Dana Awam dirompak oleh musuh-musuh negara ini untuk diagihkan dan diberi kepada mereka dan kroni-kroni mereka.  Mereka melakukan kemusnahan kepada negara dengan merobak-rebek institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, institusi polis dan juga  badan pendakwaan.  Institusi-institusi negara ini kesemuanya telah musnah kredibiliti mereka dan dijadikan alat untuk mereka mencapai agenda mereka, iaitu memperkayakan diri dan kroni mereka serta mengekalkan kuasa mereka.

Rakyat-rakyat jelata yang bangkit menentang musoh-musoh ini untuk menyelamatkan negara dari kemusnahan  disekat kebangkitan mereka dengan kekerasan dan kezaliman oleh alat atau budak surohan mereka iaitu polis, pegawai-pegawai Peguam negara dan hakim-hakim.  Inilah bentuk komunisme alaf baru yang diamalkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bukan Suqui yang seperti komunis tetapi yang sebenarnya Mahathir dan kuncu-kuncunya yang disokong oleh Polis dan pegawai-pegawai kehakiman dan undang-undang adalah komunis terbaru di Malaysia yang akan menghancurkan negara ini.

Soalannya dimana semangat keperwiraan pegawai-pegawai dan anggota ATM dalam menghadapi musuh( komunis) negara yang baru ini.  Mereka mempunyai kekuatan dan organisasi untuk mengimbangi kezaliman polis terhadap rakyat jelata.  Adakah pegawai dan anggota tentera rela negara ini menemui kemusnahan dan kehancuran oleh tindakan musoh-musoh negara ini.  Apa bezanya tindakan Mahathir dengan tindakan dan ancaman Parti Komunis Malaya yang diperangi oleh ATM dahulu.  Parti Komunis Malaya memperjuangkan agenda mereka tanpa mengikut undang-undang.  Musoh-musoh negara yang dikepalai oleh Mahathir juga bertindak tanpa mengikut undang-undang negara.  Rompakan wang rakyat oleh Mahathir adalah menyalahi undang-undang.  Rompakan wang royalty Petronas dari Kerajaan Terengganu adalah menyalahi undang-undang. Tindakan kejam dan brutal polis terhadap orang ramai adalah menyalahi undang-undang negara.  Pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara dan pegawainya adalah menyalahi undang-undang negara. Pendakwaan dan sabitan terhadap Anwar Ibrahim, Sukma dan Munawar adalah menyalahi undang-undang negara. Yang paling berbahaya Mahathir sanggup main isu perkauman untuk melaga-lagakan kaum di Malaysia supaya dia dapat kekal berkuasa.  Tindakannya adalah seperti perbuatan ala-komunis.  Negara sebenarnya dijajah oleh komunis ala Mahathir.

Kita tidak menyuroh ATM untuk merampas kuasa.  Tetapi sekiranya negara diancam dengan perbuatan dari musuh ala komunis Mahathir ini, sepatutnya pegawai dan anggota ATM patut memainkan peranan 'check and balance' dan mencegah perbuatan Mahathir yang membahayakan negara ini.  Mahathir dan pihak polis serta kuncu-kuncunya patut diberi amaran keras oleh ATM supaya bertindak mengikut lunas undang-undang demi kepentingan negara, tidak merompak harta dan wang awam dan tidak melakukan kezaliman terhadap rakyat.  Dan sekiranya enggan, ATM dengan kekuatan persenjataannya dan organisasinya akan bertindak untuk mempastikan keadaan negara tidak terancam oleh tindakan Mahathir dan kuncu-kuncunya.  Rakyat boleh bangun dan menentang tetapi akibatnya tidak dapat di perhitungkan dari segi pengorbanan yang akan berlaku.  ATM boleh memainkan peranan tanpa banyak masalah.  Mainkanlah peranan 'check and balance' supaya negara akan selamat dari seorang komunis seperti Mahathir. Itulah sebabnya ATM diletakkan di bawah DYMM Agong supaya dapat memainkan peranan 'check and balance'.

Bertanggong-jawablah pegawai dan anggota ATM dan tunjukkan semangat keperwiraan dan cinta kepada negara.  Mahathir dan kuncu-kuncunya adalah musuh negara dan negara perlu diselamatkan dari mereka.

Pencinta negara.

Nota webmaster: Tulisan anda memang benar dan patut diberikan kredit. Mahafiraun itu sedar bahawa hanya askar atau angkatan tentera mampu menggulingkan beliau dan empayar kerajaan BN. Sebab itu kita lihat Menteri Pertahanan adalah orang-orang beliau. Namun kita terus berdoa agar ATM akan dapat melihat kebenaran hakiki dan akan menyebelahi rakyat apabila masanya diperlukan nanti.~Webmaster