Wujudnya  Tangan Ghaib?

(MGG:  Was There A  Hidden  Hand?)

Dengan  redanya  keadaan  perbalahan di kawasan setinggan  yang  mengaibkan  Petaling  Jaya,  maka  terserlah  kini  segala  kejijikan  dan kelemahan  pentgadbiran  kerajaan  yang memerintah. Satu  peristiwa yang  negri  terlah  pun  terjadi, tetapi  tidak ada sesiapa  pun  di pihak  yang berkuasa  yang  menunjukkan kesungguhan   memperbetulkan  keadaan, seolah-olah  peristiwa  itu sesuatu  yang memang  telah  lama ditunggu.  Kerajaan  bertegas  betapa  peristiwaq  itu  tidak  berunsur   perkauman  ataupun masalah   bangsa.  Tetapi, ketegasan  itu  dicemari  dengan  siaran   terperinci   segala  kes  bencana dan  tangkapan,  termasuk membabitkan kumpulan  pendatang  Indonesia sebagi ramuan perasanya. Setiap  kenyataan  polis  memberikan  jenis  kaum  yang  telah  ditangkap,  tercedera  ataupun  terbunuh.  Inilah  yang  menyemarakkan  perasaan,  terutama sekali  di  pihak  yang  terhina, seolah-olah  mahu  menyuntik perasaan   kenapa   kaum  yang  lagi  satu  itu   tidak  boleh  dipercayai. 

Barisan  Nasional  memang   menggelabah  sebaik  sahaja  peristiwa  itu  terjadi.   Apa  yang  telah  berlaku  memang  lebih  seius  daripada  yang  telah diperakui.  Apabila  400  anggota  polis  bersenjata  dan 200  polis  bantuan dan seratus  lagi  anggota hospital  dan  bomba ditempatkan  di  sebuah kawasan  yang  berapa  batu persegi sahaja  keluasannya,  tentulah  keadaan  lebih  hebat  daripada  yang  dilapurkan. Kalau  perkara  ini  dianalisa dengan rapi,  kita  akan  mendapat  jawapannya. Kampung  Medan  merupakan  pusat  tercetusnya  pergaduhan itu. Inilah  kampung  halaman  ketua  pergerakan Keadilan, Ezam  Mohamed  Noor.  Bapanya, ialah  seorang  anggota  polis  yang  sudah  bersara  dan  merupakan   ketua  bahagian  UMNO  di  situ.  Himpunan  besar  pertama  Reformasi  pernah  dilancarkan di  kawasan  itu. Majoriti  orang  Melayu  di  kawasan yang  mengandungi  47 kampung  dan  dihuni  oleh  160,000 manusia  di situ sudah  pun  beralih  angin  daripada  UMNO  dan  Barisan  nasional.  Dalam  pemilu  yang  lalu,  wakil  rakyat  wanita  UMNO   yang  memenangi  kawasan ADUN  di situ  bukan  naik  disebabkan  undi  orang  Melayu, tetapi   disebabkan  kaum  India yang  diterajui  MIC  yang  mengundinya.  Orang  India  masih  mampu  menyokongnya  di sebalik kemelut  perpecahan  di  kalangan  mereka  yang  berbelahbagi  menyokong   presiden  parti  dan  pembangkang. Apakah  ada  tangan  ghaib  di  sebalik  semua  itu?

Sebaik sahaja  berlakunya  pergaduhan,  BN  dan  UMNO  tidak  pun  mempunyai  pengaruh  di  kawasan  itu. Menteri  Besar  Khir  Toyo  telah  diejek dan dipelekehkan  ketika  berada  di situ.Tidak ada  menteri  kebinet  yang  bergegas ke tempat  itu.  Perdana Menteri  tidak  juga  mempunyai   agenda  melawat  tempat  itu, walaupun  dia  ada  di  beberapa  majlis tidak  berapa  jauh  dari  situ. Yang  paling  mengaibkan  keadaan  ialah  betapa  pemimpin  parti  kerajaan  tidak  dialu-alukan di  kawasan itu. Malahan  tidak ada yang berani  ke situ  tanpa  pengawalan  keselamatan  yang  ketat. Itulah  juga  alasan  Dato S. Samy  Vellu  ketika  tiba  lewat  ke  tempat  itu. Sudah  memang  ada perasaan  bahawa  memang  ada  beberapa  perkara  yang  tersorok  yang  masih  belum  lagi  kita   tahu. Kini  keadaan  sudah  pun  reda  maka tibalah  masa  untuk  meraikannya. Khir  Toyo  sudah pun  menaja  satu  jamuan jauh  daripada  tempat  kejadian. Jamuan  muhibah  itu  ditajanya  enam  batu  jauhnya  dan  di sebalik keselamatan   rumah  kediaman  rasminya.  Suasana  muhibah  akan  tercemar  kalau  rakyat marhaen  menyoalnya  ketika   semua  orang meraikan majlis perpaduan  pelbagai  kaum itu,  bukan?

Krisis  itu  dikatakan  sudah  pun  berakhir.  Itulah  yang  diishtiharkan  oleh  Menteri  Pertahanan,  dan naib presiden  UMNO,  Najib Tun Razak.  Sepupunya  dan  rakan  kabinet serta  ketua  pemuda  UMNO,  Hishamuddin Hussein, telah  mula  boleh  bersuara  kembali sambil  menuduk  pihak  bajingan yang  memulakan  semua  pergaduhan ini.  Tetapi para  pesara  kerajaan meminta  keadaan  bertenang  dipersetujui. Khir Toyo  memang  tidak  senang  hati  dengan  berita  angin  tersebut  dan  mula melawat  kawasan  lain  yang  dikatakan   berita  angin  sudah  tersangkut. Tetapi, kenapakah dia tidak terus  melawat kawasan  hangat  di mana  dia  telah diejek  dan  disindir  bangat?  Apakah  penyebab  pergaduhan  itu kalau bukan  keadaan  sosio ekonomi  yang  terabai selalu. Selama  berdekad  kawasan  itu diabaikan  tentunya  segala perasaan  sabar  yang  terpendam  meledak  juga  akhirnya. Tempat-tempat seperti  itu  adalah  menjadi  agenda lawatan  ketika  kempen  pemilu    dan dilupakan  begitu  sahaja  sehingga bermulanya kempen terbaru  yang lagi  satu.

Pada  satu  ketika UMNO dan BN  mempunyai  kuasa  politik  untuk  melaksanakan  sesuatu  di tempat  seperti  itu.  Keadaan sudah  berubah. Satu  generasi sudah  bangun membesar  di tempat selekeh  seperti itu tanpa mengenal  cara  hidup  yang  lain  lagi, sambil  memerhatikan  kegemerlapan  di sekelilingnya  dengan perasaan  dendam  yang  terus   membara.  Apabila  mereka  terus  diabaikan  dan tidak diberikan kemudahan asas yang  semestinya, tentu mereka tidak  dapat  bertahan  lama.  Rakyat  Malaysia  amat  mudah  menuduh  Amerika  Syarikat  setiap  kali  pergaduhan   kaum  meledak  di  sana. Tetapi, apa  yang  berlaku  di  sana  adalah  berseiras dengan apa yang   telah   berlaku di  Petaling  Jaya.  Kumpulan kulit   hitam (Afrikan American)  menghuni  di  kawasan setinggan dalam keadaan  yang  sama  teruk  dan  dahsyatnya  dengan  penghuni  perkampungan  setinggan  di  Malaysia. Sebab  musabab  yang  sama  mencetuskan  pergaduhan  di  sana  adalah  punca  yang  sama  yang  mencetuskan  pergaduhan  di  negara  ini.  Pengabaian  telah  menjana  kejijikan  dan  kemarahan.  Apa  yang  diperlukan hanyalah  sedikit percikan api  yang  dapat meledakkan  genangan   minyak  yang  lama  bertakung di celah-celah  perpaduan  kaum  dan segala   perbezaannya.

-MGG  Pillai-  

pillai@mgg.pc.my

Rabu  14  Mac, 2001.

 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT/13/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<