Mengenai  Grameen 
(About  Grameen)

Pada  1976,  Proffessor  Muhammad  Yunus  dan  beberapa  rakannya  telah memulakan satu rencana  memberikan  pinjaman di bawah  satu  skim  yang kemudiannya  dikenali sebagai Grameen  Bank.  Kami  tidak  menjangkakan  satu  hari  kemudiannya kami terpaksa berhadapan  dengan  beribu-ribu  malahan  dua  juta  peminjam.  Namun,  semangat kegigihan  dan  kecekapan  para  petugas  dan  kakitangan, dan  juga  galakan yang diberikan  oleh  para   peminjam telah  meransang  kami  untuk   terus berkembang dengan gigih.  Kami  tidak   punya  masa  untuk  menyedari betapa kami  sudah mencapai beberapa  tahap  kejayaan  seperti  100,000  peminjam, $1 bilion  pinjaman,  2 juta peminjam  dan  sebagainya.  Ramai  yang  meramalkan  penuruan    kualiti khidmat  kami apabila  semakin  ramai  yang  datang  menjadi  pelanggan.  Namun,  dalam banyak  hal kemajuan  tercapai  juga.

Pada  akhir  1980-an,  kami  mula  memikirkan  cara-cara   untuk  memperkukuhkan jaringan  niaga  yang  telah  diwarnai  oleh  para  peminjam  kami dengan tujuan  untuk mempercepatkan  usaha  kemajuan  mereka  terhadap  mewujudkan  satu  dunia  yang bebas daripada  kemiskinan  sambil  memperbaiki   prestasi ekonomi  Bangladesh  secara menyeluruh.   Pada tahap  awalannya,  kami  terlibat  dengan  urusniaga  pajakan kolam ikan  yang  tidak  digunakan  secara  berkesan dan pam  peraliran air  serta telaga.  Di waktu  yang  sama  kami terlibat  dalam  mengaturkan  latihan  dan  beberapa  bentuk sokongan  kepada  beberapa   negara  yang  membangun  yang  berminat  meniru kaedah Grameen.

Dengan  kejayaan  awal  dalam  bidang   perikanan  dan  projek  perparitan, kami menjadi  semakin  berminat  dalam  mengembangkan  kerja-kerja  kami  dengan menceburi beberap a bisnes  lain dalam  pelbagai  sector  yang  baru.   Di  waktu  itu semua kerja-kerja  di  bawah  inisiatif  Grameen  Bank  sudah  semakin  membesar. Sejak  1989 kami  pun  mulakan  penubuhan  organisasi  baru  yang  lain.  Semua  projek perikanan menjadi  yayasan  Perikanan  Grameen.  Projek  perparitan  menjadi  Yayasan Grameen Krishi.   Semua   kerja-kerja   penduaan  antarabangsa  dan  program  kesihatan telah diletakkan  di bawah  seliaan  Grameen  Trust  (Amanah  Grameen).

Sambil  kami   maju  ke  hadapan, kami  mengumpulkan  pengalaman  dan  menjadi lebih yakin  dengan  aktibiti  yang   tidak  berkaitan  dengan   perbankan.  Kami terlibat dengan  perkongsian   modal (venture  capital),  industri  tekstil, terlibat menjadi pembekal  khidmat  internet dan  sebagainya.  Setiap  inisiatif  baru dirangkumkan dalam  satu   pembesaran  organisasi  ataupun  penubuhan  organisasi  yang baru. Inilah  yang  kami  panggil  dengan  nama  Pertubuhan  Keluarga  Grameen. Baru-baru  ini   kami  tealh  mendapaktan khidmat  pakar yang  berpengalaman  dan   tokoh  yang beriltizam untuk menjadi   Ketua  Ekskutif beberapa  organisasi  kami.  Kami memang yakin  dan   menaruh  harapan dengan  kemampuan  mereka  untuk  memperbaiki keadaan hidup masyarakt  miskin  Bangladesh  dan  juga  luar  negara.

Kami  mempelawa   sesiapa  sahaja  dan  juga  pertubuhan  daripada  seluruh dunia  untuk menghubungi  kami dan  memberitahu  bagaimana  mereka  selesa  bekerjasama dengan  kami dan/atau  pun  mencadangkan  idea  baru  yang  boleh  mencetuskan  pemikiran  bisnes yang  baru  yang dapat  memenuhi  objektif  pembangunan  social  dan  pertubuhan keluarga  Grameen.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<