Vincent Tan
Menuntut RM22
juta daripada wartawan Australia
(Tan
Sri Vincent Tan Wants RM22 Million
From Sydney Journalist)
Pengerusi
Kumpulan Berjaya, Vincent Tan, bertegas bahawa sesiapa yang
disamannya mesti
membayar lebih
banyak wang
yang mampu
diraih oleh insan
itu sepanjang hayatnya. Yang menjadi
sasarannya ialah para wartawan. Dia masih belum menerima lagi hasil
kemenangan
satu kes mahkamah
yang menyerupai kaedahnya
ini, walaupun
kes itu
akan dicabar di
Mahakamah Persekutuan
bulan depan. Tindakannya itu
adalah bersifat mengugut
daripada bertujuan
melegakan maruahnya
sendiri. Bagaimanakah dia dapat meredakan sesuatu
keadaan itu
apabila dia menuntut ganti rugi yang tinggi, yang tidak
akan mampu diterimanya?
Ia hanya bertujuan
memberi amaran agar tidak
menulis berita mengenainya selain
daripada kata-kata pujian. Itu sebabnya
dia menyaman malu para
wartawan dan juga
akhbar-akhbar yang berani
mencabarnya kerana pendapat yang
berbeza dengan pendiriannya.
Seorang
wartawan bebas Sydney, Ganesh Sahathevan,
yang dulunya seorang rakyat
Malaysia, melaksanakan kerja-kerja untuk membersihkan namanya
setelah beliau diberhentikan
oleh akhbar
The Sun yang
dimiliki oleh Vincent Tan.
Beliau dipecat kerana satu
cerita yang ditulisnya
yang ternyata ada
kebenarannya mengenai
Vincent Tan dan beberapa manusia
lain termasuk
seorang anak lelaki perdana menteri
yang terlibat mengelirukan
satu pihak
yang berkuasa,
hingga mencetuskan
satu masalah
yang tegang. Tindakannya
terhadap pembuangan
yang tidak adil itu sedang
didengar oleh mahkamah
perindustrian di Malaysia, dan akan
disambung semula akhir bulan ini. Ketika Ganesh
berpindah ke Australia, dia terserempak
dengan perniagaan Vincent Tan dan mendapati pelbagai
kisah penyelewengan
juga dan
menulis mengenainya.
Vincent Tan
telah mengemukakan
saman malu, menerima satu injuksi
terhadap Ganesh mengikut undang-undang
‘FairTrading Laws’ Australia. Inilah yang
membuatkan kerajaan
New South Wales
naik berang dan menyedarkannya
betapa di Australia banyak perkara
yang dia cadangkan adalah berbeza sekali cara
peraturannya. Di Australia proses
injuksi bukannya
diizinkan secara automatis dan boleh dikuatkuasakan
terhadap wartawan
yang disaman
kerana fitnah. Ganesh telah bertindak menyaman
balik Vincent Tan. Apabila menyedari kerja-kerja itu tidak
berbaloi kepadanya, Vincent Tan
bertindak menarik
balik samannya. Mahkamah
Australia mengizinkan
permohonan itu dengan bersyarat
perkara itu tidak akan
menjadi bahan saman baru pula
olehnya di mahkamah Australia
ataupun Malaysia.
Sejak dari
itu, Bursa Saham Australia di
Sydney telah
menggantung saham
syarikat Vincent Tan di
sana, Carlovers, dan dia sedang
berusaha untuk
menjual semua
saham pegangannya di
dalam syarikat
itu.
Pada
hari Khamis 10 Mei, 2001,
Ganesh telah menerima secekak dokumen yang telah dicampakkan ke ruang
luar rumah
kediaman ibu bapanya di
Kelang pada Februari 2000, dalam satu usaha
untuk mengenakannya. Antara dokumen
itu terdapat
satu notis perintah yang menetapkan
tarikh 22 March
00. Vincent Tan
bersama Kumpulan
Berjaya dan
Berjaya Toto telah
mengenakan saman malu
terhadap Ganesh dan mahukan mahkamah
Malaysia menentukan
tuntutan ganti rugi sebanyak,
RM10 juta, RM5juta dan RM7
juta setiap
satu . Tetuan Lingam and Co.
mewakili ketiga
plaintif. Ketiga-tiga plaintif telah
membuat tuntutan betapa Ganesh telah
memalukan mereka dengan cara
mengemukakan satu
aduan kepada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan salinannya dihantarkan
kepada plaintif,
termasuk beberapa orang kawan
media: bahawasanya dana
B.Toto dan BGourp telah digunakan untuk
membiayai Digicom dan Sun
Media Group
Sdn Bhd.
Vincent Tan telah
membuat tuntutan persendirian mengatakan
Ganesh telah memalukannya
dengan cara
berkias kepada Norwegian Labour
Party (Parti Buruh Norway), mengatakan
beliau mencampuri urusan
pengadilan mahkamah di Malaysia
sehinggakan tidak
ada sesiapa
yang berani mencabarnya di mahkamah,
mampu menang.
Gambar-gambar yang terpapar di
www.malaysia.net/sepecial, dan
cerita yang saya tulis
mengiringi gambar-gambar
itu adalah
sebahagian
kenyataan dalam tuntutan
Vincent Tan. (Itulah
kisah yang
menggambarkan bekas Ketua Hakim Negara,
Tun Eusoff
Chindan Dato’
V.K. Lingam, bersantai
dengan keluarga
mereka di
New Zealand;
Vincent Tan, Lingam dan bekas Ketua Peguam
Negara dan
kini seorang Hakim Mahkamah
Tinggi Mokhtar
Abdullah bersantai
bersama-sama isteri mereka di Rome.)
Pihak plaintif telah
menambah hujah mereka
dengan tuntutan
bahawa tindakan Ganesh
adalah berniat jahat disebabkan
keengganan Vincent Tan menyelesaikan
masalah yang
dikemukakannya terhadap ‘Sun
Media’ di
mahkamah perindustrian.
Sebagai buktinya, Vincent Tan
telah mengemukakan
satu surat
daripada peguam Ganesh di Malaysia (Skrine
& Co) yang bertarikh pada
Oktober 1999.
Surat yang dikemukakan dalam
affidavit plaintif
itu mencadangkan agar
masalah mereka
itu diselesaikan mengikut terma yang
dikemukakan. Ketika itu
juga Ganesh ada
mengirim beberapa
risalah keagamaan kepada Vincent Tan
dengan tujuan mengucapkan
‘selamat sihat semula’ kerana
Ganesh berpendapat
Vincent Tan
kurang sihat
ketika itu.
Vincent Tan mendakwa
gelagat Ganesh
mengirim risalah keagamaan itu adalah
satu ugutan
untuk menggunakan
kuasa ghaib untuk menyerangnya seandainya
beliau menyelesaikan
masalah di
mahkamah perindustrian itu. Vincent telah
membuat laporan
mengenainya. Tindakannya itu telah
diikuti juga oleh Ketua
Sekuriti Kumpulan Berjaya.
Sikap Vincent Tan
terhadap system pengadilan
memang boleh dipuji,
terutama sekali apabila ia
membabitkan wang
yang banyak untuk dirinya.
Ketegasannya mahukan
pengadilan yang
saksama harus dipuji oleh
setiap rakyat
Malaysia. Lagipun, jolokan bahawa
beliau adalah “seorang peniaga
bertaraf antarabangsa yang tidak
ada tolok bandingnya”
itu sudah
pun hilang kilauannya. Vincent Tan tidak
mudah dilihat sekarang ini.
Ada satu ketika, Datuk bandar
sebuah pekan
kecil di Peranchis, Colmar, telah
datang membuat
lawatan ke ‘Colmar
Tropicale’ yang diwujudkan oleh
Vincent Tan
di Bukit Tinggi,
di pinggir Kuala Lumpur.
Vincent Tan tidak
hadir ketika itu, begitu juga perdana
menteri. Tempat itu pernah disanjung-sanjung
satu masa
dulu sehinggakan
warga Peranchis di negara
ini pernah
menyambut ulang tahun hari
kemerdekaan mereka di sana dengan kehadiran Perdana
Menteri untuk
merasmikan tempat itu. Kenapakah
tempat itu diturunkan tarafnya?
Secara kebetulan, Colmar Tropicale adalah satu
tempat peranginan di Malaysia di mana
setiap pelancong yang datang dikenakan
caj tol sebanyak
RM10 seorang, dan
bukannya bagi setiap
kereta. Caj itu memberi kemudahan kepada pembayarnya menikmati
satu gelas
minuman ringan ‘percuma’.
Alangkah hebatnya
kemudahan seperti itu.
MGG
Pillai
Diterjemahkan oleh
SPAR 01.11
Bilangan pembacaorang