Komando Di Malaysia Jadi Perompak... Kenapa? |
Terbaca berita dalam akhbar perdana pengampu itu tentang "Komando Merompak", rompakan itu dilakukan di sebuah bank di Rawang sejumlah RM29,000.00 lesap. Kita ingin mengajak dan menarik perhatian semua pihak dari pemimpin negara, profesional, golongan agamawan, peguam, pendidik, pensyarah, ahli politik, aktivis dan pemikir serta golongan pelajar, mahasiswa atau golongan muda. Apakah silapnya atau di mana puncanya kalangan komando pun menjadi perompak, polis pun ada jadi perompak, pengedar dadah, tentera ada juga...
Teringat kita bagaimana seorang Ketua Polis Negara tergamak menumbuk seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dulu tahun 1998. Kemudian ada menteri, EXCO UMNO/BN yang dituduh rasuah dan terlibat dengan amalan rasuah. Inikan pula seorang komando, polis yang dikira taraf hidup mereka dari segi kebendaan jauh bagaikan antara langit dengan bumi kalau hendak dibandingkan dengan seorang menteri atau EXCO. Mungkin kerana desakan hidup komando itu merompak, selain dari masih bersarangnya dalam diri hati jahat dan perangai buruk itu mungkin. Menteri, EXCO UMNO/BN dan seumpama mereka yang terlibat rasuah, sebab apa? Mudah saja rakyat marhaen memberi jawaban TAMAK, RAKUS dan HALOBA yang bersarang dalam hati...
Namun, apabila kita melihat dari kaca mata dan teropong agama dan kemanusiaan. Jelas sistem negara ini sudah ketinggalan, kita masih mengekal cara penjajah merekrutkan komando, tentera dan polis Malaysia. Ini bermula dari asas pendidikan peringkat awal lagi. Pak Lah yang bercadang supaya KURIKULUM PENDAKWAH, GURU AGAMA dikaji semula bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa agar lebih berkesan dalam mendidik generasi muda, baguslah. Tetapi jangan dibayangi KURIKULUM UMNO.
Dan jangan lupa KURIKULUM polis, tentera dan komando Malaysia juga mesti dikaji semula supaya lebih Islamik, manusia dan mengikut acuan Malaysia. Yang berbau penjajah mesti digantikan dengan lebih baik dan Islamik. Insya-Allah, tidak akan ada lagi komando merompak, tidak akan ada lagi polis balun, pikul, dera, siksa, tendang dan terajang rakyat dan pelbagai lagi amalan zalim, kejam, rasuah, menipu dan salahguna kuasa akan dapat dikurangkan dan dibasmi.
Sekian.
Ibn Sabah,
4.8.2001M.
Jumlah pembaca:orang