Meritokrasi.... Ugutan Alaf Baru |
Memang sah dan tepat sekali apa yang selama ini saya nyatakan bahawa Kumpulan yang kita panggil Kumpulan Eli serta Pakar Akademik di negara ini kebanyakan nya ‘Kuda Kayu’ dan ‘Pak Turut’ dan dalam Loghat orang Perak di panggil ‘Tengin’.
Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah soal dan Isu hangat dan isu yang sekali lagi memperlihatkan Pembunuhan Melayu di Negara ini oleh Mahafiraun iaitu Mahathir Mamak Malbari. Selepas 44 tahun negara menyambut Kemerdekaan mengapa pada tahun 2001 ini pula timbul soal sistem ‘Meritokrasi’?
Bagaimana kah Mahafiraun dan Kerajaan hendak menidakkan segala tindak tanduk mereka adalah atas ‘alasan Politik’ dan bukan nya selain dari taktik politik? Mengapakah tahun 2001 ini pula tiba-tiba Mahafiraun nampak yang Kaum Melayu peratusan cemerlangnya lebih rendah dari Kaum Cina? Apakah selama ini peratusan Melayu pernah menandingi Kaum Cina?
Kalau lah alasan hendak memastikan pelajar Melayu lulus dengan cemerlang serta hendak memastikan pelajar Melayu belajar bersungguh-sungguh, bahawa ini menunjukkan yang si Firaun perut hijau itu amat sayangkan bangsa Melayu lah ye? Sebab itulah dia lakukan sedemikian, ATAU pun si Mahazalim ini terkilan dan geram sangat kerana terlalu ramai Siswa-siswi Melayu yang tidak memuja nya lagi. Dan yang terpenting sekali adalah strategi Mahazalim itu pada tahun 2004 nanti.
Cuba kita bayangkan, sekiranya Tidak ada kes DS Anwar Ibrahim, tidak ada parti keADILan, tidak ada Barisan Alternatif, tidak ada semangat REFORMASI dikalangan bangsa Melayu dan tidak ada kekuatan sokongan Melayu pada PAS, tidak ada keruntuhan UMNO, tidak ada kehilangan maruah UMNO (UMCINO), pendek kata tidak ada sejarah Hitam seperti sebelum tahun 1998 dahulu. Adakah Soal Sistem Meritokrasi ini akan Ujud ?
Disinilah mengapa saya mengatakan yang Pakar Akademik negara ini kebanyakannya ‘Kuda Kayu’ dan sebenarnya mereka adalah ‘Nasi Tambah’ buat Mahathir dan tidak lebih dari itu. Selepas sahaja Mahazalim mengeluarkan arahan akan mengenakan sistem Meritokrasi, maka berboyot-boyotlah Naib Canselor dan Pakar Akademik menyokong saranan tersebut, Persoalannya Mengapakah tidak mereka-mereka ini sendiri yang mengemukakan usul ini sebelum ini sekiranya mereka ini di gelar Tokoh dan Pakar Akademik negara?
Saya rasa saudara masih lagi ingat akan isu PAS.UM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) sedikit masa dahulu. Cubalah kita nilai kepakaran serta ketokohan mereka ini sehinggakan keputusan muktamad terpaksa di letakkan pada tangan seorang Doktor dan bukannya Pakar-pakar serta Tokoh Akademik….di manakah letaknya kredibiliti mereka sebagai ketua Institusi Pengajian Tinggi. Dimana letaknya kelayakan mereka? Dalam peti besi Mahathir?
Apakah di Universiti sendiri dibawah kongkongan Mahathir? Di manakah letaknya profesionalisme sesebuah Universiti?
Apakah Tokoh-tokoh Akademik serta Naib-naib canselor Universiti percaya akan cakap Mahafiraun tua itu yang amat terkenal dengan Maha Pembohong serta Maha Penipu yang sistem Meritokrasi tidak akan mengurangkan Jumlah Kuota Bumiputera masuk ke Universiti? Apakah mereka sudah melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan format serta syarat-syarat Sistem Meritokrasi tersebut secara hitam putih?
Percayakah anda bahawa mulai tahun hadapan proses pemilihan pelajar memasuki ke Universiti akan mengambil masa yang cukup lambat dan tidak seperti selalunya, dan semua ini akan di seragamkan ke semua Universiti di Malaysia. Mengapa ini terjadi?….kerana orang-orang Politik yang bertopengkan Tokoh Akademik akan meneliti dan memproses borang-borang permohonan. Mana-mana bapa yang di ‘Black List’ sebagai penyokong BA….inilah masanya untuk tahu apakah akibatnya menentang Mahathir.
Kalau dah dasar tak pedulikan nasihat dan mengikut perlembagaan sepertimana yang di lakukan terhadap Pemimpin-pemimpin keADILan dan PAS dengan memenjarakan mereka di bawah akta ISA (Ikut Suka Aku). Apakah luak nya si Mahafiraun tua itu membuang serta menerajang pelajar-pelajar Melayu yang di dapati masih tidak menyokong si Tua kutuk itu. Bukan kah pelajar-pelajar ini telah pun menandatangani borang pengakuan (Sistem Meritokrasi) semasa masuk ke Universiti dahulu. Apakah kesannya bapa-bapa Mahasiswa yang di buang itu membuat bantahan terhadap anak-anak mereka yang di buang Universiti ? kalau dah SUHAKAM yang di lantik oleh kerajaan sendiri membuat cadangan dan bantahan itu pun di tolak mentah-mentah oleh si Mahafiraun Tua kutuk tu…..inikan pula beberapa orang bapa pelajar MELAYU yang bangsat-bangsat dikaca mata Mahafiraun?.
Percayakah anda dengan janji serta cakap Mahafiraun itu? Sistem Meritokrasi adalah untuk menentukan yang pelajar Melayu cemerlang dalam pengajian mereka? Apakah akibatnya jika apabila sistem Meritokrasi tetap di jalankan dan kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu masih di takuk lama? Apakah semua mereka itu akan di buang dari Universiti? Berapa orang yang tinggal? Siapa yang untung?
Sudah beberapa kali Forum dan perbincangan dalam TV yang melibatkan tokoh-tokoh Akademik membincangkan akan perkara kecemerlangan ini, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat bahawa Mahasiswa Melayu adalah malas dan suka berpolitik malahan itu bukanlah sebab mengapa Mahasiswa Melayu kurang Cemerlang.
Mengapakah tidak sistem Meritokrasi ini di buat pada pasukan Bolasepak negara, di buat pada pasukan Sepak Takraw negara, dan dibuat pada mana-mana pasukan sukan yang tidak cemerlang? Bukankah dasar dan tujuannya adalah sama iaitu mengapa orang lain lebih cemerlang dan kita tidak cemerlang? Mengapa tidak Sistem seperti ini di buat terhadap Kakitangan Kerajaan? Dibuat pada mana-mana Jabatan Kerajaan yang tidak menunjukkan kecemerlangan? Di buat pada mana-mana Wakil Rakyat yang tidak Cemerlang? Mengapa pula pada Pelajar-pelajar Universiti?…. Kerana mereka orang kampung dan MELAYU?
Mengapa perkataan ‘Manja’ dan ‘Malas’ di lemparkan hanya kepada Mahasiswa Melayu, walhal kita semua kedengaran akan perkataan ‘Malas’ dan ‘Manja’ juga di lemparkan terhadap Ahli-ahli sukan negara, mengapa mereka ini tidak di kenakan Sistem Meritokrasi?
Mengapa pula Pusat-pusat Serenti bertambah setiap tahun dan wang rakyat hangus begitu sahaja bagi tujuan memulih yang sukar di pulih dan peratusan yang pulih adalah amat memilukan serta amat merugikan negara. Mengapa pula penagih-penagih ini tidak di kenakan Sistem Meritokrasi? Apakah dengan membuang pelajar Melayu dari Universiti semata-mata kerana fahaman politik lebih menguntungkan dengan melabur wang negara yang sebegitu banyak untuk memulihkan yang belum tentu pulih? Saya bukannya hendak menentang dan tidak menghormati akan bekas-bekas penagih dadah akan tetapi bukankah ini adalah perumpamaan yang terbaik?
Pikir-pikir.
Seteru Astora Jabat.
== LAWAN TETAP LAWAN BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com Melayu+Siam = MeSiam
Jumlah pembaca:orang