Hutan Simpan  Menjadi  Projek  Perumahan
(Wildlife  Reserve In Cheras Makes Way For Housing)

Oleh:  P. Wijan

Artikel asal ada di ‘The Sun on Sunday’, muka depan dan ms 14-15.

Hanya dengan  menggunakan dakwat pena, kerajaan Selangor  telah menukar-taraf satu kawasan hutan simpan  di Cheras, menjadi kawasan perumahan pada 1992.

Sembilan tahun selepas kesilapan itu, bekas Menteri Besar Selangor  Muhammad Muhammad Taib mempertahankan tindakan itu dengan berkata bahawa  keputusan itu dilaksanakan oleh keseluruhan Majlis Exco Negeri. Lagi pun, tidak ada seorang ketua  jabatan kerajaan  yang membantahnya.

Sekitar 305 hektar  dari keseluruhan 575  hektar hutan simpan di Bukit  Sungai Putih yang merupakan kawasan  lindungan haiwan telah diluputkan penggezetannya dan tanah itu diserahkan kepada 15 syarikat  yang berbeza untuk pembangunan.

Muhammad berkata keputusan itu adalah tindakan bersama oleh 15 ahli Exco. Seandainya seorang  yang bangun membantah, kelulusan  sudah pasti di tarik-balik.

“Takkan semua buta mata,” kata  beliau. “Malahan ketua jabatan tidak memberitahu kami bahawa kawasan itu  ialah kawasan simpan untuk lindungan haiwan liar.”

Empat tahun selepas menerima tanah  dan segala kayu kayan habis ditebang, beberapa syarikat itu  telah menjadikan kawasan konsesi  mereka  kawasan lapang. Rintihan rakyat telah mendesak BPR  membuat siasatan wujudnya  kepincangan, namun sehingga kini mereka masih diam membisu dengan hasil siasatan itu.

Pengarah BPR, Datuk Zulkipli Mat Nor ketika ditanya perkara ini minggu lalu, hanya  mampu berkata: “Saya tidak mahu buat komen.Tidak ada komen.....”

Rakyat yang perihatin dengan keadaan alam sekitar sudah lama  mahukan projek ini dihentikan, kerja-kerja membangunkan  kawasan terus brejalan dengan giatnya. Sembilan tahun sudah berlalu, ramai  yang kehairanan bagaimana perkara semacam ini boleh berlaku.

Diterjemahkan oleh SPAR