Mengundi calon non muslim

From: zalina ismail <******@yahoo.com> 
To: alimuda@hotmail.com
Subject: Mengundi calon non muslim
Date: Mon, 20 Aug 2001 19:49:55 -0700 (PDT)

Assalamu'alaikum wht.

(Wa`laikum salam warahmatuLLah.)

Saya amat tertarik dengan kupasan ustaz dalam laman Tranung kite seperti mana yang disiarkan sekarang.

Pada peringkat awal penerangan ustaz saya cukup kagum dan berterima kasih kerana al fadhil mampu menghuraikan tajuk ini berserta dengan hujah yang amat bernas. Ini ternyata ustaz adalah seorang yang ilmuan dan .....

Cuma saya rasa agak terkilan dengan serangan yang dilontarkan di peringkat akhir huraian ustaz. Dan saya berpendapat, cara itu agak tidak sesuai dengan taraf ustaz yang tinggi ilmunya ini.

Mungkin saudari 'kagum' sebab di peringkat awal penerangan itu nampak serentak dengan penerangan2 yang selalu diberikan oleh agamawan2 (UMNO) sanjungan saudari (tentang keharusan berkerjasama dengan non-Muslim dalam pentadbiran negara). Tapi malangnya, agamawan2 itu tak terangkan sehingga habis. Apabila saya terangkan sehingga penghujungnya, maka ternyata saudari kecewa dan terkilan. Penghujung penerangan saya ialah tak sama kerjasama UMNO/BN sekarang dengan kerjasama yang diadakan di kalangan BA. Tiada apa yang tak jelas dalam penerangan saya itu, kerana kerjasama BN adalah untuk mempertahankan satu sistem yang rosak dan menindas rakyat di samping memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada elit2 politik  UMNO, MCA dan MIC serta komponen2nya yang lain. Kerjasama BN adalah untuk menegakkan satu regim diktator untuk menyekat suara lain daripada didengari dan memaksa rakyat dengar suaranya sahaja di kaca2 TV, di corong2 radio dan di dada2 akhbar. Manakala kerjasama antara parti2 dalam BA pula ialah untuk menumbangkan regim yang rosak dan zalim itu untuk kebahagiaan rakyat Malaysia keseluruhannya. Apakah ini dikatakan 'serangan'?

(Mana2 netter yang tidak sempat mengikuti kupasan saya berkenaan tajuk 'Hukum mengundi non-Muslim' ini, boleh diikuti di arkib laman Tranung Kite atau ruang 'Debat Siber' (laman Minda Rakyat)

Pada pandangan saya,
1. Alangkah bagusnya jika kenyataan ustaz ini dikeluarkan sejak tahun 70-80an yang lalu. Ini kerana kalau tidak silap, PAS menggunakan isu ini untuk menarik undi dengan menyalahkan BN yang berkerjasama dengan MIC, MCA dan lain-lain. Sehingga lebih malang, ada tuduhan kafir mengkafir walaupun sesama Islam. Dan hal ini masih berterusan sehingga sekarang. Tak terfikirkah ustaz, demi KUASA yang dikejar oleh pemimpin PAS yang menggunakan pendekatan agama, berapa ramai orang Melayu Islam yang bercerai kerana perbezaan politik ini ? Yang tak makan sembelihan orang BN berapa ramai ? dan masih ada pun sampai sekarang.

Saudari mesti jelas bahawa saya bukanlah jurucakap Pas dan tidak memegang apa2 kedudukan dalam parti Pas. Saya hanyalah seorang rakyat Malaysia yang diamanahkan Allah s.w.t. dengan ilmu agama ke peringkat yang agak tinggi (Alhamdulillah) dan tidak terlibat dengan mana2 parti politik yang wujud dalam BA. Saya dulu pun adalah penyokong UMNO yang kuat, berasal daripada keluarga dan perkampungan penyokong UMNO yang totok dan sehingga hari ini sebahagian besar keluarga saya masih setia dengan UMNO kerana tertipu dengan dakyah yang dicanang setiap hari melalui televisyen yang seolah-olah kepada mereka seperti sumber wahyu dari langit. Tapi saya tak berputus asa untuk berdakwah dan memberi penerangan kepada mereka dengan hikmah. Moga2 mereka tidak membuat dosa lagi memberi sokongan kepada pakatan parti yang zalimnya semakin nyata akhir2 ini, dengan mengundi BA pd pilihan raya 2004 nanti.

Oleh kerana saya hanyalah seorang yang memahami dan mengerti perjuangan Pas atau BA, bukanlah juru cakapnya, maka tidak relevan untuk saudari cadangkan saya keluarkan kenyataan saya baru2 ini pd tahun2 70an atau 80-an dulu. Lagi pun, seperti yang dijelaskan, kerjasama antara dua blok politik itu (BA vs BN) amat jauh berbeza. Maka tidak timbul isu sembunyikan fakta itu pd tahun2 70an dan 80an. Jelas, dulu Pas dan parti2 pembangkang lain kurang pengalaman dalam politik, sebab itu mereka tak bersatu, maka senanglah BN ganyangkan senjata 'divide and rule'nya. Tapi sekarang tidak lagi. Parti2 pembangkang sudah cerdik dan sudah sama2 nampak kezaliman sejak tercetusnya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pd 1998. Soal UMNO/BN nak kata BA tiru dia dan ciplak ramuan persepakatan mereka, pedulikan mereka. Kalau BN tak puas hati sangat, dia boleh saman BA atas tuduhan tiru kerjasama politik. Yang pasti, dalam pergerakan politik, keputusan mesti dibuat dengan bijak, apatah lagi bila nak berlawan dengan BN yang bersenjatakan barisan komponen parti2. Kalau tidak lebih canggih, BA patut gunakan senjata yang sama canggih.

Pasal kafir mengkafir tak berbangkit dalam Pas dan di kalangan ahli Pas. Mereka hanya berkata "…kalau buat atau kata begitu begini (merujuk kepada perkara yang membatalkan aqidah) akan jadi kafir..." Mereka tak kata UMNO kafir. Kalau mereka kata UMNO kafir, nescaya mereka minta orang UMNO yang nak masuk Pas itu mengucap syahadah semula. Tapi nampaknya isu kafir mengkafir ini hanyalah  senjata UMNO dan kita nampak itu dengan jelas apabila cadangan Muzakarah Pas-Pas beberapa bulan lalu dibatalkan. Seorang pengarang agama di akhbar perdana itu pun bernafas lega apabila muzakarah itu dibatalkan kerana modalnya untuk menulis menghentam Pas masih tersimpan. Jika diadakan muzakarah itu, ternyatalah secara rasminya bahawa Pas tidak mengkafirkan UMNO, maka muflislah UMNO kerana kehabisan modal! Adakah saudari telah menonton VCD Debat Olok-olok Pas-Pas?

Pasal perceraian dan tak makan sembelihan kerana perbezaan parti politik (dan juga solat dua imam), saya rasa tak ada pemimpin Pas yang merestuinya. Tak percaya, cuba tanya presiden, timbalan presiden atau al-mursyidul am Pas. Mungkin ada segelintir ahli yang agak fanatik dan kurang ilmu, tapi itu tak menggambarkan Pas secara keseluruhannya. Perceraian kerana soal yang lain daripada politik lebih banyak dan mencemaskan dalam masyarakat kita kini kenapa saudari tak risau? Sedangkan perceraian politik itu rasanya sudah menjadi bahan sejarah, cuma orang2 UMNO yang kehabisan modal masih mendendangkannya.

Pasal tak makan sembelihan dan kenduri, sepatutnya tak berlaku. Tapi orang yang sudah berkecil hati dengan kerajaan yang menindas sebahagian rakyat dengan tuduhan2 yang tak berasas, dan kerajaan itu tegak kerana sokongan undi si penyembelih dan si tuan rumah kenduri itu, bagaimana kita nak paksa orang yang sakit hati itu makan dan hadir kenduri juga? Kita tak boleh paksa w/pun kita boleh nasihatkan dia hadir dan makan. Senang2 UMNO/BN buatlah akta atau enakmen mewajibkan hadir dan makan kenduri/sembelihan orang UMNO! Bukankah UMNO ada menteri yang menjaga portfolio undang2 dan amat aktif mendraf dan menggubal undang2 baru akhir2 ini?

Pasal solat dua imam begitu juga. Para pemimpin Pas tak galakan dan nasihatkan tak berlaku. Tapi apa boleh buat pd jemaah yang memang benci pd imam? Bukankah makruh berimamkan imam yang tak disukai? (Secara ilmiah sila baca rencana saya 'Amanat…Syahid…Takfir…Solat dua imam…' dalam arkib). Lagi pun, kenapa kerajaan dan orang UMNO tak lihat dasar kuku besi Umnolah yang menyebabkan masalah ini? Kenapa dilantik secara paksa imam2 yang ahli kariah tak setuju, sedangkan ahli kariah itulah yang paling tahu siapa orang yang paling sesuai jadi imam di tempat mereka. Kenapa UMNO takut sangat dengan imam2 yang tak ikut telunjuk mereka? Saudari nampak punca masalah ni?

2. Soal kezaliman yang dijelaskan oleh ustaz. Mana yang lebih perlu dipertahankan dalam Islam antara ZALIM dengan Kafir. Karpal Singh pernah keluarkan kenyataan "cross over my dead". Tapi PAS masih mempertahankan ? Mana Islamnya PAS.

Dua2 tak perlu dan tak boleh dipertahankan, sebab kedua-duanya dimurkai Allah s.w.t. Cuma risiko zalim kadang2 lebih teruk daripada risiko kafir. Orang kafir menjadi kafir dan tak Islam kerana mereka tak faham Islam. Mereka lebih banyak dengar propaganda Barat dan 'orang Islam' sendiri yang banyak menakuntukan mereka daripada Islam. Mereka ini tak menjadi masalah sangat kepada umat Islam, mereka tak boleh dipaksa memeluk Islam. Kalau mereka nak terima AlhamduliLlah. Kalau tak nak terima, tak apa, tapi jangan khianat orang Islam dan agama Islam. Kalau mereka khianat, perang jihad akan terlancar. Tapi orang bukan Islam di Malaysia hari ini secara umumnya, boleh terima masyarakat Islam dan Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka tak kacau. Bahkan kalau Islam ini benar2 diamalkan (tak seperti Islam UMNO), mungkin mereka akan beramai-ramai memeluk Islam.

Manakala orang zalim pula w/pun beragama Islam, ia amat menyusahkan umat Islam dan mendatangkan fitnah kepada Islam. Oleh kerana itu ada kata2 yang berbunyi 'kerajaan yang bukan Islam tetapi adil lebih lama bertahan berbanding kerajaan yang Islam tapi zalim'. Memang keruntuhan kerajaan2 Islam dulu adalah disebabkan kezaliman s/ada dalam politik atau ekonomi. Rakyat yang tak sehaluan dalam politik ditindas sekeras-kerasnya dan kekayaan terkumpul di kalangan elit pemerintah dan para kroni saja, sedang rakyat terbanyak hidup melarat. Akhirnya rakyat tak setia lagi pd kerajaan sehingga ada yang tak puas hati kerana dizalimi sanggup membiarkan saja musuh datang menyerang. Ketika itu siapa yang nak dipersalahkan? Bukankah kerajaan yang zalim itu yang memulakan masalah? Tambahan pula kerajaan yang Islam tetapi zalim akan menyebabkan umat Islam serba salah dan berpecah-belah. Kalau pencabulan orang kafir senang dihadapi dengan jihad, sebaliknya pencabulan orang zalim sukar dihadapi, apatah lagi bila ada agamawan2 pemerintah penyembah dunia yang menjustifikasikan kezaliman pemerintah itu sebagai betul dan rakyat wajib taat (pasti juga dengan membawa ayat2 al-Qur'an dan hadis menurut fahaman mereka). Inilah yang terjadi kepada kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyah dulu sehingga muncul tokoh2 zalim seperti Al-Hajjaj dan al-Saffah dengan sokongan ulama dunia di belakang mereka dengan ajaran wajib taat kepada pemerintah. Akhirnya kedua-dua kerajaan itu tersungkur. Yang pertama tersungkur oleh yang kedua, yang kedua pula tersungkur oleh tentera Tartar.

Pas tidak mempertahan Karpal Singh, tapi sentiasa cuba memberi faham kepadanya. Kalau saudari baca Harakah yang terbaru, ada cerita Karpal Singh mudah tertipu dek berita akhbar2 BN sehingga menghantar kenyataan bantahan kepada Harakah terhadap kononnya tindakan kerajaan Kelantan menutup pergerakan St. John Ambulance di sekolah2 negeri itu. Orang yang mudah kalut tak perlu dipakai sangat cakap dia, tapi UMNO memang suka pakai cakap orang yang tersilap cakap dan suka pakai fitnah orang yang kaki fitnah.

3. Kebanyakan tuduhan PAS kepada kerajaan dengan istilah ZALIM, toghut, TIDAK ADIL, MAHKAMAH FIRAUN DAN SEBAGAINYA adalah kerana tidak menepati kehendak PAS. Tapi dalam kes royalti di Terengganu, kes YB. DUN Sura dan tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Kinabalu kenapa istilah di atas TIDAK KELUAR.

Saudari jangan diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yang buat2 tak faham ttg bidang kuasa executive, legislative dan judiciary. Judiciary (kehakiman) pd asal mengikut teorinya memang bebas. Tapi dalam kes2 tertentu (terutama yang melibatkan kepentingan politik pemerintah), judiciary itu dilihat tak bebas dan telah terbukti tak bebas secara fakta oleh hakim Muhammad Kamil Awang  dalam kes pengundi hantu DUN Likas. Dalam kes2 tertentu ini kuasa judiciary diganggu oleh seorang yang mempunyai kuasa executive dan legislative. Dalam sistem tinggalan penjajah, memang dua bidang kuasa ini dipegang oleh orang yang sama, bahkan ada orang yang memegang dua atau tiga kuasa executive sekaligus. Dialah ketua kepada menteri2 kabinet, dialah menteri kewangan, dialah menteri dalam negeri (seblm diturunkan kepada timbalan) dan dia juga memegang kuasa legislative sebagai ahli parlimen yang meluluskan undang2, w/pun selalunya tak hadir ke parlimen.

W/pun judiciary adalah satu bidang yang terasing daripada legislative dan executive, tetapi dengan percaturan politik yang bijak melalui undang2 perlembagaan, perdana menteri berhak menasihatkan (baca 'mempengaruhi') YDP Agong untuk melantik seseorang Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, hakim2 Mahkamah Tinggi dan hakim2 lain Mahkamah Persekutuan [Perkara 122B (1)] dan peguam negara[Perkara 145 (1)] (w/pun tak selamanya dan bukan sentiasa Agong, ketua hakim  dan peguam negara boleh dipengaruhi oleh perdana menteri). Tetapi kes2 seperti surat layang Syed Aidid, kes Vijandran, kes percutian Eusoff Chin bersama peguam Vincent Tan, kes perbicaraan Anwar Ibrahim oleh Augustine Paul dan Ariffin Jaka menyebabkan institusi dicurigai. Dan kalau saudari perhatikan, hakim2 nampak bertambah bebas dalam tugas mereka sejak jawatan ketua hakim dipegang oleh Mohamed Dzaiddin.

Jadi saudari kena faham yang dikatakan zalim, toghut dsbnya itu ialah kerajaan yang memegang kuasa eksekutif dan memiliki majoriti lebih 2/3 kuasa legislatif di parlimen. Tapi bukan sentiasa kerajaan itu bersikap zalim dan toghut. Ada kuasa2 eksekutif yang tidak dipegang oleh orang politik bersikap profesional dan benar2 berkhidmat kepada rakyat seperti kuasa eksekutif yang dipegang oleh pegawai2 awam di jabatan2 kerajaan. Jadi yang dimaksudkan 'kerajaan' itu ialah kerajaan yang diperintah oleh UMNO/BN sebagai 'ruling party' (parti pemerintah), bukan kerajaan yang dijalankan oleh pegawai2 kerajaan.

Bagaimana boleh berlaku zalim? Dengan mewarisi akta2 atau enakmen2 daripada penjajah yang menindas seperti ISA, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan akta2 yang mewajibkan permit yang diluluskan hanya berdasarkan kesesuaian dengan kehendak parti pemerintah, lalu akta2 ini digunakan ke atas rakyat bukan untuk keadilan tetapi untuk meneguhkan politik parti pemerintah. Dengan majoriti lebih 2/3, mereka buat pekak telinga sahaja dengan desakan rakyat dan ahli2 akademik supaya akta2 zalim itu dimansuh atau dipinda. Begitulah terjadinya kezaliman dan kediktatoran. Bagaimana pula terjadinya toghut? Ini terjadi bila ada sebahagian rakyat (termasuklah ahli politik dan agamawan) yang menyokong dan menjustifikasikan  akta2 zalim itu sebagai benar dan wajib dipertahankan w/pun jelas bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan undang2 sejagat.

Oleh kerana judiciary adalah satu kuasa kehakiman yang wujud dalam sesebuah negara, sama ada dipertikaikan atau tidak oleh rakyat (bukan parti pembangkang saja, tetapi juga oleh hakim2 sendiri), ia tetap menjadi tempat untuk memutuskan keadilan bila berlaku pertikaian. Kita membawa kes ke mahkamah bukan bermakna membawa kes ke ibu pejabat UMNO atau BN, sehingga saudari mengungkit begitu. W/pun ada ketua hakim seperti Eusoff Chin dan hakim seperti Paul dan Jaka, tak semua hakim seperti mereka. Bukankah Nabi s.a.w. bersabda bahawa hakim itu ada tiga jenis, dua daripadanya masuk neraka dan satu masuk syurga. Jadi kita masih harap ada hakim daripada kategori yang akan masuk syurga itu. Kita hanya berusaha dan bertawakal, Allah s.w.t. yang menentukan.
 

4. Saya rasa sedih bila orang Melayu Islam sambut dengan laungan takbir, bila GOPALAN berkata "saya akan tunggu MAHATHIR YANG ZALIM itu dipintu neraka".

Entahlah, saya tak tahu bila dan kat mana Gopala Krishnan kata begitu. Kalau itu sebagai peringatan kepada yang lalai, apa salahnya bertakbir? Tapi memang Gopala tu dah kena seksa dalam tahanan ISA, sebab tu dia tahu kezalimannya. Antara orang zalim dan orang kafir, mana lebih dahulu masuk neraka? WaLlahu a`lam kita tak tahu. Tapi kalau mati dalam keadaan zalim atau kafir, dah pasti masuk neraka. Orang yang kafir hari ini pun kita tak boleh kata lagi dia confirm masuk neraka, sebab mungkin dia dapat hidayah lalu masuk Islam dan jadi Islam lebih baik daripada orang yang telah lama mengaku Islam. Orang yang zalim pula, jangan kita sangka dia terhenti setakat kezaliman itu saja. Mungkin dia akan pergi lebih jauh dengan menzalimi diri sendiri iaitu melakukan perkara yang merosakkan aqidah, lalu mati dalam kekafiran.

5. Kalau betul, banyak kenyataan PM kita telah banyak menyeleweng dan keluar aqidah kenapa sehingga kini tidak pernah wujud persidangan ulama ( semua ) atau PAS sahaja atau BN sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa PM telah terkeluar dari agama Islam. Dan ini mungkin ulama' di Malaysia masih belum ada yang bertaraf Mujtahid ? Dan tok guru yang dijaja oleh PAS itupun belum tentu menerima janji oleh Allah dengan balasan syurga.

Apa perlu persidangan ulama? Bukankah perkara2 yang membatalkan aqidah telah jelas dan wujud dengan terang dalam kitab2 yang dipelajari oleh orang2 Islam. Peliknya orang Islam hari ini, perkara yang telah jelas pun nak minta mufti bersidang untuk bagi fatwa.

Mungkin bila ada mahkamah syariah yang betul2 berkaliber kita akan try dalam syariah court orang2 yang mempersendakan aqidah dan hukum Islam. Sebenarnya bukan tak ada peruntukan dalam enakmen syariah hari ini, tapi yang ada itu amat lemah dan tak mampu nak try jerung politik yang besar2. Lagi pun, orang itu jugalah yang mengisyaratkan supaya Rang Undang2 Pemulihan Aqidah 2000 dulu ditangguhkan, atas alasan kena berhati-hati. Itu belum lagi hukum bunuh orang murtad, baru nak hukum pemulihan setahun ke pusat pemulihan aqidah, dia dah tentang dan KIV kan.

6. PAS yang melaungkan pemerintahan Islam di Malaysia masih lagi berbohong kepada seluruh warga Melayu Islam kerana sehingga p/raya ke 10, jumlah calonnya tidak pernah melepasi paras 2/3 kerusi Parlimen. Bodohnya golongan Melayu Islam ini.

Bukan berbohong. Tapi perkara yang tidak mampu dibuat keseluruhan jangan ditinggalkan keseluruhan. Apakah pemerintahan Islam itu hanya boleh dijelaskan dan di kempen setelah ada calon mencukupi bilangan 2/3 jumlah kerusi di parlimen? Itu menandakan umat Melayu Islam hari telah bertambah cerdik dan faham situasi politik, iaitu kubu2 UMNO/BN mesti diasak sedikit demi sedikit sehingga dapat majoriti 2/3.

Argument saudari ini dengan sendirinya memberitahu bahawa UMNO/BN hari ini tidak menjalankan pemerintahan Islam, sehingga perlu menunggu Pas/BA menang majoriti 2/3. Jadi bagaimana dengan dakwaan orang2 UMNO bahawa mereka telah menjalankan pemerintahan Islam dan negara ini negara Islam dengan pengisytiharan '70 orang ulama'?

7. Kecerdikan dan kepetahan tuan berhujah adalah natijah dari Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan BN (Bangsa Melayu Islam ) sebagai tunjang pemerintahan di Malaysia.

Bagaimana saudari nak menyokong argument saudari ini dengan mengaitkan 'kelebihan' saya (AlhamduliLlah jika betul saya ada kelebihan itu) dengan Islam agama rasmi Malaysia? Kalau saya ditakdirkan hidup di negara lain, mana tahu saya tak 'cerdik' dan 'petah' seperti hari ini?

8. Fikirkanlah !

Sama2 kita fikirkan dan sama2 kita akan terima akibat daripada tindakan kita selepas berfikir itu.

* SEBAGAI CADANGAN.

i) Marilah umat Islam di Malaysia ini amalkan kehidupan Islam yang sebenar seperti mana kehidupan di zaman Rasululullah. Solat berjemaah, bangun malam bertahajud, jihad dan nahi mungkar serta bermaafan sesama Islam.

Apakah saudari dah dapat tengok nilai2 tersebut itu wujud dalam masyarakat Melayu Islam yang didominasi oleh UMNO/BN hari ini? Saya nampak banyak penyakit2 sosial dan jenayah yang parah sedang melanda, akibat kerajaan UMNO/BN tak amalkan hukum Allah s.w.t. Biasanya yang solat berjemaah, bertahajjud, jihad, nahi mungkar dan berakhlak itu adalah para penyokong Pas/BA. Orang UMNO mentakrifkan jihad sebagai 'militan', usrah dan tamrin itu 'gerakan bawah tanah'. Pelajar Melayu tak cemerlang kat IPT katanya kerana politik, usrah , kuliah subuh dan banyak aktiviti keagamaan, bukan kerana hiburan berlebihan, pergaulan bebas, bercinta asmara.

ii) Bersatulah orang Melayu Islam agar bersama mengukuhkan ekonomi umat serta mampu mengembalikan kekuatan ilmu.

Bersatulah di atas aqidah, syariat dan akhlak, bukan atas kebangsaan dan kepuakan. Remaja Melayu yang rosak akhlak hari ini masih sedar diri mereka Melayu, tapi tak sedar diri mereka umat Islam. Kalau sedar diri "aku muslim", mereka tak akan hisap dadah, zina, rogol, liwat, mak nyah, dsbnya.

iii) Bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh negara di bawah kepimpinan orang Melayu Islam sehingga bangsa Melayu mengalami Qiamat.

Bersyukurlah dengan menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t., bukan menambah ampu pemimpin. Kesenangan, keamanan, kemakmuran adalah pemberian Allah s.w.t. dengan sebab yang bukan hanya bergantung kepada individu tertentu sahaja. (Sila lihat Surah Quraisy dalam al-Qur'an ttg aqidah kesyukuran) Jangan kita jadi syirik tanpa disedari.

iv) Perbezaan PAS & BN hanya sedikit dan carilah jalan penyelesaian dan bukan mencari kelemahan bangsa sendiri.

Kalau sedar perbezaannya hanya sedikit, kenapa UMNO asyik mengungkit cerita lama seperti 'Amanat haji Hadi', kafir mengkafir, perceraian politik, tak makan sembelihan dll? Bukankah Pas telah berterus-terang beberapa kali melalui al-Mursyidul Am, bahawa jika UMNO/BN mendaulatkan al-Qur'an dan hadis sebagai sumber hukum, nescaya  Pas akan dibubarkan dalam masa 24 jam dan tak perlu lagi Pas berjuang. Tapi saudari tahu apa helah dan dalih UMNO/BN? Tak kan tak tahu….

v) Bangsa Melayu semakin sedikit yang berjaya tetapi bangsa lain kian Maju. Haruskah Bangsa Melayu Islam ini dijajah oleh orang lain lagi ?

Bangsa Melayu ketinggalan kerana khianat dan kepentingan diri pemimpin bangsa Melayu sendiri.  Cuba tanya Prof. Di Raja Ungku Aziz kalau saudari tak percaya. Duit dan kekayaan negara habis dikebas kononnya supaya negara dilihat berdiri sama tinggi dengan negara maju. Umat Melayu hanya boleh tengok saja bangunan pencakar langit, pemiliknya siapa? Siapa punya dasar itu? Bukankah dasar UMNO/BN? Kanun Tanah Negara dipinda untuk memudahkan tanah rezab Melayu dikebas atas nama pembangunan. Lepas buat bangunan, orang Melayu tak mampu beli sebab harganya ratusan ribu. Tanah hilang, kemajuan/pembangunan pun tak dirasa. Dulu semasa negara bersumberkan pertanian orang Melayu boleh belajar dengan biasiswa, tapi bila negara bersumberkan industri dan penswastaan, jangankan biasiswa, pinjaman pun susah nak dapat. Ada saudari pikir kaa?

vi) Jandikanlah kekuatan diri Bangsa Melayu Islam ini sebagai fokus utama agar bangsa lain tunduk kepada kita.

Fahaman kebangsaan dan kepuakan seperti ini boleh membawa kehancuran sebab ia amalan jahiliyyah. Bangsa lain sentiasa dengki dan iri hati. Tapi kalau ditaja kebangkitan ini dengan Islam, maka semua bangsa terlibat dan kemanusiaan pun selamat kerana mengikut acuan Allah s.w.t.

Semoga saudari mendapat taufik Allah s.w.t., wassalam `ala man ittiba`a al-huda.