Pondan Tua
Kisah Sebenar Wan Norhayati

http://www.mahazalim.net/sep01/050901zac.html

Gerakan Bawah Tanah Di Utm: Kisah Sebenar


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai seorang senior dalam MPP UTM, biar saya dedahkan beberapa perkara yang berlaku seiring dengan isu gerakan bawah tanah yang dihebohkan oleh seorang student UTM yang dibuang universiti, iaitu Wan Noorhayati Wan Alias . Semoga dengan  pendedahan ini, masyarakat dapat mengadili isu ini secara lebih seimbang, bukan semata-mata bergantung pada propaganda media.

Wan Noorhayati, sebelum masuk ke dalam PMI, pencapaiannya akademiknya amat rendah. CPAnya Dalam lingkungan 2.0 sahaja. Sesuailah dengan tahap pencapaiannya dalam SPM yang tak melayakkan dia masuk ke mana-mana universiti. Maka sebab itu, dia terpaksa mengambil sijil dari Kolej MARA Kulim sebelum dibenarkan masuk ke UTM.

Kemerosotan yang didakwa berpunca daripada penglibatannya dalam PMI adalah satu penyelewengan fakta yang dibuat secara tidak bermaruah. Apakah Wan Noorhayati fikir kami warga UTM tak tahu tentang kes antara dia dengan Encik Hamid, seorang  pensyarah matematik dari Fakulti Sains?

Sebab Wan Noorhayati telah menjual nama baik PMI, pemimpin pelajar dan para pensyarah di dada akhbar, maka saya terpaksalah beli di khalayak umum. Biar saya dedahkan di sini bahawa Wan  Noorhayati telah terlibat dalam perbuatan sumbang iaitu tinggal serumah dengan Encik Hamid selama  beberapa lama. Sedangkan Encik Hamid itu bukanlah muhrimnya, mahu pun saudara mara jauh. Sepanjang tempoh itu, dia telah berubat dan berguru dengan Encik Hamid. Pelbagai amalan zikir dan ilmu  jiwa yang dipertikaikan oleh Darussyifa' Skudai diajar kepada Wan Noorhayati, sehingga akhirnya menjadikannya seolah-olah lupa diri dan begitu taksub kepada Encik Hamid. Seolah-olah berulang cerita Guru Yahya. Lebih daripada itu, apa yang berlaku antara Wan Noorhayati dengan Encik Hamid di rumah  itu Allah jua yang lebih tahu.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan rakan-rakannya, ahli-ahli PMI, HEP, ustaz-ustazah, masjid dan pentadbir UTM. Pelbagai nasihat dan perjumpaan diadakan untuk kebaikan Wan Noor, tapi diabaikan,  malah mereka ini dituduh pula sebagai pengacau. Ibarat beruk yang diberi bunga, bukan saja Wan Noorhayati tak pandai membalas kebaikan orang, malah direka-reka pula cerita memburukkan ustaz-ustazah, PMI dan pihak-pihak yang tidak selari dengannya.

Kalau mereka ini salah, masakan pihak masjid sendiri dan Darussyifa' telah menarik semula ijazah daripada Encik Hamid yang menyelewengkan ilmu perubatan darussyifa'? Adalah satu perkara yang  melanggar peraturan Darussyifa' dan sumbang pada pandangan agama bila Encik Hamid telah membawa  pulang ke rumahnya pelajar perempuan dan tinggal berhari-hari di rumahnya itu? Sampaikan seorang  pelajar perempuan bernama Mimi akhirnya menjadi isteri nombor dua Encik Hamid, sebelum diceraikan tak berapa lama selepas itu.

Setelah mengaibkan diri sendiri dengan perlakuan sumbang itu, Wan Noorhayati semakin tertekan akibat malu pada masyarakat kampus. Pelajarannya yang sedia merosot menjadi semakin merosot dan akhirnya  dibuang dari universiti. Inilah punca sebenar kenapa dia gagal dalam pelajarannya.

Sebab itulah, dalam pengakuan berkanun Wan Noorhayati, dia cukup beriya-iya mempertahankan Encik Hamid. Hampir separuh dari pengakuannya yang setebal 33 muka surat itu mempertahan dan  memuji-muji Encik Hamid.

Bagaikan kebetulan, isu Wan Noorhayati meletup pada ketika UMNO bermati-matian memomokkan rakyat dengan isu mahasiswa militan, KMM dsbg. Maka, dengan perancangan rapi dan sokongan media, Wan Noorhayati pun tampil di depan public dengan satu versi ceritanya yang tersendiri.

Kalau benar penglibatan dalam PMI boleh menyebabkan seseorang pelajar itu terkandas pelajarannya, bermaksud sepanjang sejarah UTM yang dah hampir 30 tahun, beratus-ratuslah pemimpin PMI yang  pernah dibuang universiti kerana gagal dalam pelajaran. Student lain lagi aktif dari dia ini, ada di antaranya yang menjawat jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden Persatuan, Pengerusi  Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan sebagainya, takde pula terganggu pelajaran. Kalau ada kemerosotan,
pandai-pandai sendirilah perbaiki. Bukannya dah terkandas baru merengek menuding jari pada orang lain.

Hakikatnya, PMI dan cerita-cerita tentang gerakan bawah tanah cumalah smoke screen atau kambing  hitam yang dia paparkan bagi mengaburi mata masyarakat dari kes sebenar Wan Noorhayati, di samping  cuba meraih simpati kerajaan agar dapat tiket percuma mengulang pelajaran di UTM.

Kenalilah siapa sebenarnya Wan Noorhayati @ Ummi Hafilda 2, di saat itu barulah terbongkar perkara sebenar. Last sekali saya nampak dia di UTM pakai tudung singkat dan seluar panjang. Ke mana perginya  tudung labuh dan baju kurung kamu yang cukup sopan satu ketika dulu??? Takkan duit yang UMNO bagi tu  tak cukup nak beli kain?

Sekiranya anda inginkan kepastian, anda bolehlah buat survey di UTM. Dapatkan kisah sebenar dari warga UTM sendiri.

Hits: