Siapa KMM Itu

Sebenarnya KMM itu cuma topeng, wayang kulit dan bahan sandiwara UMNO/BN, sedang hakikatnya KMM itu ialah Kumpulan Kerana Mu Mahathir, Kumpulan Mahathir Mohamed, Kumpulan Militan Mahathir, Kumpulan Mahathir Megawati dan Kumpulan Mengampu Mahathir.

Kenapa tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja abad ke 21 ini muncul sebuah kumpulan baru yang sengaja direka-reka oleh Kumpulan Manusia Mengampu. Mereka menamakan "Kumpulan Mujahidin Malaysia" dan "Kumpulan Militan Malaysia" kepada aktivis politik pembangkang, khusus untuk dikaitkan dengan parti PAS. Bagi penulis KMM banyak gunanya untuk menjawab segala fitnah dan tuduhan UMNO/BN kepada parti-parti BA terutama sekali parti PAS. KMM  sengaja direka-reka dan dipopularkan demi Kerana Mu Mahathir yang sudah lemah, hilang kekuatan, hilang pengaruh dan hilang kawan-kawan rapatnya satu demi satu. Percayalah bahawa KMM yang difokuskan oleh media perdana pengampu UMNO/BN, sekadar SANDIWARA terbaru mereka untuk mengkambinghitamkan musuh politik mereka yang bertambah kuat dan meninggalkan UMNO/BN di belakang. Dan KMM itu hanya berupa topeng Mahathir dan parti UMNO/BN yang dipimpinnya, kerana di balik topeng berslogankan Kumpulan Mujahidin Malaysia itu sebenarnya ialah slogan yang tersembunyi yang berbunyi KERANA MU MAHATHIR dan bukan juga KERANA MU MALAYSIA.

Malah slogan Kerana Mu Malaysia itupun hanya topeng untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia, hakikat sebenarnya ialah KERANA MU MAHATHIR.

KMM, Kumpulan kerana mu Mahathir dan kumpulan Mahathir Mohamed. Itulah kenyataan yang tersembunyi, rakyat sudah pintar menduga kebobrokkan strategi UMNO/BN, para pemimpin dan pakar propagandisnya memainkan satu-satu isu bagi meraih keuntungan politik. Satu demi satu strategi yang mereka gunakan tidak menjadi, sebaliknya mereka yang ditimpa malang, ibarat kata "senjata makan tuan". Begitulah gambaran kedudukan UMNO/BN dan Mahathir serta kroni-kroninya yang berkeadaan serba tidak kena apa juga tindakan, rancangan politik jahat dan formula mereka gunakan untuk mengurangkan kemaraan pengaruh BA dikalangan rakyat majmuk Malaysia hari ini.

Matlamat Mahathir, kroni's dan UMNO/BN membesar-besarkan cerita KMM adalah untuk memburuk-burukkan perjuangan PAS dan BA. Agar dunia percaya bahawa kononnya parti PAS dan juga BA mempunyai hubungan dengan gerakan Mujahidin di seluruh dunia. Kerana di peringkat dunia sekarang Mujahidin Taleban di Afghanistan yang dikaitkan dengan Osama Laden yang sedang diburu Amerika. Akibatnya negara Afghanistan telah dipandangan negatif oleh dunia barat yang dikepalai oleh Amerika, sekaligus mahu Afghanistan dipinggirkan dari hubungan dunia antarabangsa. Jadi, UMNO/BN dan Mahathir mahu mengaitkan aktivis politik pembangkang Malaysia, khususnya parti PAS dengan KMM yang mereka rekaciptakan dengan satu tujuan politik teramat-amat jahat dan penuh dengan fitnah.

Mereka UMNO/BN dan para pemimpinnya yang sudah hilang sensiviti tentang dosa dan pahala, beria-ia berlagu dengan liriknya KMM, kumpulan mujahidin, militan Malaysia. Rakyat wajar mencipta lagu dengan lirik baru KMM, Kumpulan Mahathir Mohamed dan Kerana Mu Mahathir. KMM bukan lagi Kumpulan Mujahidin/Militan Malaysia, tapi telah diubah kepada Kumpulan Kerana Mu Mahathir. Dan hari ini, setelah pertemuannya dengan Presiden Indonesia Megawati Sukarno, Mahathir membuat pula satu lagi kumpulan baru untuk melawan KMM yang mereka cipta sendiri dan takuti itu. Kumpulan baru itu namanya "Kumpulan Mahathir Megawati" nampaknya seperti dilaporkan oleh media pengampu itu bahawa kumpulan ini telah bersetuju bertukar-tukar maklumat perisikan bagi membanteras konon kumpulan militan Malaysia-Indonesia.

UMNO/BN dan para pemimpinnya bersama kroni-kroni menghebohkan perkara yang tidak wujud ke seluruh pelusuk dunia. Konon di Malaysia ada KMM, mereka sebenarnya yang merekacipta dan membuat-buat suatu isu, tetapi mereka sendiri yang KETAKUTAN, tidak senang duduk dan terjerit-jerit konon ada militan, mujahidin mengamuk hendak gulingkan parti kerajaan UMNO/BN yang diketuai Mahathir. Samalah keadaannya dengan seorang yang takut hantu, padahal dirinya yang menghebohkan cerita hantu itu, konon ada hantu di satu kampong yang berkeliaran setiap malam. Jadi apa benarkah, ada kumpulan yang mereka hebohkan itu di Malaysia. Para pemimpin UMNO/BN ibarat orang yang takutkan hantu yang tidak wujud itu.

Demikianlah, telah jelas kepada rakyat Malaysia tentang siapa sebenarnya yang UMNO/BN dan para pemimpinnya hebohkan itu yang hendak mereka kaitkan dengan isu KMM. Itulah sandiwara UMNO/BN dan pemimpinnya, mereka umpama seorang yang takutkan 'hantu' yang mereka sendiri hebohkan. Nama konon militan Kumpulan Mujahidin Malaysia hendak gulingkan parti kerajaan dengan diri Mahathir and Kroni's. Sebenarnya itu sekadar TOPENG dan di dalam topeng itu ialah Kumpulan Mengampu Mahathir, Kumpulan Kerana Mu Mahathir, Kumpulan Militan Mahathir, Kumpulan Mahathir Megawati dan Kumpulan Mahathir Mohamed.

Dengan itu juga, kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih bersikap teliti, bijak, matang dan prihatin terhadap apa jua isu-isu yang sedang dan akan direka-reka atau dibuat-buat oleh UMNO/BN dan para pemimpinnya bagi memesongkan pemikiran rakyat daripada melihat nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keadilan yang sedang dibawa dan disemarakkan oleh parti-parti BA dalam roadshow mereka di pentas-pentas ceramah yang terlarang mengikut hukum politik UMNO/BN.

Kita mengharapkan ulasan ini dapat membuka mata hati rakyat dan para pemimpin UMNO/BN agar mereka tidak bertindak di luar batas. Jangan mereka teruskan kerja-kerja jahat fitnah itu, jangan lagi mereka mencari helah bagi mengkambinghitamkan orang lain di atas kegagalan dan kemerosotan pengaruh atau sokongan rakyat terhadap UMNO/BN dan para pemimpinnya.

Ibn Sabah,
29.8.2001M

Jumlah pembaca:orang